Isnin, 24 Mei 2010

rendahnya martabat seorang isteri!


salam, look at the title! opps! ini bukan citer pasal aku o nak mengadu lagi kat blog ni, tapi, sekadar pemerhatian aku yang agak lama... well, kalian pun tahu dan dengar beberapa kes melibatkan pembuangan bayi... pelacuran... penderaan... and bnayk lagi kes yg kebanyakkannya wanita yg jadi mangsa. walhal, di sebalik semua kejadian itu, lealki la yg menjadi pokok, akar dan bajanya... huh! sungguh aku tak puas hati. umpama pokok bunga ros la, memang bunganya cantik dipandang, harum tetapi payah di jaga.. pkok bunga ros ni aku umpamakan seorang wanita la... cantik tapi payah... tapi jika di baja dan di jaga betul2 tak ke akan bercambah menjadi anak2... so, yg membaja dan menjaganya ibarat lelaki n orang sekeliling...

oh sukar untuk aku tafsirkan... kerana aku sendiri belum dapat ijazah bidalan dari Karam sigh walia...ahak!

cukup sudh aku berbidalan... kali ni aku nak post ketidak puasan hati aku terhadap satu kenyataan yg perempuan yg berpelajaran tinggi itu bodoh kalau jadi housewife aku memang tak setuju la...

sebab, takde satu kamus pun dalam dunia ni yg mewajibkan seorang perempuan tu kuar bekerja bagi membantu suami... malah dalam islam sendiri menyatakan tempat seorang isteri ialah di rumah, menjaga keluarga dan anak2, menguruskan hal rumahtangga... dan bla..bla..bla... .. tugas org lelaki plak memang semua agama, semua budaya dan semua negara malah da termaktub dalam kisah azali la mencari rezeki untuk menghidupkan ekonomi sebuah keluarga...

tapi apa kes, bila suami isteri kerja... cukup bulan bila tak cuku duit da tentulah isteri tolong top up, tiap2 hari isteri gi keja bawak bekal, nak stemate punya pasal... tapi suami, tiap2 hari gi ngeteh kat warung mamak, belum kira dia punya rokok lagi... belanja member lagi... cuba jawab?

suami isteri gi kerja sama2, balik pun sama2, sampai umah, suami duk relax kat depan tv, isteri tunggang langgang memasak, urus anak, kemas umah,basuh baju and apa2 yg patut, belum lagi hal suami? takke penderaan tu? tak setuju? kalau tak setuju apa salahnya kaum suami sama2 bergotong royong membantu menguruskan hal rumahtangga... sama2 penat, sama2 rehat kan? sekurang2nya anak2 dapat melihat, betapa pentingnya bergotongroyong dalam menyelesaikan hal rumahtangga... dari situ, diorang dapat mempelajari erti tolong menolong yg sebenar... para suami pun kena ingat, cukp bulan bukannya korang nak bagi para isteri korang duit, tapi korang akan 'mengepau' duit diorang adalah... so, kalau para isteri tak berkira hal kewangan dengan korang, apalah salahnya korang pun tak berkira soal tenaga.. kan ke lelaki tu lebih kuat dari pmpuan? toksah buli isteri naa....

suami isteri gi kerja sama2 masuk pagi... masa yg sama... tmpat yg sama.... tapi kenapa isteri terlebih dahulu bangun awal, siapkan urusan anak, sarapan, pakaian, diri sendiri lagi? tapi suami masih 'ngorok'. dah tu tiap2 malam isteri gak yg tido lewat sebab uruskan hal tak siap pagi tadi... ape kes beb? masa bila plak time isteri nak rehat? nak belai2 diri? if anak satu ok lagi la.. tupun agak kelamkabut... yg anak ramai? takkan takder simpati kat hati korang bila melihat isteri korang bersilat sendirian? kadang nak sikat rambut pun tak sempat...

suami isteri kejer sama2, gaji pun lebih kurang jer... isteri punyalah berkira nak beli satu barang tu. piki , pampers anak lagi, baju anak, yuran sekolah anak, kasut baju anak, duit minyak kereta lagi, sampaikan nak beli make up pun cukup berkira.. takut beli bulan ni, bulan depan plak semput... tapi suami senang2 hati beli seluar la, baju la, rokok la, upgrade kereta la... bila isteri minta duit nak g slimworld kata membazir, tapi hanta kereta kat bengkel, habis riban2 tak per... tapi cukup membebel bila isteri tambah sparetyre sana sini... impian nak body macam krisdayanti la konon!

