Selasa, 9 September 2008

tempoyak mak mertua.....

tempoyak mak mertua.....



nak raya ni aku teringat cerita cerekarama kat tv3, 'rendang untuk mertua'. tapi kisah aku ni bukan itu tapi tempoyak mak mertua. hem, kisah ni terjadi di awal perkenalan aku ngan hubby aku. antara aku n hubby, aku yang mula usik hati dia dulu. bukan apa, ada sometink yang aku suka kat dia dan aku rasa aku takkan jumpa kat org lain lpas ni. so, apa salahnya aku mulakan dulukan. lantak la orang nak kata perigi cari timba ke apa ker? peduli apa kan? lagipun sekarang ni org dah tak guna perigi2 ni... ramai da ada paip kat umah... selaras dengan peredaran zaman, aku pun selamber derk je memecahkan tradisi tu. alhamdulillah.... kasih bersambut.
selang beberapa bulan aku dipertemukan dengan kedua orang tuanya. masa tu abah masih ada lagi... hem, baru aku tau, dia ni orang minang. kiranya jawa bertemu minang la. cerita- cerita punya cerita sampai bab memasak. aku biasalah, bab memasak ni aku kurang sket. aku lebih kat buat2 kek ke biskut ke. so aku perati je mak dia masak. tolong pun stakat potong2 bawang ke lada ke apa ke.... mungkin kebanyakan orang tak terkejut kot. tapi bagi aku itu memang satu kejutan bagi aku.
  • kalau nak masak ikan o apa2 pun, kalau aku biasanya aku terus jer tumis ikan tu. tapi diorang ni goreng dulu sekejap pastu baru masak. contohnya ikan pari masak asam pedas ke.. kalau aku da siang n cuci tu terus jer masak. tapi diorang goreng skejap ikan tu pastu baru masak...
  • aku apa2 pun mesti ada bawang kecik. tapi diorang ni semua guna bawang besar
  • kalau masak sardin, kalau aku memang terus jer masuk kat kuali o di makan begitu sahaja bersama lempeng o roti. tapi diorang ni, sardin tu kena goreng dulu baru la masak.
  • kalau petai plak, dioarang makan dengan kulit2nya sekali. caranya diorang potong petai tu serong besama kulit n rebus. n then diorang nak masak tempoyak ke apa ke....
  • kalau aku masak lemak, mesti tumis dulu rencah tu. tapi diorang ni rebus santan tu n then letakkan bahan rencah tu kemudian.
  • yang ni aku suka. diorang punya favourite resepi tempoyak ikan bilis. aku ni makan kira milih gak a. first tu tak minat makan tempoyak n ikan bilis ni. tapi bila kita di hidangkan lauk tempoyak ikan bilis dan sambal petai. aku lebih rela memilih tempoyak ikan bilis dari sambal petai. coz a ku tak makan petai....
adala beberapa kali aku datang umah family hubby aku ni sebelum kami kawin. tu lah menu yang mesti ada. aku pun terpikir apa lah syoknya 'tempoyak ikan bilis' ni. sampaikan kak long 'kakak ipar' aku bila balik kg jer mesti suh mak metua aku wat. paling best dia suh wat pedas2. kira lama gak la aku nak terima menu ni kat tekak aku. bila da kawin, baru aku tau hubby aku suka sangat dengan menu ni. kadang bila datang jer mesti siap bekal buat balik lagi. aku pun start la belajar. berulang2 kali aku tanya mak metua aku pasal bahan2 nak masak ni. kat sini aku boleh kongsikan. tapi kalau ada yang dah tau tak perlah mungkin ada tambah2 ker....

bahan2:
seulas bawang besar
kunyit sebesar ibu jari
serai di titik
lada cili ikut rasa
ikan bilis da siap buang isi
tempoyak


cara:
ikan bilis tu di goreng sekejap. tapi jangan sampai garing...
blender semua bahan di atas kecuali ikan bilis n serai.
da tu tumis semua bahan yang di blender tadi. masukkan sedikit garam n ajinamoto kalau suka. pastu masukkan serai tadi tunggu sampai lada tadi masak betul. masukkan tempoyak yang da dicampur dengan air untuk mencairkannnya. kacau2 n then last sekali masukkan ikan bilis...da siap boleh hidang. enak di makan bersama nasi o wat cicah roti ke ....

ada berani nak cuba. cubalah.... kadang2 bila lama tak balik umah mak metua aku, rindu gak dengan tempoyak dia ni.. iya lah air tangan orang tua lagi terasa enaknya....

apa pun, aku ucapkan thanks to my mom... selamat mencuba... walaupun aku tak tau nak amik ati mak metua aku, tapi aku sayang dia.... macam mak aku sendiri. selamat mencuba.....

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.


Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.




7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.




9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)





10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu a

maran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di

masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi k

esan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda y

ang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.


Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)