Khamis, 4 September 2008
suka ke tak suka?
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka
masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa
masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya
masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita
masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.
baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa
kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa
kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja
bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.
sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?... .
Selasa, 2 September 2008
selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia....
semenjak dua menjak ni, aku memang busy betul dengan life aku. 5 hari sebelum puasa, aku sibuk berkemas untuk pindah ke rumah baru. tak delah besar sangat pun rumah tu. but tapi besar ertinya buat kami yang baru nak mulakan hidup berkeluarga.... banyak gak percanggahan pendapat antara aku n hubby aku. kalau ikut dia semua nak lengkap. kira ada sofa, meja makan, n set bilik tidur etc. tapi aku yang hold dulu... karang orang datang umah aku terkejut. yelah, aku berkawan dengan dia dulu pun penuh 'kontrebesi' sampailah kami ada anak ni ha.... kang pindah dalam keadaan umah serba perfect cam tu... lagilah panjang orang mengata... aku lebih suka beli berdikit-dikit. baru terasa kemanisannya. yelah, cukup duit, tambah sket-sket. jadi setiap tahun ada je perubahan kat umah aku ni... ye tak?
2 hari sebelum posa pulak kami travel ke melaka A Famosa Waterworld untuk menyertai family day anjuran syarikat hubby aku... nak kata seronok tu seronok gak la... but sebelum pegi tu takut gak ammar meragam. but, Alhamdulillah, dia oke jer.... yang kelakarnya, bila kitaorang gi function kat sana, ramai la kengkawan hubby aku tegur dia, cubit pipi dia, dukung dia, dia simpan je senyum dia. dia wat muka selamba. tapi bila kitaorang sampai kat hotel tempat kitorang menginap... uiiii dia mula la tunjuk ketelah happy dia. kelakar sangat. syukurlah, dia tak apa-apa.... senangnya ammar ada gak susahnya. time dia meragam, suka sangat menjerit. pening kepala di buatnya.... bila da x larat nak layan, hubby aku pulak yang amik alih...
kadang tu, bila da marah2 kat dia, sampai je malam da terpikir... uii cepat tul hari beralih, maknanya usia ammar semakin meningkat dari sehari ke sehari.... pastinya aku akan rindukan kaletah si kecil ini. ketawanya, senyumnya, tangisannya.... rasanya aku ingin di sampingnya selalu dalam keadaan ini... seronok n rasa bahagia sangat bila peluk dia time dia tidur....
Alhamdulillah, ada kesempatan untuk aku bertemu lagi dengan ramadhan kali ni. memang banyak dugaan dan tanggungjawab. but sama2 lah kita berdoa agar sentiasa bahagia dan berjaya meningkatkan amalan di bulan mulia ini. kalau kat tesco kalau kita ada clubcard bley simpan mata untuk redeem someting akan datang, untuk ramadan kali ni, kita cuma perlukan amalan2 kita seharian. ikhlas dan tawakal itu pokok pangkalnya... nak redeem? Insya Allah kat akhirat nanti akan kita perolehi ganjarannya.....
selamat menyambut ramadhan utk semua bloggers.....
from me:
ct salwa
Jumaat, 22 Ogos 2008
bukan kisah aku......
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Puaskah Siti sayangku..?"
"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Khamis, 21 Ogos 2008
7C Gred untuk isteri Elak....
Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yang beristeri …
C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI … nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata …
C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua …
C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …
C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje … Ade isteri kata - mekap untuk suami, … tapi kat rumah tak mekap pun …
C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan …. sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 …
C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai …. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak …. anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya … Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu …
Oleh Dr Fadillah KamsahRabu, 20 Ogos 2008
tempoyak mak mertua.....

nak raya ni aku teringat cerita cerekarama kat tv3, 'rendang untuk mertua'. tapi kisah aku ni bukan itu tapi tempoyak mak mertua. hem, kisah ni terjadi di awal perkenalan aku ngan hubby aku. antara aku n hubby, aku yang mula usik hati dia dulu. bukan apa, ada sometink yang aku suka kat dia dan aku rasa aku takkan jumpa kat org lain lpas ni. so, apa salahnya aku mulakan dulukan. lantak la orang nak kata perigi cari timba ke apa ker? peduli apa kan? lagipun sekarang ni org dah tak guna perigi2 ni... ramai da ada paip kat umah... selaras dengan peredaran zaman, aku pun selamber derk je memecahkan tradisi tu. alhamdulillah.... kasih bersambut.
selang beberapa bulan aku dipertemukan dengan kedua orang tuanya. masa tu abah masih ada lagi... hem, baru aku tau, dia ni orang minang. kiranya jawa bertemu minang la. cerita- cerita punya cerita sampai bab memasak. aku biasalah, bab memasak ni aku kurang sket. aku lebih kat buat2 kek ke biskut ke. so aku perati je mak dia masak. tolong pun stakat potong2 bawang ke lada ke apa ke.... mungkin kebanyakan orang tak terkejut kot. tapi bagi aku itu memang satu kejutan bagi aku.
- kalau nak masak ikan o apa2 pun, kalau aku biasanya aku terus jer tumis ikan tu. tapi diorang ni goreng dulu sekejap pastu baru masak. contohnya ikan pari masak asam pedas ke.. kalau aku da siang n cuci tu terus jer masak. tapi diorang goreng skejap ikan tu pastu baru masak...
- aku apa2 pun mesti ada bawang kecik. tapi diorang ni semua guna bawang besar
- kalau masak sardin, kalau aku memang terus jer masuk kat kuali o di makan begitu sahaja bersama lempeng o roti. tapi diorang ni, sardin tu kena goreng dulu baru la masak.
