Jumaat, 12 September 2008

Harapan Ramadhan....

sebenarnya, aku tak berkesempatan untuk mencoret kata2 indah sejak puasa ni. maklumlah, bila ahli keluarga da tambah sorg, bermakna masa aku pun kena bagi sama rata. sometimes pun ada gak senget sebelah. ye a, first baby, tentulah aku lebihkan kat baby. hem, lagi2 sejak dua menjak ni, amar da mula meniarap guling2. aku kena la selalu perati. kang salah urat ke apa ke aku gak yang kena. dalam banyak2 bulan, bulan ramadhan la aku paling tunggu. pada aku kat situ la segala nya bermula. tak taulah tapi pada aku time ni la saat paling shahdu sekali. dulu masa aku masih bujang, selalu gak la stay lepas sahur. duk kat tepi tingkap ngelamun sendiri. ada gak la muhasabah diri, kenang balik benda2 yang kita dah buat dulu... kalau tak percaya some times kita akan rasa rugi sangat dengan masa yang kita da abaikan dulu. sedangkan setiap saat, minit dan jam itu ada ruang untuk kita memperbaiki diri dan keadaan kita.
sesekali lepas solat subuh, kalau rajin bacalah sehelai o satu muka surat ayat Al-Quran kita akan terasa menusuk kat hati... lepas tu duduk bersila sambil bertafakur sendiri. time ni la pun kalau nak pasang azam ke impian ke. kadang2 idea tu datang tanpa kita duga. sebab tu lah tak di galakkan tidur balik selepsa sembahyang subuh. menjauhkan rezeki katanya....

selain tu, time ni kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal kita. sebenarnya mula2 memanglah berat jer kaki nak melangkah. ye lah benda yang baik memang susah sket... tapi lama kelamaan kita akan jadi terbiasa. memperbanyakkan zikir, mengingati Allah dan bersolat sunat. paling baik kita solat berjemaah. kalau dapat memang cantik...

untuk berzikir, paling mudah. kalau selama ni kita kalau melatah selalu sebut ' opocot!' , 'oh mak kau!' or anything else, kan lebih elok kalau melatah tu kita sebut ya Allah, Subhanallah, Allahu Akbar ke apa ker... itu semua menambahkan point pahala kita. waktu kita menguap, kenyang, sendawa, or apa jer perbuatan kita ucapan paling simple tapi besar ertinya... 'Bismillahirrahmanirrahim'... susah ke kita nak amalkan itu semua... even kalau ada anak kecil yang kena selalu dodoikan ke apa ker.... kalau sebelum ni selalu guna lagu inggeris ke lagu katak lompat ke nak bagi baby tidor... cuba tukar jadikan 'La illa ha illallah' kalau nak sedap lagu2 kan... insya allah selain jiwa kita tenang, baby pun aman... ada gak zikir yang sedap aku panggil zikir Ust badrul amin... memang best zikir ni... ' subhanallah wal hamdulillah, wa la illa ha illa Allah wa llahu Akbar.... kalau nak tau zikir ni di ajarkan oleh Rasulullah kepada puterinya Fatimah az-zahra sewaktu puterinya mengadu kepenatan setiap kali melakukan kerja rumah sehingga ingin mengambil seorang pembantu... tujuannya untuk mengurangkan kepenatan kita dalam menguruskan hal rumahtangga...

hem.... apa kata kalau yang rajin buat lauk sahur o bangun sahur tu, sesekali singgah jap di sejadah untuk lakukan solat sunat hajat o tahajjud... bukan apa, sepanjang tahun cuma bulan ramadhan jer yang akan wat kita terjaga awal dari biasa. ( untuk yang rajin bersahur la). bukan apa, sometimes kita tak sedar hikmah yang berlaku sepanjang perjalanan hidup kita. setiap kali kita di duga, pastinya tak banyak skit kita akan mengeluh juga. bukankah lebih elok keluhan itu diperdengarkan pada Allah. bukankah dia Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui. kesyahduan bulan ramadhan ini kalau diperkuatkan dengan amalan sesimple ini, bukan sahaja menambah keberkatan tapi juga boleh menginsafkan kita dengan dosa2 kita yang lalu....