suami keje isteri duk umah, cukup bulan bagi seratus dua ratus jer... tupun pau lagi kalau tak cukp duit belanja umah....tapi bila suami tak keje isteri keje ada hati nak pau bini tahap riban2.... kasi test tengok, rumah anak, semua cukup perfect ker cam pmpuan jaga?

jangan lupa, seorang wanita tu zahirnya jer nampak lemah tapi tangan tulah yang menggoncang buaian sehingga terlahirnya generasi bijak pandai, lelaki berkarisma la...
malah, setiap kejayaan seorang lelaki, pastinya ada seorang perempuan di belakangnya... tak isteri pun , paling kurang mak diorang... tapi tak taulah naper orang pandang hina sangat housewife nih...? aku betul2 tak faham. kalau nak jadi beban untuk suami, sepatutnya, sebelum diorang kawin dulu, diorang da piki benda2 nih semua... diorang sepatutnya da bersedia awal2 apa yg sepatutnya diorang lakukan. tapi kenapa isteri yg selalu jadi mangsa atas kesilapan dan kemalasan suami? ni betul2 satu penderaan... penderaan yg tak kelihatan tapi cukup di rasai

salah ke permpuan berpelajaran tinggi? salah ke segala ilmu yg diorang belajar dulu di berikan kepada anak2 mereka? salahker mereka berbakti untuk keluarga dan family mereka sendiri? salahker?
aku sendiri pernah dengar cerita, gara2 isterinya seorang surirumah yg berpelajaran tinggi, suaminya tak mahu mempunyai anak lagi ( cukup satu) kerana tak berkemampuan untuk menyara mereka anak beranak? aku cukup tak faham dengan ketakutan lelaki dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami... seolah2 mereka percaya rezeki tu datangnya dari majikan mereka dan mereka sendiri... bukan kan setiap anak yg lahir ke dunia tu sudah di tentukan rezekinya. aku sendiri pernah melihat betapa ramainya golongan cendekiawan yg lahir dari keluarga yg besar dan susah pula. mereka sendiri hidup cukup sederhana...

alasan lelaki? tak leh nak enjoy bila anak keliling pinggang, tanggungjawab bertambah, apapun kena piki berjuta kali semua kena sekat... oho... sepatutnya kaum suami, anda patut berfikir itu semua sebelum berkahwin. apa korang ingat isteri korang tu cuma kuli yg menguruskan hal2 makan pakai korang? keperluan batin korang? dan setiap malam korang membazirkan keturunan korang yg setiap satunya berpotensi menjadi hartawan, jutawan, alim ulama, malah, apa jua personaliti...

dek kelalaian korang dengan enjoy, sehingga korang terlupa, bahawa tujuan sebuah perkahwinan ialah meramaikan umah nabi Muhammad s.a.w. malah bukan itu sahaja. kekayaan yg korang kumpul belum tentu ada penghujungnya... belum tentu ada pahalanya kalau ia tidak di salurkan ke arah kebaikan. malah kekayaan hanya termaktub pada pandangan mata individu luar dan kehormatan masyarakat yg materialistik. ia berbeza dengan mereka yang sering dalam 'kesemputan' tapi menyalurkan tenaga, kemampuan yg ala kadar itu untuk anak2, dan masyarakat sekliling. malah sekirangya anak2 itu korang didik dengan ilmu agama, dunia dan akhirat insyaAllah, mereka lah yg akan membantu kamu di akhirat. malah, dengan tak semena-mena di Akhirat nanti, kamu jualah yg lebih kaya dari mereka yg kaya di dunia.... maka itu ajarkanlah anak2 kamu mendoakan mereka yg sudah tiada... beramal dan bersedekah... sekiranya tak mampu dengan wang ringgit, doa itu pun sudah memadai....