- kalau petai plak, dioarang makan dengan kulit2nya sekali. caranya diorang potong petai tu serong besama kulit n rebus. n then diorang nak masak tempoyak ke apa ke....
- kalau aku masak lemak, mesti tumis dulu rencah tu. tapi diorang ni rebus santan tu n then letakkan bahan rencah tu kemudian.
- yang ni aku suka. diorang punya favourite resepi tempoyak ikan bilis. aku ni makan kira milih gak a. first tu tak minat makan tempoyak n ikan bilis ni. tapi bila kita di hidangkan lauk tempoyak ikan bilis dan sambal petai. aku lebih rela memilih tempoyak ikan bilis dari sambal petai. coz a ku tak makan petai....
bahan2:
seulas bawang besar
kunyit sebesar ibu jari
serai di titik
lada cili ikut rasa
ikan bilis da siap buang isi
tempoyak
cara:
ikan bilis tu di goreng sekejap. tapi jangan sampai garing...
blender semua bahan di atas kecuali ikan bilis n serai.
da tu tumis semua bahan yang di blender tadi. masukkan sedikit garam n ajinamoto kalau suka. pastu masukkan serai tadi tunggu sampai lada tadi masak betul. masukkan tempoyak yang da dicampur dengan air untuk mencairkannnya. kacau2 n then last sekali masukkan ikan bilis...da siap boleh hidang. enak di makan bersama nasi o wat cicah roti ke ....
ada berani nak cuba. cubalah.... kadang2 bila lama tak balik umah mak metua aku, rindu gak dengan tempoyak dia ni.. iya lah air tangan orang tua lagi terasa enaknya....
apa pun, aku ucapkan thanks to my mom... selamat mencuba... walaupun aku tak tau nak amik ati mak metua aku, tapi aku sayang dia.... macam mak aku sendiri. selamat mencuba.....
Khamis, 14 Ogos 2008
Bila bahagia hanya kata-kata.....
" kau bahagia dengan hidup ko sekarang?" aku terdiam sambil memikir-mikirkan jawapan yang patut. sempat ku tersenyum padanya. perlahan-lahan dahi safi ku cium berkali-kali. pada aku, kebahagiaan yang Allah anugerahkan pada ku kini adalah suamiku, keluarga dan safi. Alhamdulillah aku bersyukur akan nikmat-Nya.
"naper ko tanya aku cam tu? ko pun bahagia gak kan bersama Fiz tersayang?" sempatku mengusik. dia tersenyum.
temanku ini sebaya umurnya dengan ku. bezanya aku sudahpun berkawin dan dia masih menunggu saat yang sesuai untuk diijab kabulkan.
"Apa perasaan ko bila kau tahu suami ko ada perempuan lain?" soalnya tiba2. aku terdiam. sukar untuk aku menjawab pertanyaan itu. bukankah hati perempuan itu semua sama saja. madu itu umpama racun yang memakan diri perlahan-lahan. lama ku biarkan soalan itu begitu sahaja. dan dia pula seakan terus memikirkan cerita yang akan di sampaikan padaku.
"ada beza bila ko tanyakan soalan ni pada aku. kalau suami aku ada perempuan lain pastilah aku kecewa, geram dan marah. ko tanya la mana2 perempuan yang bersuami pun akan jawab benda yang sama." jawabku akhirnya. dia memandang ku lagi. macam ada yang dia tak puas hati.
"sebenarnya aku nak citer kat ko, tapi aku takut ko akan ketawakan aku nanti." untuk kali ni aku membuntangkan mata ku padanya. citer pun idak lagi nak ketawa. bebelku dalam hati. ku biarkan dia seketika. ku berlalu kedapur untuk menyiapkan air kopi. berikan dia waktu untuk berfikir.
ku suakan air kopi padanya. ya, dia tubuhnya agak susut. raut wajahnya tak seceria dahulu. diapun tak seriuh dahulu. antara kami berlima, dialah yang paling riuh....
"Fiz ada perempuan lain Mir. Aku frust sangat. da la beberapa bulan lagi kami nak kawin. dia buat hal pulak. bila aku suh dia buat pilihan, dia kata dia suka dua2 sekali. tamak betul....." luah dia akhirnya. cepat2 ku urut dadaku sambil mengucap panjang.
Fiz tu tunang temanku. kalau tak silap da hampir setahun lebih diorang bertunang dan da dekat 3 tahun berkaple. aku kenal Fiz. Kira handsome + manis. memang ramai peminatnya. kami pernah keje satu tempat dahulu. waktu tu aku dan intan (temanku) bekerja sambilan di sebuah restoran. Di situlah juga Intan berkenalan dengan fiz yang juga pekeje di situ. antara ramai-ramai teman baik ku, dia adalah yang terbaik. Fiz ni kira pemurah dengan senyuman, sabar dan baik orangnya. berbeza ngan temanku, dia ni agak baran juga orangnya, cakap terus terang dan cemburu. itulah pro dan kontra. setiap pa sangan itu kan melengkapi antara satu sama lain.....
"Ko da chek betul2 ker? aku cam tak caya jer. bukan aku tak kenal dia" tanya ku padanya untuk mendapatkan kepastian.
"Ko jangan sangka laut yang tenang takde buaya Mir. ko nampak jer Fiz tu cam tu tapi sebenarnya, aku da lama makan hati dengan perangai dia. aku cuba untuk berlaku curang, cuba cari lain, tapi tak leh. hati aku tetap pada dia walaupun dia buat cam ni kat aku. entah apa lah kurangnya aku, dan lebih perempuan tu....."
lama ku termenung. dalam hati perlukah aku menerangkan satu persatu tingkahnya yang membuat Fiz berpaling arah? boleh ke dia terima? ku biarkan dia terus bercerita....