untuk para suami o isteri time ni ada keberkatan yang berpanjangan. cuba2 lah untuk berdamai jika ada yang bertengkar o berselisih faham. kerana pahala orang yang berkahwin ni berpanjangan.. contohnya, kalau si suami membeli kan lauk o makanan untuk anak dan isteri makan untuk berbuka dan bersahur, lain pahalanya, memberi kegembiraan kepada isteri o anak2 sebagai hadiah seperti baju raya o peraltan raya, lain pula pahalanya.... kerana dengan rezeki yang di cari sepanjang dia bekerja dihabiskan untuk beramal untk kegunaan keluarganya. apatah lagi bila rezeki yang sedikit itu menjadikan anak dan isteri semakin sihat dan bahagia... Masya Allah besar ganjaran yang diberikan Allah untuk si suami... Insya Allah...

untuk para isteri pula, memasakkan anak dan suami waktu berbuka dan bersahur pun besar ganjaran pahalanya..even kadang2 time 'merdeka' pun kena bangun untuk siapkan makan untk sahur. walaupun kadangkala bagai nak pecah pikir apa juadah yang best utk berbuka ni. ye lah kadang2 bila anak ramai selera pun berbagai2. masing2 nak lauk favourite diorang.... hem, time ni pandai2 lah. perasan tak, time ni memang banyak betul permintaan kaum isteri... hehehe.... contohnya, nak langsir baru, perabot baru, dapur baru o anything baru.. maklumlah raya nak dekat... alasan bila saudara mara datang malu tengok semua tak bertukar... tak salah berbelanja besar tapi kalau boleh biarlah ikut kemampuan suami. lainlah kalau awak bekerja. of course suami tak kesah. tapi kalau sekadar suri rumah, semua benda ni boleh adjust kalau kita pandai merancang perbelanjaan. takkan lah time posa jer baru nak beli?. kan ke lebih elok segala perancangan untuk raya di lakukan beberapa bulan sebelumnya.... jadi tak delah poket suami kosong time raya nanti... simpati isteri untuk suami akan membuatkan suami sayang pada isteri... Insya Allah....

sebenarnya, apa jua perbuatan yang elok dapat menambahkan pahala di bulan ramadhan ni. maklumlah beramal di bulan ramadhan ni ganjarannya memang luar biasa banyaknya. asalkan rukun islam di penuhi Insya Allah, semuanya di tanggung beres... lagipun aku bukanlah orang yang layak untuk menceritakan ganjran dan pahala kerana apa yang aku cuba sampaikan beramal dalam kadar pengetahuan kita yang tak banyk ni. apa pun amalkan la konsep berfikir sbelum buat... bukan sahaja membtaskan perlakuan kita tapi kita akan jadi lebih berhati2... kat sini aku letakkan lagu faveret aku time2 posa ni..


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Selasa, 9 September 2008

tempoyak mak mertua.....

tempoyak mak mertua.....



