Selasa, 25 November 2008

kisahnya awan dania


rasanya citerni da masuk beberapa episod. tapi tak tau naper ada aura yang membuat aku tertarik menonton siri berkenaan hidup pramugari ni. mungkin kerana keberkesanan pelakon utama scha kot. atau pun aura lakonannya dalam bella terus mengajak aku untuk melihat lagi aksinya kali ini. mungkin di zaman bella dia seperti mulut murai tapi untuk awan dania kali ni dia ala-ala tomboy. serius aku cakap aksinya memang menjadi. sehinggakan aku tak kering gusi menonton setiap keletahnya yang bersahaja. syabas aku ucapkan untuk scha. mungkin dia masih baru dalam arena ni tapi untuk aksi bersahaja tu aku berikan 5 bintang. hehehe. mungkin juga tak apa kalau aku katakan aksi tomboynya memang menjadi berbanding lakonan erra dalam mertua vs menantu. but mungkin dia terpaksa kontrol bcoz dia mengandung kot....

kat sini bukan nak promote cite ni tapi aku rasa ia satu usaha yang baik yang sepatutnya di lakukan oleh setiap penerbit drama. seringkali kita di sajikan dengan kisah cinta, kehidupan dan paling tidak pun action di zaman kolej. bukan tak ok, tapi ia tak merangsang minda anak2 kita. ingat dulu masa aku kecik2 seringkali cikgu akan tanya kami. apa cita2 bila besar. masing2 jawab benda yang berulang. cikgu, doktor, polis, penyanyi o pelakon o yang pada aku jawatan tu semua biasa dengar la. pernah tak dengar diorang kata nak jadi pilot ker, bisnessman ala2 donald trump ker, majistret ke, peguam ke, arkitek ke.... semua tu aku kira pada zaman aku takde dengar la. ini sebab kita tak di dedahkan dengan pekerjaan tu semua.

apatahlagi dengan zaman dunia realiti ni, banyak sangat hiburan bercorak realiti. sehinggakan apa yang di sajikan turut mempengaruhi minda anak2. percaya tak, mereka dibuai dek fantasi realiti siti nurhaliza n mawi sehinggakan mereka malas nak belajar betul2. tapi ada tak kita terapkan mind bisness like fazley. penghibur yang berpendidikan tinggi? aku bukan nak kutuk diorang la, but apala salahnya kalau sesekali kita di sajikan cerita berkisar tentang dunia pekerjaan like awan dania. sebelum tu kalau sesiapa sedar, banyak cerita berkaitan dunia pekerjaan di dominasikan oleh Datuk Yusof Haslam. kalau korang tau cuba korang teka? ya, Gerak Khas and roda2 kuala lumpur. ni cerita polis dan polis trafik. atau mungkin yang biasa tengok cerita dari oversea, E.R, Nip n Tuck o american next top model.

bukan nak kata apa la. but aku rasa sudah tiba masanya kita melangkah ke alam realiti. bukan masanya kita nak bermadah cinta, dan buang tisu berhelai2 di panggung wayang. sesekali its ok but kalau da selalu, orang luar pun akan kata kita ni jiwang karat. takde cerita lain nak cerita. but untuk awan dania ni aku minat sama macam cerita gerak khas and roda2 kuala lumpur. kita kena sedar dari mimpi bahawa banyak yang kita tak tahu dari tahu. anak2 kita apatahlagi.... kita la yang kena sedarkan mereka, dunia pekerjaan bukan saja untuk glamour, kaya dan di kenali tapi dunia pekerjaan adalah salah satu cara untuk kita lebih mengenali dunia luar, orang di luar sana dan cara di luar sana.

20 tips percintaan

1. Adalah sesuatu yg menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yg kamu cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.

2. Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang di buat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

3. Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti akan mengingatimu

4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup kamu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya.

5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkann ya. Tugas kamu adalah beri sokongan padanya agar bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia lebih rasa rendah diri.

6. Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya kamu rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu walaupun sesaat.

7. Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.

8. Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak tunjuk jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi.. Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah. Berbunga-bunga hati bila kamu beri hadiah padanya.

9. Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.

10. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain darinya.

11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

13. Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang…

14. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

15. Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

16. Hargailah ‘privacynya’ jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

17. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.

18. Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya si dia sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu. Tidaklah si dia rasa seperti pemandu..

19 Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.

20. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang kamu tidak mengetahuinya

p/s: hem saje jer letak. betul o tidak tak tau lah... but kalau ada yang ok leh a gunakan tips ni.. hehehe

kisah si penjual tempe

agak lama aku mencari kisah ini. dulu aku penah terbaca dan siap print lagi. tapi entah caner, semua tu hilang bila aku sering berpindah tempat. kisah ni pada aku bagus untuk kongsi ngan para bloggers. sebab first time aku baca dulu last sekali aku termenung. nak tau naper? baca kisah ni sampai abis....

ASSALAMUALAIKUM. ..

bagus kisah nih..bacalah. .sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin

moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, hanya separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan
firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,
Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengkabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati
yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.
Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral dari kisah di atas:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat (",) ....

wasiat buat isteri tersayang

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG... ..

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarha m adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful.... . she got the forgiveness from her husband-