" aku terlalu sibuk mencari kemewahan Mir sampaikan aku tak perasan yang sebenarnya hati Fiz dah lama terbahagi dua. aku mula perasan bila dia mula berani memarahi aku, menyembunyikn hpnya dari aku dan x semesra dahulu. biarpun tanggujawbnye mengambil dan mghantar aku keje dia tunaikan speeti biasa. kami da x sperti dulu Mir" rintihnya perlahan. aku terdiam. aku juga turut bersimpati padanya. untuknya kini, aku cuma mampu mndengar.
"Aku sabar jer bila aku kena bayar keta (share), bayar umah, belanja semua aku. sebab aku fikir apa la salahnya berkorban utk orang yang tersayang. masa dia susah, aku la yang sanggup menangis mengenangkan hidupnya, aku la yang bersusah payah menolongnya. semua aku korbankan Mir. aku tak tau lah kawin ke tidak aku ni....."
sebenarnya, aku kurang arif untuk memberi kan penyelesaian. sekadar mendengar Insya Allah aku mampu. sekurang-kurangnya aku mampu menjadi tempat untuk dia meluahkan perasaan.
"aku tak tau nak bagi nasihat apa Intan, cuma pada aku, setiap hubungan ada dugaannya. rintangan orang bertunang memang begitu. cuma berat o ringan je dugaan tu. cuma sanggup ngan tak sanggup jer ko tanggung dugaan tu. masa berkaple, cemburu kita hanya 25%jer, masa bertunang up sket jadi 50% tapi bila dah kawin n ada anak kena la 100%. coz time tu badan tak solid dah, suami pun ada alasan nak cari lain. tu bukan makna kita kena kongkong dia... cuma itu satu keperluan untuk kita cuba maintain apa yang bley... untuk ko, ada masa untuk ko berubah. terpulang sama ada ko nak teruskan o setakat ni sementara masih boleh. kalau dah kawin nanti susah... lagipun kawin kan utnk selama-lamanya...... kalau ko sayang dia, cubalah amik hati dia dan berterus t erang. itu lebih baik."
Eceh, aku plak jadi kaunselor peribadi... sebenarnya aku sendiri pun takut tuk beri nasihat.... sedangkan perkahwinan aku pun masih jambu lagi.. pada aku bahagia milik Allah.... Dialah yang menganugerahkan pada kita.
bukan a ku tak yakin dengn suami aku... tapi hidup ni sebenarnya perlukan jaminan. sedangkan apa yang ada di dunia ni waranty tu tak kekal lama. Pada Allah jualah kita bergantung harap. sebenarnya, kisah di atas adalah salah satu rentetan hidup di kalangan kita. aku juga pernah mengalami keadaan seperti Intan. Dan Intan pun tahu kisah itu. cuma bezanya, hatiku tak seteguh untuk terus mencintainya. yelah, mengapalah kita selalu menutup pintu hati kita sedangkan lebih banyak lagi peluang akan sampai kalau kita terus buka hati kita. manalah tahu, setiap kejadian dan dugaan itu kan ada hikmahnya tersendiri. mungkin apa yang terjadi pada kita hari ni, itulah yang terbaik yang Tuhan berikan pada kita. Dan, Tuhan akan anugerahkan yang lebih baik berbanding hari ini. Asalkan kita selalu mengingati-Nya. Itukan Janji-Nya....
Berkenaan temanku ini, dia mengambil keputusan untuk terus stick together with her fiance... ye lah sayang .... hati perempuan kan selembut sutera.... ada sebabnya Allah jadikan hati perempuan seperti itu.
Untuk menyayangi Satu-satunya yang menjadi Suami...
Untuk menyayangi Anak-anaknya....
biarpun hati sakit, pedih, terluka ketabahan dan kasih sayang itulah yang akan mengikat kasih sayang antara kita, suami n anak-anak.
kadang2 geram gak dengar kisah 'perampas' hak orang lain ni. kalau barang yang dirampas memangla ada penggantinya. tapi kalau hati orang yang di rampas... manalah nak cari. di manalah letaknya perasaan diorang ni kan... kalau yang baik n sedar diri tu tak pelah... adalah gak nak berbaik-baik. ni tak da la 'perampas' berlagak sombong plak, macam dia tu bagus sangat... dia tak sedar ker, sekarang ni kan Allah bayar CASH. hari ni dia amik hak orang, esok2 plak orang lain plak akan amik hak dia... time tu baru tau tingginya o tidak langit tuh....
untuk teman2 di luar sana yang menghadapi kes seperti teman ku ini, kalau boleh pertahankanlah hak anda selagi mampu. kalau da tak bley sangat tak yah la seksa diri. kerana kalau kita paksa hati orang, yang merananya kita gak nanti... anggap saja tiada jodoh. lebih baik putus skarang dari da kawin nanti jadi janda. ada gak time tunang gaduh macam perang dunia, tapi bila da kawin aman, rukun dan bahagia.. Masya Allah, itu semua kan kerja Allah.
Untuk temanku tadi, aku nasihatkan, biar di mana pun kita, apa pun taraf kita, biar berjaya mana pun kita, kita adalah hak milik Yang KEKAL iaitu Allah. adalah sebaiknya kita bermuhasabah diri, mengenang kembali salah silap kita, duduk bertafakur dan banyakkanlah ingat Allah.... kerana lazimnya manusia ni akan lebih mengingati Allah ketika susah... banyakkanlah sembahyang hajat. mudah-mudahan jodoh kalian berpanjangan Amin.......