nak raya ni aku teringat cerita cerekarama kat tv3, 'rendang untuk mertua'. tapi kisah aku ni bukan itu tapi tempoyak mak mertua. hem, kisah ni terjadi di awal perkenalan aku ngan hubby aku. antara aku n hubby, aku yang mula usik hati dia dulu. bukan apa, ada sometink yang aku suka kat dia dan aku rasa aku takkan jumpa kat org lain lpas ni. so, apa salahnya aku mulakan dulukan. lantak la orang nak kata perigi cari timba ke apa ker? peduli apa kan? lagipun sekarang ni org dah tak guna perigi2 ni... ramai da ada paip kat umah... selaras dengan peredaran zaman, aku pun selamber derk je memecahkan tradisi tu. alhamdulillah.... kasih bersambut.
selang beberapa bulan aku dipertemukan dengan kedua orang tuanya. masa tu abah masih ada lagi... hem, baru aku tau, dia ni orang minang. kiranya jawa bertemu minang la. cerita- cerita punya cerita sampai bab memasak. aku biasalah, bab memasak ni aku kurang sket. aku lebih kat buat2 kek ke biskut ke. so aku perati je mak dia masak. tolong pun stakat potong2 bawang ke lada ke apa ke.... mungkin kebanyakan orang tak terkejut kot. tapi bagi aku itu memang satu kejutan bagi aku.
  • kalau nak masak ikan o apa2 pun, kalau aku biasanya aku terus jer tumis ikan tu. tapi diorang ni goreng dulu sekejap pastu baru masak. contohnya ikan pari masak asam pedas ke.. kalau aku da siang n cuci tu terus jer masak. tapi diorang goreng skejap ikan tu pastu baru masak...
  • aku apa2 pun mesti ada bawang kecik. tapi diorang ni semua guna bawang besar
  • kalau masak sardin, kalau aku memang terus jer masuk kat kuali o di makan begitu sahaja bersama lempeng o roti. tapi diorang ni, sardin tu kena goreng dulu baru la masak.
  • kalau petai plak, dioarang makan dengan kulit2nya sekali. caranya diorang potong petai tu serong besama kulit n rebus. n then diorang nak masak tempoyak ke apa ke....
  • kalau aku masak lemak, mesti tumis dulu rencah tu. tapi diorang ni rebus santan tu n then letakkan bahan rencah tu kemudian.
  • yang ni aku suka. diorang punya favourite resepi tempoyak ikan bilis. aku ni makan kira milih gak a. first tu tak minat makan tempoyak n ikan bilis ni. tapi bila kita di hidangkan lauk tempoyak ikan bilis dan sambal petai. aku lebih rela memilih tempoyak ikan bilis dari sambal petai. coz a ku tak makan petai....
adala beberapa kali aku datang umah family hubby aku ni sebelum kami kawin. tu lah menu yang mesti ada. aku pun terpikir apa lah syoknya 'tempoyak ikan bilis' ni. sampaikan kak long 'kakak ipar' aku bila balik kg jer mesti suh mak metua aku wat. paling best dia suh wat pedas2. kira lama gak la aku nak terima menu ni kat tekak aku. bila da kawin, baru aku tau hubby aku suka sangat dengan menu ni. kadang bila datang jer mesti siap bekal buat balik lagi. aku pun start la belajar. berulang2 kali aku tanya mak metua aku pasal bahan2 nak masak ni. kat sini aku boleh kongsikan. tapi kalau ada yang dah tau tak perlah mungkin ada tambah2 ker....

bahan2:
seulas bawang besar
kunyit sebesar ibu jari
serai di titik
lada cili ikut rasa
ikan bilis da siap buang isi
tempoyak


cara:
ikan bilis tu di goreng sekejap. tapi jangan sampai garing...
blender semua bahan di atas kecuali ikan bilis n serai.
da tu tumis semua bahan yang di blender tadi. masukkan sedikit garam n ajinamoto kalau suka. pastu masukkan serai tadi tunggu sampai lada tadi masak betul. masukkan tempoyak yang da dicampur dengan air untuk mencairkannnya. kacau2 n then last sekali masukkan ikan bilis...da siap boleh hidang. enak di makan bersama nasi o wat cicah roti ke ....

ada berani nak cuba. cubalah.... kadang2 bila lama tak balik umah mak metua aku, rindu gak dengan tempoyak dia ni.. iya lah air tangan orang tua lagi terasa enaknya....

apa pun, aku ucapkan thanks to my mom... selamat mencuba... walaupun aku tak tau nak amik ati mak metua aku, tapi aku sayang dia.... macam mak aku sendiri. selamat mencuba.....

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.


Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.




7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.




9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)





10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu a

maran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di

masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi k

esan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda y

ang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.


Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Khamis, 4 September 2008

suka ke tak suka?

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja


bila anak dua
lain pulak cerita,

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?... .