cukup sudah hal itu, aku sebenarnya masih tak faham dengan lelaki yg masih tak faham dengan tanggungjawab mereka. tetapi mereka masih nak mempersoalkan tanggungjawab perempuan. wlaupun mereka sedar dan nampak setiap pengorbanan perempuan tapi mereka selalu jer tutup mata o buat2 tak pandang.... sepatutnya kaum isteri untuk dihargai bukan untuk dikeji... malah, dek kerana terasa terbebannya menanggung seorang isteri dan anak2, ada lelaki n keluarga yg tak ingin mempunyai anak perempuan... Istighfar la h banyak2 bagi kaum ini.. seolah-olah zaman jahiliah telah kembali di zaman ini.. alasan mereka, anak perempuan cukup susah nak jaga... salah sket akan nampak, tapi lelaki salah banyak pun tak der per... alahai ceteknya pemikiran kaum mini jahiliah nih... aku berkata begini kerana aku pernah melihatnya dan mendengar dari mulut tuan punya badan sendiri... so, sekiranya seorang perempuan satu beban, isteri itu siapa? ibu itu pula siapa? kakak? adik perempuan? majikan dan org sekliling yg perempuan? adakah mereka sendiri merelakan kaum2 lelaki yg transfer jadi perempuan berada di dunia ni dek kerana bencinya terhadap perempuan? untuk itu, bersedialah untuk melihat kaum manusia terhapus di dunia ini... kerana kaum itu, mustahil untuk melahirkan keturunana,,....


p/s: dan kini sebaik sahaja aku mendengar tutur kata seseorang yg merendahkan kaum perempuan dan housewife, aku berazam aku takkan berkawan dengan org yg macam tu... kerana seorang wanita tu cukp berharga.....

renung2kan lah.....

Ahad, 2 Mei 2010

secret admirer...

hari ni berlangsung persandingan orang yang paling2 aku minati masa zaman kuliah dulu. ceritanya ala-ala kuliah cinta. cuma bezanya, erra dan yusri bercinta dalam persahabatan dan aku cuma mengintai dari tirai kamar jer... realitinya, biarpun waktu itu aku memang berharap sangat dia menerima aku, menyayangi aku namun di saat itu aku sendiri terlupa memandang diri di satu sudut paling dalam erti sebuah cermin. huhuhu...

dia ku minati saat pertama bersua, dia sebagai mentor dan aku sebagai mentee... ini bukan program mentor kat tv3. terus di saat itu aku memandang, memandang, memandang dan terus berharap... sehingga aku terus mengalirkan air mata di saat ku tahu dia bercouple ngan orang lain o ada sesiapa yg suka kat dia.. sedikit usahaku untuk menarik hati si dia, cuma menelefon rumah sewanya, itu pun guna nama samaran. aku ikut setiap gerak-gerinya... i mean, pasukan apa dia masuk, watak apa yg dia buat... memang aku secret admirer yg crazy....

bila asyik ngan air mata, aku cuba alihkan perhatian ngan satu group yg lain. dari situ aku belajar utuk lebih menerima keadaan diri sendiri. bukan bermakna aku menjatuhkan identiti diri aku sendiri, tapi aku cuma lebih berfikiran realistik. kalau da jodoh tak kemana...

di saat itu, aku terminat plak ngan bdk lain, yg mempunyai ciri2 yg hampir sama... ciri2nya? opps! cukupla aku je yg tahu... tapi aku masih sama, cuma boleh minat dari jauh jer... cuma bezanya dengan budak yg sorang ni, aku leh usik2 dia, men msg2 ngan dia, boleh minta tolong direct ngan dia... tapi hati tak kuat untuk terus melamar cinta...

akhirnya di suatu saat aku beralah, namun dalam hati tak pernah lupa pada SA aku yg first....namun harapan aku luntur sedikit demi sedikit sehinggalah aku menemui hubbyku... mungkin belajar dari pengalaman... aku takkan lepaskan org yg betul2 aku sayang dan sayang kat aku...

dan kini, bila kad jemputan di layangkan ke rumahku... walaupun pada mulanya aku berkira-kira untuk pergi sekadar memberi penghormatan, tapi akhirnya " biarlah kenangan itu berlalu mengikut arusnya sendiri'

pada 'my secret admire' doa aku, semoga dia berbahagia sehingga ke akhir hayat. sepetiku, ku ingin talian ini kukuh sehingga ke akhirnya....