Isnin, 11 Ogos 2008
bila mengandung lagi....
untuk pengetahuan you all, bila bersalin bedah ni paling kurang kena 2 tahun atau paling baik biarlah 3 tahun ke atas. bukan apa, parut kat luar tu memang la da nampak elok tapi kat dalam tu makan masa bertahun-tahun untuk pulih. even jangkamasa 3 tahun tu pun tak cukup. tapi kalau lama sangat tak bersalin kang takut terlupa plak cara-cara bersalin n jaga baby. da kena blaja balik. Dr. Nik ada bercerita kat aku, luka operation tu memang da elok tapi jahitan dalaman tu setebal ibu jari tangan. fuh.... tak dapat aku bayangkan.... tapi aku dah lalui keperitan orang bersalin bedah ni....
ok lah, my mom pun pernah bersalin bedah gak untuk kuarkan adik aku yang no 2. sebab kena bedah coz baby tu 5kg. memang tak leh teran lah... tapi mak aku dulu punya stail. berjahit dan di tengah-tengah perut memanjang ke bawah. kalau zaman sekarang, o cam aku bergam di bawah perut memanjang ke tepi. so, kalau orang pantang tido kena duduk aku selamba kodok jer baring. ya a, kalau perut aku flat cam model iklan takper... ni ada sparetyre. mau tak bernanah luka tu. dan katanya, kena rajin angin-anginkan bekas luka ni. supaya tak melekat peluh di perut dan akhirnya mengakibatkan nanah. ui.... takut kalau bernanah diorang cakap kena buka balik tempat luka tu n betulkan balik... ( betul ke tak hanya mereka yang pakar jer boleh jawab).
tapi memang la, pantang orang bersalin bedah ni tak cam bersalin biasa. silap-silap leh kurus coz terkecur air liur coz ada benda-benda yang makan taun gak tak leh makan.... masa aku pantang ari tu, makan pun cuma ikan kerisi goreng,ikan gelama goreng or cencaru bakar dan sayur sawi masak air ( air kalau boleh tapis), lobak putih (untuk tambahkan susu), ulam pegaga, pucuk ubi, kubis bulat and lobak merah. ada satu lagi aku suka ikan masak asam dan sambal halia. memang best. even lepas pantang pun aku still suka menu ni. bukan apa, aku kan menyusukan Ammar so, menu ni baik untuk tambah susu. lagi satu jangan makan nasi panas2, biar suam2 n pastu jangan tambah. cukup makan 3 kali sehari. air manis kalau boleh kurangkan. kalau boleh 2 gelas satu hari ker, yang lain minum air buah manjakani. rendam buah ni satu malam dengan air panas. esok pagi2 minum. ni untuk keringkan luka dalaman. even aku sampai sekarang pun still minum. buah ni leh dapat kat kedai ubat o sinsei.....
itu bab makan, bab berurut aku urut gak. cuma perut jer tak sentuh. kang terburai sapa nak jawab... aku gak... lagi satu rajin2 la bertungku kat bahagian perut tu. bukan apa, boleh mencairkan darah beku n sometimes rasa ringan jer badan. selain tu, aku pakai gak bengkung getah just x nak rasa perut ni bergelodak time jalan. tapi jangan ikat kuat2. dah sebulan nanti baru leh ikat kuat sket. stokin tu mesti pakai untuk elakkan angin. pilis, param tu sumer aku pakai. bila da ckup sebulan aku pantang, baru aku berani minum jamu kodak. ambil kuantiti sikit jer coz ia bersifat panas. tujuannya untuk memanaskan badan, membanyakkan air susu dan mengurangkan bisa-bisa badan.
bila da operate ni, kita punya kegagahan untuk keje kuat kurengla sket. bukan apa kena jaga luka kat dalam tu. nak angkat air pun kalau boleh cari penceduk (gayung). jangan pakai baldi dulu, even baldi kecik pun. kerana ia akan menekan kat perut. mencangkung, meniarap o mengiring pun nantilah dulu. biarlah kedudukan rahim tu terletak. caranya, time tidu tu kalau yang boleh tidu duduk, duduk tegak2 sambil kedua belah kaki di rapatkan. kalau nak cantik ikat kat peha ngan betis. yang ni bia ketat sket. tujuannya aku kurang pasti. time ni abah aku punya petua. coz masa nenek aku bersalin pakcik aku yang bongsu dia tolong jaga... kalau tidu baring pun sama gak. kalau yang operate tu kalau boleh time ni buka perut. luka operate tu untuk dapatkan angin. biar cepat kering. lagi satu kalau boleh jangan la guna lesung batu dulu. ni semua menekan perut. terasa woo..
lepas pantang pulak, kalau boleh jangan makan benda-benda yang tajam contohnya nenas, cuka, air kelapa, air tebu o what ever. yang berangin pun kalau boleh jangan. cari makan yang lembut dulu. bukan apa memudahkan buang air besar... milo and susu pekat jangan la dulu. apa-apa pun yang berkaitan dengan coklat tunggulah dulu. paling kurang setahun ke.... ni petua mak aku. kalau menyusukan anak lagi la kena pantang makan. coz apa yang kita makan tu akan effect kat anak. so, agak2 yang sejuk o angin tu jangan la makan. karang anak kembung, menangis satu malam kita yang pening kepala.
apa lagi aku buat a masa pntang... aku pun tak tau. tapi alhamdulillah la walaupun aku bersalin bedah, ramai gak org tegur aku lagi kurus dari sebelum ni. oh yer ke? aku pun tak timbang. aku memang takut sket nak timbang berat badan. takut jadi psiko lak piki berat badan. kalau turun aku suka la. tapi kalau tau jer berat badan aku naik walaupun 1kg aku mula la tak tido malam. piki cane nak kuruskan balik..... ni effect sebab aku dulu penah ada bulimia anaroxia. bila da kena gastrik terus aku stop. takut.. padan ngan muka aku. takde apa petua aku amalkan melainkan yang kat atas tu la. lagi satu orang kata kalau minum kopi pun bley kurus. entah la. aku masa pantang memang minum kopi sebelum makan nasi.