Selasa, 2 September 2008

selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia....

kalau tahun lepas aku menyambut bulan ramadhan bersama hubby tersayang, kali ni,aku menyambutnya bertiga pula. excited nak tengok si kecil menyambut puasa. actually, kadang tu berebut gak dengan ammar waktu berbuka. dia, time2 cam tu lah nak berdukung... ini semua ajaran papa dia. kalau aku, jarang nak dukung dia... bukan tak sayang cuma, kalau asyik berdukung jer, perkembangan fizikal dia akan lambat.. ni pun baru jer nak belajar mengiring.... pening kepala gak bila mak kat kampung asyik tanya, 'wak kudin' dah pandai apa? ini panggilan nyai dan yayi ammar.... diorang excited nak tengok perkembangan cucu dioarang yang sorang ni.... da la jauh, jarang2 bley balik, kenala selalu call....
semenjak dua menjak ni, aku memang busy betul dengan life aku. 5 hari sebelum puasa, aku sibuk berkemas untuk pindah ke rumah baru. tak delah besar sangat pun rumah tu. but tapi besar ertinya buat kami yang baru nak mulakan hidup berkeluarga.... banyak gak percanggahan pendapat antara aku n hubby aku. kalau ikut dia semua nak lengkap. kira ada sofa, meja makan, n set bilik tidur etc. tapi aku yang hold dulu... karang orang datang umah aku terkejut. yelah, aku berkawan dengan dia dulu pun penuh 'kontrebesi' sampailah kami ada anak ni ha.... kang pindah dalam keadaan umah serba perfect cam tu... lagilah panjang orang mengata... aku lebih suka beli berdikit-dikit. baru terasa kemanisannya. yelah, cukup duit, tambah sket-sket. jadi setiap tahun ada je perubahan kat umah aku ni... ye tak?
2 hari sebelum posa pulak kami travel ke melaka A Famosa Waterworld untuk menyertai family day anjuran syarikat hubby aku... nak kata seronok tu seronok gak la... but sebelum pegi tu takut gak ammar meragam. but, Alhamdulillah, dia oke jer.... yang kelakarnya, bila kitaorang gi function kat sana, ramai la kengkawan hubby aku tegur dia, cubit pipi dia, dukung dia, dia simpan je senyum dia. dia wat muka selamba. tapi bila kitaorang sampai kat hotel tempat kitorang menginap... uiiii dia mula la tunjuk ketelah happy dia. kelakar sangat. syukurlah, dia tak apa-apa.... senangnya ammar ada gak susahnya. time dia meragam, suka sangat menjerit. pening kepala di buatnya.... bila da x larat nak layan, hubby aku pulak yang amik alih...
kadang tu, bila da marah2 kat dia, sampai je malam da terpikir... uii cepat tul hari beralih, maknanya usia ammar semakin meningkat dari sehari ke sehari.... pastinya aku akan rindukan kaletah si kecil ini. ketawanya, senyumnya, tangisannya.... rasanya aku ingin di sampingnya selalu dalam keadaan ini... seronok n rasa bahagia sangat bila peluk dia time dia tidur....
Alhamdulillah, ada kesempatan untuk aku bertemu lagi dengan ramadhan kali ni. memang banyak dugaan dan tanggungjawab. but sama2 lah kita berdoa agar sentiasa bahagia dan berjaya meningkatkan amalan di bulan mulia ini. kalau kat tesco kalau kita ada clubcard bley simpan mata untuk redeem someting akan datang, untuk ramadan kali ni, kita cuma perlukan amalan2 kita seharian. ikhlas dan tawakal itu pokok pangkalnya... nak redeem? Insya Allah kat akhirat nanti akan kita perolehi ganjarannya.....

selamat menyambut ramadhan utk semua bloggers.....

from me:
ct salwa

Jumaat, 22 Ogos 2008

bukan kisah aku......

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Khamis, 21 Ogos 2008

7C Gred untuk isteri Elak....

Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yang beristeri …

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI … nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata …



C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua …

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje … Ade isteri kata - mekap untuk suami, … tapi kat rumah tak mekap pun …

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan …. sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 …

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai …. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak …. anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya … Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu …

Oleh Dr Fadillah Kamsah