Selasa, 6 April 2010

demam vs jiwa kacau







da seminggu aku terbaring demam. mula2 amar demam, pastu papa dia and the last aku n amar lagi... demam kali ni betul2 menduga kesabaran aku. sakit2 satu badan aku.. dengan amar yg tengah lasak, hampir kering tekak aku duk terjerit2 kat dia. suara pun da macam radio buruk. ahaks.

sebelum tu sibuk sangat nak ke perak. sebelum tu papa cuti seminggu. time dia cuti mesti penat. bukan penat per, dia tak reti duk diam kat umah. berjalan jer kerjanya. da tu suka sangat makan kat luar. sesekali nak gak, ari cuti tu wat eksperimen resepi baru, pastu makan sama2. tapi biasalah, alasan dia masakan ku tu x seenak bun-d restoran, abe restoran, vishuda restoran (sekadar menyebut sahaja). tak tau la dia langsung x appreciate apa yg aku buat kat dia. bengang x bengang, orang lain masak kari kambing, telur masak kicap dia makan siap bertambah. tapi bila aku buat kat umah, dia langsung tak makan.... aku tau lah aku bukan chef, tapi sekurang2nya apa yang aku masak tu ada la beza rasa. maksud aku, kalau aku masak kari, ada rasa karinya, baunya, pedasnya....

bila time nak g perak, dia masih berteka-teki lagi. kalau xnak pegi pun aku tak kesah. tapi skurang-kurannya cakaplah awal2. tak yah lah biar kawan tu tertunggu2. tu kawan dia tu, tahap bestprenz, susah senang pun dia ada, tapi dia wat macam tu. aku tak suka tul dia wat cam tu.kawan aku lagi la, ada je alasan bila aku ajak g umah dia. bukan jauh pun, kat seri kembangan jer... yg putrajaya ngan sg besar bley pegi takkan tmpat kawan aku yg dekat tu tak nak? dia memang tak adil. tang dia semua aku suh ikut kepala dia, time aku... di perlekehkan...

balik jer dari perak masing2 demam. patutnya bila da sama2 sakit2 paham la, mesti tak larat nak buat apa2. dia da nampak kepala aku betampal koolfever, kaki berstokin ala2 gaya orng berpantang, lagi mau tanya ka? dia ajak gak aku teman dia gi makan. dengan badan sakit2 cam tu, nak turun tangga satu hal, nak pegang amar yang tak reti diam kat keta tu satu hal... aku tak confident aku boleh sampai kat restoran tu o aku yang bengong nanti.... naperlah dia cam xder perasaan jer....

ada satu hari aku suh dia carikan tukang urut, sakit2 badan aku, tapi dia selalu aja banyak soal. tak de ke kesian kat aku... sampai nangis2 aku dengan badan aku yg sakit lagi, dengan amar yg memanjat2 badan aku lagi. paling tidak pun, tolong la jagakan amar sementara aku sakit nih.... kesiankan la aku...

aku tak tau mana kekuatan aku untuk minta jiran aku sue. sue la yg bersusah payah carikan tukang urut untuk aku... aku da nangis2 da cakap ngan dia... kalau la papa rasa apa yang aku rasa? last2 dapat orng indon akak cleaner bawah umah aku. itupun nasib baik dia nak... sebab dia pun cuti ari ahad....

dekat 1 jam dia urut aku, time tu jugaklah dengan selambe dia, dia gi mandi, bersiap apa yang patut. nasib baik la amar tak usik masa aku kena urut. bila da siap urut, bukan dia nak tanya, aku ok ke tak, apa ke, dia terus ajak makan. aku bukan tak nak tapi aku memang tak larat. da tu nak marah2 plak... aku suh la dia bwak amar sekali, sebab amar memang nak ikut. tapi dia kata nak makan jauh, aku tak taulah bila dia nak matured...

dia sanggup biarkan amar nangis, sebabkan dia lapar. betul2 selfish... dia ingat kitorang ni tak lapar kot... aku pujuk amar perlahan. aku buat kan air milo ceceah biskut. itulah makanan kami sewaktu aku demam... memang rumah macam kapal karam, baju tak berbasuh, kain tak berlipat...

kadang aku rasa, aku yang tak bersedia jadi ibu dan isteri ke dia?

Khamis, 1 April 2010

anak lagi?

zwani.com myspace graphic comments

ammar sudah menjangkau umur 2 tahun. 11hb april ni genaplah 2 tahun. entah kenapa hati ni bagai di carik2 bila saja terdengar sesiapa bersalin o menambah bilangan ahli keluarga. kali ni entah kali keberapa aku meminta tuk memberikan ammar adik. tapi setiap kali tu permintaan di tolak. dengan alasan ekonomi masih belum kukuh. dan alasan yg terbaru ni, aku tak pandai bela anak?