Untuk akak kat atas ni la, aku rasa susah sket la nak bersalin secara normal dalam jangkamasa tak sampai setahun selepas bersalin bedah. but itu semua kuasa Allah. apa yang dia boleh buat setakat ni, kena jaga pemakanan, jangan wat berat2 n banyak2kan lah berdoa o paling tidak sembahyang hajat. mana lah tau. kita cuma berusaha Allah juga yang menentukannya. anyway tahniah aku ucapkan kat akak tu...
kat sini aku ada sertakan sket info tentang pantang bersalin. sket2 leh a jadi panduan.... aku pun bukan doktor, cuma sekadar membantu dan panduan untuk masa depan
Pelbagai Resipi Orang Pantang
- Ikan selar
- Ikan cencaru
- Ikan haruan
- Belut
- Ayam
- Daging
- Sawi
- Peria
- Carrot
- Pegaga
- Ulam raja
- Cekur
- Daun Kunyit
- Garam kunyitkan ikan selar atau cencaru
- Balut dengan daun pisang atau daun kunyit
- Panggang
- Halia muda dihiris nipis-nipis
- Digoreng garing
- Angkat dan toskan untuk keringkannya dari minyak
- Simpan dalam bekas kedap udara
- Makan dengan nasi panas
- Carrot dan sawi dipotong
- Halia dimayang halus
- Isi ayam dipotong dadu
- Lada hitam ditumbuk sedikit
- Bawang putih diketuk
- Bawang merah dimayang
- Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak hingga naik bau
- Masukkan isi ayam dan lada hitam
- Masukkan air
- Masukkan sayur
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
- Apabila mendidih, sedia untuk dihidang
- Ayam
- Halia ditumbuk
- Kunyit segar ditumbuk
- Bawang merah & putih ditumbuk
- Lada hitam ditumbuk
- Perap ayam bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama garam secukup rasa
- Perap pada waktu pagi
- Panggang pada waktu tengahari
- Boleh juga digoreng dengan minyak yang sedikit
- Pegaga
- SeraiKayu (Daun Salam)
- Daun Cekur
- Lada hitam ditumbuk lumat
- Bawang merah ditumbuk lumat
- Isi ikan selar panggang ditumbuk lumat
- Tambah garam dan gula secukup rasa
- Hiris nipis-nipis (jika suka) daun-daun ulam (boleh campur jika suka)
- Gaul bersama bahan-bahan yg ditumbuk
- Boleh dibuat stok dan disimpan di dalam peti ais
- Ayam atau ikan haruan
- Halia dipotong
- Bawang merah ditumbuk
- Bawang putih ditumbuk
- Bawang besar dimayang
- Lada hitam ditumbuk
- Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak
- Masukkan ayam atau ikan haruan
- Masukkan lada hitam dan air
- Rebus sekaligus hingga mendidih
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
- Ikan
- Halia muda di hiris
- Bawang besar dimayang
- Ikan digoreng
- Goreng halia muda dan bawang besar bersama ikan
- Ikan bilis (agak-agak saja banyaknya)
- 1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
- 2-3 ulas bawang kecil
- 1/2 inci kunyit hidup
- Lada hitam
- Tumbuk kunyit, bawang putih, bawang merah dan lada hitam
- Bahan yang ditumbuk, dimasukkan ke dalam santan
- Jerang atas api
- Kacau selalu, kalau tidak nanti naik minyak
- Agak-agak dah mendidih, masukkan ikan bilis
- Tunggu sampai masak dan hidangkan
- 1 ekor ikan haruan (sedang besar)
- 2 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 40 biji lada hitam ditumbuk atau 2 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu rempah ikan
- Air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Ikan disiang dan dipotong lebih kurang 2 inci
- Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk
- Perapkan selama 15minit
- Goreng ikan hingga kekuningan( angkat dan tos minyak)
- Tumis bawang (tumbuk) dan halia (diketuk)
- Masukkan rempah dan lada hitam hingga naik minyak
- Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa, gula dan garam
- 100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
- 20 gm kacang hitam
- 20 gm kurma merah
- Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk
- Sesuai dimakan semasa masih panas
- Dapat menambahkan susu ibu
- 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
- Sedikit daun kucai
- Garam secukup rasa
- Didihkan air dalam periuk
- Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut
- Jangan terlalu lama
- Sedia untuk dihidangkan
- 5 cm kunyit
- 1 genggam ikan bilis
- 2 camca teh lada hitam
- Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat)
- Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman seperti ulam pegaga dan daun selom
- Ikan haruan @ Tenggiri
- Lada hitam 20 biji
- Halia 1 inci @ lebih
- Kunyit hidup 1 inci @ lebih
- Bawang putih 2 ulas
- Asam keping 2 keping
- Air garam secukup rasa
- Lada hitam ditumbuk halus
- Halia, kunyit hidup & bawang putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis
- Masukkan ikan dipotong ikut suka
- Basuh bersih dan masukkan ke dalam periuk
- Isi air, agak-agak menutupi ikan
- Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi ke dalam periuk yang sama
- Masakkan sehingga kuahnya pekat
- Makan dengan nasi panas
- Kalau kita hiris bahan-bahan tadi, kita boleh makannya sekali
- 1/2 kilo limpa dipotong kecil
- 1 labu bawang besar dihiris
- Kunyit hidup ditumbuk halus
- Halia ditumbuk halus
- Bawang putih ditumbuk halus
- Lada hitam @ putih ditumbuk halus
- Kunyit serbuk dua sudu kecil
- Asam keping 1 keping
- Garam
- Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam
- Goreng hingga agak garing, toskan
- Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau
- Bancuh kunyit serbuk dengan air.Masukkan dalam tumisan tadi