aku tak tahulah sampai bila aku harus bertahan. aku tahulah, aku selalu jer hot dengan anakku yg satu tu, tapi setakat ni takdelah tahap aku mendera lagi... huk huk huk....
mgkn ada ku ceritakan berkenaan amar yang kerap nangis dalam masa yg lama. sebagai seorang ibu yg 24 hours dengan dia, pasti aku dapat merasai ada kelainan dengan setiap tangisan. sudah pasti aku dapat bezakan yg mana satu tangisan ngada2 dan yg mana satu tangisan x normal. tapi dia tak penah nak dgr pendapat aku.

setiap kali ammar menangis, dia berdiam diri, seolah kaku, yg hanginnya aku, malah yang memujuk ammar juga aku. malah setiap kali itu aku bacakan surah Yassin. Alhamdulillah, dengan usaha tak seberapa itu, tangisannya akan reda. tapi ia akan berulang di hari yg lain. hati ibu mana yg tak sedih... tapi dia, cuma kekal berdiam diri, buat tak endah, dan terus marah tanpa cuba untuk cari jalan penyelesaian... hampa dan kecewanya aku...

mgkin dia tak percaya dengan orang yg mahir dengan penyakit kanak2 nih,( besanya orang tua2 tahu la nak buat apa), o org yang pandai tentang hal2 halus nih, tapi sekurang2nya dia bawaklah ammar gi jumpa doktor kanak2 ker, ustaz ker... tapi setiap kali aku ajukan pendapat aku tu, setiap kali itu juga dia bagi alasan amar nangis cuma nangis ngada2... aku tak taulah, ikutkan hati ni da lama aku picit2 dia bagi kemek cam tin. geram! sebabnya yg menghadapnya aku, yg memujuknya aku!

aku rasa tak timbul soal isteri tak pandai membela anak if masing2 bekerjasama. aku sndiri merasakan kesepian belaian seoarang abah disebabkan abahku yg pendiam n garang. aku amat berharap ammar tak mengalami nasib yang sama. tetapi kenyataanya ammar mengalami nasib yg lebih teruk dari aku. sometimes terabai dek kehangatan hobi papanya yg asyik dengan game, internet dan bola termsuk tido. aku memang tahu, papa ammar ni tak suka melayan karenah bebudak lagi2 bab ngada2. senang kata, ammar happy, anak papa, ammar nangis anak mama.... oh sedihnya....

aku membayangkan aku dikelilingi anak2 sambil memeluk dan di peluk oleh mereka. we all can share everythign, very close, takde rahsia... aku cuba sempurnakan keluarga yg bakal di bina di balik kehancuran masa silam.... aku tak tahu bila kah ia akan berlaku... dengan usia yang semakin meningkat, bebanan yg kian bertambah dan hati yang kian hampir meletup? aku tak tahu adakah impian ku untuk menambah bilangan keluarga akan tercapai. padaku, suami boleh cari, tapi anak2? hilang tak berganti. itulah harta yg paling bernilai buatku... teman semua, doakan impian ku kan berjaya...

Isnin, 15 Mac 2010

terasa hati

sebenarnya memang agak lama aku menyepikan diri. bermula dengan lepas raya sehinggalah kini. banyak yg terjadi tapi banyak juga aku pendamkan. namun, satu keajaiban telah berlaku pada diriku.

beberapa hari kebelakangan lalu, ammar asyik menangis. tangisan yang panjang sehingga dia memberontak dan menyiksa dirinya sendiri seperti menghantukkan kepala dan badannya di lantai. sehingga suatu ketika aku tiada cara lain selain membacakan surah Yasin. beberapa kali perkara itu berlaku. dan beberapa kali itu juga aku membacakan surah Yasin. setiap kali itu juga aku menangis. yelah, nak melahirkan anakku yg sorang ni pun kena melalui pembedahan.

beberapa kali juga aku mengajak hubby ku utnuk membawa amar pergi berubat. tapi, selalu saja di tolak, dengan alasan amar tidak ada apa2 yg serius. malah setiap kali perkara ini timbul ada saja yg buat aku sendiri sakit hati. yelah, aku yang mengadap dia 24jam, of course la aku risau. paling merisaukan aku kalau dia kena sawan tangis. org kata susah nak ubat. tapi dia tetap begitu, tetap dengan alasan degilnya itu.

malah ada suatu ketika, waktu itu kepala ku seakan migrain yang bagai nak pecah kepala di buatnya, time tu juga amar menangis. bukan dia nak tolong, tapi dia pegi kiwi kasut diaa. bengangnya aku... aku gagahkan gak badan wat kan susu, tapi amar tetap tak nak. last2 aku terpaksa biarkan dengan harapan dia akan diam sendiri. tapi tidak. sehinggalah dia datang dan berkata sesuatu yang menyakitkan hati aku sekrang dan selamanya.

" anak sorang pun tak terbela, nak anak lagi"
dengan kepala yang tengah migrain bagai nak gila, aku amik amar yg tengah nangis tu aku bawak ke bilik sambil aku berkata,

" tak bela? bis tu selama ni sapa yang bela? sampai besar ni sapa yang bela?"
dan dia tak penah minta maaf pun utnk kesalahan itu. of course la aku perempuan yang masih punya naluri keibuan, anak2 harta no 1, malah penghibur dan tempah bermanja. dia tak pernah tahu itu kerana masanya banyak di tempat keje.

aku tak kesah kalau aku ni jenis bekeja, pagi2 anta rumah orang, cukup time amik, dia sampai umah main lebih kurang ngan dia terus tidurkan dia. tapi no, aku 24 hours ngan dia. aku rasa, rupanya selama ni apa yang aku buat untuk dia dan anak dia ni tak dinampakkkan malah tak dihargai. tak pelah, if aku termengandung lagi (aku harap sangat) dan dia tak nak bela anak ni, aku sanggup korbankan apa yang aku ada untuk membesarkan anak ni...

nak tahu? pada aku amar satu anugerah yang terbsar. sejak kes dia nangis panjang tu, aku sudah mula mendekatkan diri dengan yang Maha Kuasa. Mungkin sebelum ni aku selalu wat tak endah, tapi mungkin hidayah yang Allah turunkan itu melalui kejadian yang aku alami sepanjang perkahwinan ini mengajar aku untuk tidak lupa pada yang Esa. Alhamdulillah....

Sabtu, 26 September 2009

sepi di hari raya

salam lebaran.... Selamat Hari Raya wat semua bloggers.... apa agaknya perasaan kalian suasana lebaran kali ini? mungkin ada yang happy...telebih happy, berduka, sengsara o mungkin semua itu bercampur baur...

sebenarnya, dalam hati amat berharap agar ramadhan terus berjalan sehingga ke hujung tahun. sebenarnya sebulan tidak cukup untuk kita menikmati nikmat dan ganjaran yang tersedia di bulan itu. namun itu semua berbaloi dengan apa yang kita da buat dan kita akan hadapi. seringkali niat yang mulia pasti akan ada dugaannya... namun, hadapilah dengan redha... kerana di bulan yang mulia itu, semua yang baik pasti akan berganda2 pahalanya... Insya Allah....

ramadhan tahun ini seakan ada kekurangannya... apatahlagi sehari di hari lebaran... semuanya terasa hambar.... mungkin kemeriahan itu hanya terasa bila hati ni terlalu excited membelikan baju untuk amar berjalan menziarahi sanak saudara... selain dari itu, semuanya seakan biasa. aku sendiri pun tak sedia untuk shoping sakan. semuanya ala kadar saja...

biasa di hari lebaran, pagi2 lagi mak da bangun menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga. tapi kali ini, dengan keadaan mak yang tak boleh berdiri lama, semuanya kami yang kena buat. mujur la kami ni semua perempuan... kalau dulu kami cuma tolong2 and sometimes like a mandor, kali ni mak pula yang jadi mandor... heheh... takperlah mak, mungkin ada hikmahnya pada setiap kejadian... kalau tak, sampai bila pun kami masih bermanja2 ngan mak... sket2 nak tanya mak, sket2 nak citer ngan mak...

kalau dl kami memang beraya sakan, kali ni tidak juga... dengan keadaan mak yang begitu, pergerakan kami juga terhad.... dulu, selepas sembahyang raya jer, kami terus pegi ke rumah nenek sebelah mak dan sedara mara di situ, dari air hitam terus ke batu pahat. tengah malam baru sampai umah..... untuk kali ni, cukup rumah nenek sorang jer... kebetulan mak ngah yang berada di batu pahat pun pulang ke rumah nenek... sudahnya kami ke pagoh, menjenguk bakal adik ipar (kalau jadi). emak pula pulang ke rumah...

sunyi rasa bila yayi dah takde... dulu, kalau time raya je memang yayi la yang rajin melayan anak cucu bercerita. setiap cucu cicit yang datang mesti di ajak makan bersama. biapun setiap dari mereka datang berlainan waktu. setiap kali itu juga la dia akan makan bersama. macam2 yang dia akan cerita.. ternyata, aku sudah kehilangan orang yang menyayangiku, dan orang yang aku sayangi selama ini...

kenapa la, setiap kali itu aku terasa sepinya....

sepi di hari raya....