- Masukkan limpa goreng tadi
- Tambah serbuk perasa dan garam jika perlu
- Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu
- 2 keping ikan merah/ tenggiri (yang sudah siap dipotong)
- 2 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
- Garam secukup rasa
- 1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
- 2 cawan air (agak-agak la, jangan banyak sangat)
- 1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)
- Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis
- Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan
- Bila dah mendidih, masukkan ikan
- Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut rasa
- Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 3 ulas bawang merah
- Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
- Garam
- Sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
- 1 sudu besar minyak bijan
- Sediakan periuk kukus, masak air dahulu
- Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
- Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, ladahitam, garam dan serbuk perasa
- Bubuh minyak bijan dan gaul rata
- Akhir sekali kukus sehingga ayam masak
- Elok dimakan ketika panas
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 biji cili merah ditumbuk
- Sedikit garam
- Seikat daun pegaga dihiris
- Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati
- 2 ketul ikan digoreng
- 2 ulas bawang merah ditumbuk
- Sedikit kunyit hidup ditumbuk atau serbuk
- 6 ulas bawang putih dihiris
- 1/2 ketul halia dihiris memanjang
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit
- Masukkan sedikit air, garam dan gula
- Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng
- 2 ekor ikan gelama
- 1 biji bawang besar dihiris
- 5 ulas bawang putih dihiris
- 1/2 ketul halia dihiris
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 mangkuk air asam
- Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit
- Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili
- Masukkan air asam dan garam
- Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan tadi
- Sedikit ikan bilis
- 3 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 10 biji lada hitam
- 1 pokok sawi dicuci dan dipotong
- Tumbukkan lada hitam, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah
- Tumiskan bahan tumbuk tadi dan masukkan air
- Apabila mendidih masukkan sawi, biarkan sekejap
- Tutupkan api
- 1 ikat kucai dihiris
- 2 ulas bawang merah dihirs
- 3 ulas bawang putih dhiris
- Kicap
- Tumiskan bawang merah dan bawangbputih
- Masukkan kucai, garam dan kicap
- 1 ekor ikan haruan dipotong kecil-kecil
- 4 ulas bawang putih(dimesin)
- 1 biji bawang besar(dimesin)
- 1 biji bawang besar dihiris
- 1 camca teh halba campur
- 1 tangkai daun kari
- 4 camca besar serbuk kari ikan
- 1 camca teh serbuk cili
- 1 mangkuk air asam
- Tumiskan daun kari, halba dan bawang besar yg dihiris
- Masukkan bawang yg dimesin, biar sebentar
- Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air
- Masak hingga rempah betul-betul masak
- Masukkan air asam dan ikan
- Tambahkan garam dan gula
- Apabila ikan dah masak, tutupkan api
- 5 biji peria kecil/1 biji yg besar dipotong
- Rendamkan dalam air garam
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit kunyit
- Sedikit ikan bilis
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih
- Masukkan kunyit dan peria yang telah dipotong
- Masukkan ikan bilis
- Gorengkan hingga peria lembut sedikit
- Jangan terlalu lama
- Sedia untuk dihidang
- 1 ketul ikan tenggiri
- Sedikit minyak bijan
- 4 ulas bawang putih dicincang
- Seulas halia diketuk
- 1 biji tomato
- Sedikit daun sup
- Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan
- Masukkan air dan tomato
- Apabila mendidih, masukkan ikan dan daun sup
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
- Biar seketika dan tutupkan api
- Bawang putih, bawang merah dan lada hitam (ditumbuk halus)
- Tumis sampai naik bau
- Gunakan minyak yg sedikit
- Bancuh serbuk ketumbar 1 sudu besar
- Masukkan dlm bahan tumisan
- Renih hingga mendidih bersama-sama ikan
- Kalau nak sedap, tumis bawang besar dan bawang putih terlebih dahulu
- 4 biji ketul halia padi (halia ni kecil dan sangat pedas)
- Sedikit kunyit hidup yg muda - mata kunyit yg kecil
- Setengah genggam ikan bilis
- 2-3 biji bawang merah
- 5-6 biji lada hitam
- Garam
- 2 sudu air asam jawa yang pekat
- Tumbuk halia, kunyit, lada hitam dan garam
- Campurkan ikan bilis dan bawang merah dalam lesung
- Tumbuk sekali
- Jgn sampai bawang dan ikan bilis lumat sangat
- Masukkan ke dalam piring
- Masukkan air asam tadi
- Makan dengan nasi panas bersama ikan panggang dan sayur
- Kalau tidak suka halia padi sebab pedas, boleh guna halia biasa
- Dinasihatkan agar memakan makanan yang boleh memanaskan badan seperti:
- halia
- lada hitam
- rempah-rempah
- air rebusan manjakani
- air akar kayu (yang tidak panas untuk ibu yang menyusu)
- daun pegaga
- #pegaga elok dimakan agar:
- awet muda
- sebagai perawatan dalaman
- supaya rahim tidak terlalu tegang atau kendur
- Elakkan daripada memakan makanan sejuk seperti:
- pucuk ubi kayu
- kekacang
- pucuk paku
- kubis
- kangkung
- timun
- bayam
- tembikai
- jambu batu
- air kacang soya
- Hindari juga makanan tajam dan berbisa seperti:
- rebung