Sabtu, 5 September 2009

ikhlas vs berkira!

agak lama aku menyepi.... mungkin masa yang agak terbatas, apathlagi, sekarang ni aku mula berjinak2 dengan dunia jahitan langsir n baju kurung. so memang masa yang ada tu memang terbatas. kerjaya sebegini memang memerlukan ketelitian dan fokus yang agak tinggi. bila ia melibatkan klien, kepuasan mereka memang jadi keutamaan. Insya Allah aku cuba yang terbaik. malah dalam setiap kerja yang ada aku sentiasa meningkatkan pengetahuan agar jadi yang terbaik...

sebelum aku terlupa, ingin aku ucapkan SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52 untuk semua bloggers. well, mungkin agak terlambat, but asalkan ia ucapan ikhlas yang lahir dari hati bukankah itu lebih memadai?

berbicara mengenai ikhlas, ia memang di tuntut dalam kehidupan seharian malah lebih afdal dan berganda2 pahalanya di bulan yang mulia ini. aku tak tahulah kenapa, puasa kali ni membangkitkan seribu dugaan yang begitu menyesakkan dada. dugaan yang hampir meruntuhkan tembok keikhlasan, dan kekukuhan iman.... aku seperti terheret dalam kancah permasalahan yang membangkitkan seribu kemarahan... or, aku sendiri yang mencari masalah?

mungkin aku terlepas cakap, atau tanpa aku sedari aku sendiri yang baran tak tentu hala, tapi aku juga manusia biasa. apa2 jua sifat negatif paling tidak ada 5% dalam diri aku (echeh!). aku tak mungkin bisa memendamkan segala kemarahan dan ketidak puasan hati ku jauh di lubuk hati sedangkan hati aku sendiri kian lama bergelora.. aku sendiri tak tau nak luah kat sapa. hubby, em, dia bukan lah orang yang suka mendengar celotehku yang padanya perkara kecil dan biasa. walaupun kadangkala setiap celotehku itu memerlukan pendapat dan idea n sometimes sokongan.

sebelum ni rumah ni selalu jadi persinggahan buat adikku sendiri, adik iparku yang kini sudah berkawin dan sekarang another adik ipar.... selain daripada another adik ipar ni, kedua di atas tak de sebarang masalah pada aku. kalau ada pun masalah yang biasa jer. and kadang2 aku tak berapa amik port pun masalah diorang kat aku tu. but this one, really make me crazy!

memang sebelum ni ok, dan before this pun dia antara ipar yang paling rapat. selalu gak kongsi perasaan ngan dia. aku tak taulah apa yang merasuk dia, sekarang ni aku seperti tak kenal siapa dia. dan aku tak percaya aku boleh caya n backing setiap tindak tanduk dia selama ini yang aku rasa penuh kepura-puraan..memang frust!

memang sebelum ni dia bermasalah dengan family dia. semua yang dia buat seakan salah di mata family dia. dan aku pulak konon faham dia selalu jer backing dia . apa yang dia buat semua betul. dan sebenarnya aku tak tahu, semua itu berlaku berpunca dari dia sendiri...

memang dia ada boyfriend, dan aku n hubby penah jumpa dia... kata hatiku menyatakan boyfriend dia tak ok. i dunt know. but selalunya apa yang hati aku kata tu betul... aku cam rasa dia tak ikhlas nak kawan ngan my eksen law....riak muka dia yang x serius, n sometimes cam berlagak pun ada... well if betullah dia penguatkuasa under gov, it doesnt mean all he do is right! but my eksen law ni selalu backing dia...

well the chronologies is, first they met at phone.. wrong number first, and then calling2 n became a friend and couple after that.. first he said he have sick im not sure wat ill of that. sakit paru2, jantung o anything. but he said da teruk... then tak lama tu dia meninggal... pastu couple plak ngan sepupu si bf ni... yang kononnya serupa dan sebiji. masa couple ngan this guy pun selalu ada masalah, mak dia tak suka la, kena buatan orang la, gila la, mak dia da suka ngan orang lain la.... all this kind of alasan is i think just taktik for get her symphatic... x lama lepas tu tiba2 dengar da meninggal accident.. semua tu wif his dead cousin only for x sampai 1 year....

and then, he met the dead guy yang kononnya pihak hospital tersalah cetak kematiannya. actually another man yang mati tapi hospital tetulis nama dia. dia sebenarnya di hantar kat hospital jb.... mungkin aku fikir benda ni tak logik la... tapi tak taula..

and then bila dioarng da janji nak jumpa tetiba dia kena tahan kat melaka coz polis sana dapat report keta ada asimpan dadah. duit dia pun hilang kena songlap ngan mamat polis kat situ....

ni bila da datang kl nak jumpa my eksen law, kononnya nak gi jumpa bakal mak metua tetiba salh jalan n tido kat umah abang dia...esok tu bakal mak metua da marah2 kat my eksen law ni boleh dia wat selambe kat atas dok paking keta. what a gentleman guy of this? sepatutnya dia turun bawah selamatkan keadaan, dan memang itupun tujuan dia datang kl nak jumpa mak metua. but apa yang dia buat, dia ikut kata my eksen law untuk kuar dari rumah tu dan ikut dia balik jb.... huh....

promise to help her find another job at jb, and rent house for her, she stay for a week at jb and then comeback to my house until now. her excuse is, her bf going for a kursus for a week.... and then after a week he should take my eksen law he said he had ill and then influenza H1N1. until now.... so many excuses.. for me its just excuses n im not soo fool to believe all of that junk excuses.

i think she is ok, but the reality is she make me a fool in front his bf... how angry me! she told him every thing in my house, our secret, our life and our privacy. always report like a police! its not ok when she tell something bad about me, my family to her bf... i received it! a sms to her bf. wrong number.... all about me, amar my family all reported to her bf.. something i think its normal to advice my only son but she just terasa....

i said " i dont like if anybody come here, and pampered amar walaupun dia wat salah. wrong is still wrong it may be change if
we advice him."

the bold word is make her terasa. kalau la aku tak suka anybody come to my house sejak zaman another law lagi aku tak suka. that time aku tengah marah of course la aku cakap yang apa2 ntah... sampai amar jatuh pun dia tak nak tolong angkat that so melampau! memang aku bengang sangat... and paling bengang dia report hal aku marah kat ammar, hal dia mop lantai sampai amar jatuh and anything about me and amar. macam aku ni pendera anak alaf baru plak.... and aku tak pernah suh dia wat apa2 keje pun kat umah ni. semuanya dia wat sendiri. aku pun tak penah nak suh. dia nak wat buatlah. tak pernah ada paksaan. if my house bersepah macam tongkang pecah pun taulah aku nak kemas cane.... i dont like that word " kalau mop separuh jalan nanti kak ipar cakap keje separuh jalan" wooh! like a mulut tempayan !

that time if i can memang aku nak suh dia balik umah mak dia. lebih baik jaga mak dia yang da tua tu dari jaga kami yang sihat walafiat ni.... aku tak pernah nampak anak yang tinggikan suara depan mak dia sendiri, and x nak jenguk mak dia langsung. sebelum ni tengok kat tv jer lah. depan mata tak penah lagi...dari situ aku dah tak respek. hilang respek aku kat dia sebelum ni. dari situ aku tau dia ni tak betul. kalau korang perasan, masa kita jadi anak, kita memang tau apa yang kita tak puas hati ngan mak kita, macam ada jer yang kurang, selalu jer mak orang lain yang terbaik, tapi bila kita jadi mak, kita takkan tahu apa tanggapan anak kat kita. mungkin kita da buat yang terbaik, tapi tak bermakna itu yang anak kita inginkan dan itu juga yang terbaik untuk anak kita....

so fikirkan lah.... aku sendiri pun tak tahu aku ni terbaik o tak... tapi sebaik mungkin aku nak jadi contoh yang tebaik untuk anak2 aku, dan paling penting apa yang aku korbankan selama ni ikhlas aku wat untuk kebaikan family n bersama.

and she said im not ikhlas tumpang kan dia kat umah tu.... kalau dia ada duit dia nak bayar semua yang dia guna kat umah tu.... aku pun tak tau lah... kalau lah keikhlasan itu boleh di bayar ngan duit, alangkah baiknya! tapi ikhlas itu akan bertukar berkira bila kita bagi madu di balas ngan hempedu! skarang ni, sejak peristiwa tu, aku kena lebih berkira2 untuk help people... its better to help oku people or orang yang susah dari tolong manusia sihat walafiat cam ni tapi dia wat aku cam ni....

bengang yang teramat sangat!