- cuka
- nenas
- air tebu
- air kelapa
- Kawal perasaan jangan bersedih atau berasa tertekan
- Rambut perlu diikat tegang agar kepala tidak masuk angin
- Duduk pula hendaklah bersimpuh dan rapatkan paha supaya tulang punggung tidak kembang
- Caranya hampir sama seperti mengurut
- Dilakukan selama sejam sebelum atau selepas mengurut
- Dipercayai dapat:
- Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
- Memperbetul serta melancarkan perjalanan darah
- Melancarkan darah nifas
- Sebaiknya dilakukan dengan menggunakan batu sungai
- Kesan bertungku bukan kerana berat batu tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam
- Seeloknya dilakukan hingga 44 hari
- Seeloknya mandi air rebusan daun kayu seperti:
- daun kunyit
- daun lengkuas
- daun serai wangi dll
- Setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri
- Dipercayai dapat:
- Mengeluarkan angin dalam badan
- Mengendurkan otot
- Menghaluskan kulit
- Untuk awet muda
- Untuk kesihatan dan kecantikan
- Seelok-eloknya selepas tiga hari bersalin
- Biasanya dilakukan setiap pagi sebelum mandi
- Bertujuan:
- Untuk awet muda
- Melancarkan peredaran darah
- Membuang angin
- Membetulkan urat saraf
- Menenangkan fikiran
- Menyihatkan badan
- Badan sebaiknya diurut sekurang-kurangnya sekali sebulan
- Biasanya berurut selepas 3 hari bersalin
- Jangan lupa berbengkung untuk kembalikan badan ke bentuk asal
- Biasanya sapu air limau nipis + kapur dulu di perut sebelum berbengkung
- Pakai bengkung sampai habis pantang (kalau larat) untuk kempiskan perut
- Bertungku juga sangat penting untuk melancarkan peredaran darah
- Sebaiknya tanyalah ibu anda atau bidan untuk teknik bertungku yg betul
- Jangan silap teknik bertungku
- Berurut (seelok-eloknya 3 hari berturut-turut)
- Dlm pantang seeloknya pakai stokin setiap hari
- Elakkan ibu jari tersepak sesuatu kerana dikhuatiri akan memudaratkan rahim
- Cuci luka (jahitan) dengan dettol dan seeloknya dengan air rebusan buah manjakani
- Minum air manjakani + halia. Caranya:
- Rebus manjakani dan halia satu cawan
- Rebus sampai airnya tinggal suku cawan
- Solawat dan minum
- Manjakani elok untuk mengecutkan rahim dan mengetatkan faraj
- Buah yang sudah direbus jangan dibuang
- Basuh dan rebus buah itu untuk digunakan sebagai pencuci luka
- Mandi air suam sekurang-kurangnya 7 hari
- Seeloknya mandi dengan air rebusan daun-daun kayu seperti:
- Daun kunyit
- Daun lengkuas
- Daun serai wangi dll
- Breakfast
- 5 keping biskut jacob's brand atau 3 keping roti gardenia kosong
- Segelas milo panas sederhana besar
- Lunch
- Nasi semangkuk kecil
- Sup ayam bergilir-gilir dengan sup ikan haruan atau sup belut
- Sayur sawi atau peria digoreng dengan sedikit minyak bersama ikan bilis
- Dinner
- Kadang-kadang nasi semangkuk kecil
- Ikan cencaru atau ikan selar bakar
- Bergilir-gilir dengan daging bakar sos lada hitam
- Sayur sawi atau peria digoreng dengan sedikit minyak dan ikan bilis
- Sentiasa amalkan air suam secukup mungkin untuk elakkan sembelit
- Kalau boleh elakkan minum air teh
- Amat digalakkan memakan buah kurma setiap hari untuk perbanyakkan susu ibu
- Pemilihan makanan adalah bergantung pada individu
- Sebaiknya minta nasihat dari doktor dan orang yang berpengalaman
- Antara tips yang boleh dikongsi bersama:
- Nasi mestilah nasi yang panas.Jangan makan nasi sejuk
- Makan ikan segar
- Dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental
- Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan bisa-bisa batu merian (uterus) yg masih lemah & luka, sebaiknya elakkan makan ikan berbisa seperti:
- bawal hitam
- terubuk
- ikan berduri
- ikan pari
- Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit, sebaiknya elakkan memakan:
- ikan kembung
- ikan tamban
- ikan tongkol
- makanan laut
- telur
- Digalakkan memakan ulam seperti:
- pucuk pegaga
- pucuk mengkudu
- ulam raja & ulam2 yg lain
- Sayur-sayuran yg disyorkan selain ulam seperti:
- sawi
- peria
- lobak merah
- asparagus
- brokoli
- Boleh juga memakan buah-buahan semasa seperti:
- epal merah(bkn masam)
- buah kurma
- buah tin
- buah zaitun
- buah delima
- blackcurrant(air-ribena)
- limau manis (kecuali limau bali)
- Buah peach & anggur (tidak digalakkan pada ibu-ibu yg lemah pada bahagian dada & paru-paru seperti masalah bronkitis kerana boleh menyebabkan batuk
- Digalakkan minum air rebusan manjakani atau akar kayu yg sewaktu dengannya utk:
- membuang angin
- mencuci darah & kotoran melalui peluh
- mencuci pundi2 kencing & saluran usus
- Harus minum air masak selalu tapi bukan minum dalam kuantiti yang banyak dlm satu masa.Takut nanti perut buncit.Minum kerap tapi sedikit.Pastikan air yang diminum adalah air suam
- Perbanyakkan solawat sebelum minum
- Cadangan masakan:
- Daging / ikan / ayam masak dengan brokoli+halia+lada hitam
- Cara-cara:
- Ikan / daging / ayam digoreng tapi jangan banyak minyak
- Bila dah masak masukkan halia, brokoli dan lada hitam. Letak sikit garam
- Kalau muak dengan ayam / daging / ikan, goreng ikan bilis dengan halia
Meroyan
- Kemurungan selepas bersalin
- Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan
- Gejalanya:
- Terasa sedih dan sugul
- Kerengsaan dan keletihan
- Tidak boleh tidur
- Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.
- Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar hormon di dalam badan yang berlaku semasa proses bersalin
- Masih belum jelas kenapa masalah ini boleh berlaku
- Kadang-kadang ia berlaku di kalangan sesetengah wanita dengan begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain
- Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan untuk meminta pendapat atau nasihat daripada doktor atau orang terdekat
- Jangan menidakkan keadaan ini kerana dalam situasi ini anda memang memerlukan pertolongan
- Biasanya berlaku dua tiga hari selepas bersalin
- Dikenali sebagai "muram hari ketiga" (third day blues)
- Juga dikenali sebagai muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu dalam payudara
- Disebabkan perubahan hormon yang berlaku di dalam badan
- Akan hilang selepas beberapa hari
- Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda kerana dikhuatiri anda mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan.
- Ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin
- Ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badan asal
- Cuba makan secara berkala dan sihat
- Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman bergas.
- Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda
- Kesakitan timbul bila perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut
- Boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencucinya dengan air suam.
- Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk
- Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapnya
- Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit
- Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan
- Dialami oleh ibu selepas melahirkan bayi
- Dikenali sebagai lokia atau darah nifas
- Seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak
- Keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang
- Biasanya ia berhenti pada akhir minggu kedua
- Gunakan maternity pad atau tuala wanita yang lebih besar untuk menyerap lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan
- Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin
- Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya
- Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, biasanya ibu akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.
- Selepas bersalin perut ibu akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen
- Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin sangat digalakkan
- Membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj
- Mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas
- Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum
- Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah untuk memulihkan kedudukan organ-organ ini setelah mengalami kelasakan bersalin
- Suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil terutamanya jika wujudnya masalah seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak
- Luka akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital jika ibu melalui pembedahan Episiotomi atau kelahiran yang telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj
- Nasihat mengenai cara mengempiskan perut, senaman dasar pelvis dan nasihat mengenai perancang keluarga juga mungkin akan diberi
- Pemeriksaan ke atas ibu akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi
- Ibu akan ditanya mengenai darah nifas / lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih
- Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir
- Berat badan ibu akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian
- Bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat
- Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing
- Payudara, abdomen dan jahitan jika ada juga akan diperiksa
- Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim ibu
- PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya
- Ibu boleh berbincang terus dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga
Punca
- Tekanan mungkin telah wujud sejak ibu hamil lagi
- Terjadi mungkin kerana terpaksa mengharungi pelbagai dugaan seperti keletihan dan alahan sepanjang kehamilan
- Berterusan sehingga selepas melahirkan
- Menghadapi pelbagai masalah yang timbul selepas melahirkan sekaligus terpaksa memberi tumpuan yang rapi menjaga bayi sendirian
- Boleh membawa kepada kemurungan atau depression
- Suami dan keluarga haruslah selalu memberi sokongan dalam bentuk pertolongan secara fizikal atau moral
- Perlu dibawa berjumpa doktor jika masalah ini berlarutan
Tanda-tanda
- Kerap dialami oleh ibu selepas bersalin
- Pundi air kencing tertekan, terhimpit atau tercedera ketika bersalin
- Wanita kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa pedih
- Mungkin jangkitan kuman berlaku apabila doktor memasukkan alat catherer untuk mengeluarkan air kencing yang mungkin bertakung semasa bersalin
- Air kencing perlu diperiksa
- Mungkin doktor memberikan ubat antibiotik selama 5 hari atau seminggu
Bengkak Susu
- Bengkak payudara atau breast engorgement
- Saluran susu pada puting tersekat
- Boleh timbulkan masalah jangkitan kuman (mastitis)
- Mungkin ibu akan alami rasa sakit serta demam panas
- Jika berlarutan boleh menyebabkan bernanah dan nanah itu perlu dikeluarkan melalui pembedahan kecil
- Bersihkan puting payudara dengan air bersih, sebaiknya jangan guna sabun
- Susukan anak dengan susu ibu seawal yang mungkin
- Tuamkan payudara dengan tuala suam / panas
- Doktor mungkin akan memberikan antibiotik dan ubat tahan sakit
- Doktor akan memberikan ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan hormon untuk menghentikan pengeluaran susu sementara bagi ibu yang bernanah (abcess) payudaranya
Luka yang mungkin terlibat:
- pada kemaluan
- pada abdomen lantaran pembedahan ceasarean
- pada rahim (bila uri dilahirkan)
- Takungan nanah mungkin akan muncul
- Luka akan jadi kemerahan dan terasa seperti berdenyut-denyut
- Boleh menyebabkan jahitan terbuka sebelum sembuh
- Jika tidak dirawat dengan betul mungkin membawa kesan jangka panjang seperti mengalami kesakitan ketika mengadakan hubungan kelamin
- Penjagaan kebersihan pada luka yang dialami
- Amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
- Teruskan pengambilan vitamin dan habiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor mengikut waktunya
- Melakukan dressing (cuci luka) setiap hari
- Memberikan antibiotik untuk dimakan
- Mungkin alami demam panas, sakit perut dan lendir berbau
- Lendir ini biasanya bercampur darah nifas
- Mungkin akan alami tumpah darah
- Memberikan antibiotik
- Melakukan pembersihan secara D&C untuk buang sisa uri atau selaput bayi yang tertinggal
