Sabtu, 15 November 2008
Bila Lelaki Benar2 Jatuh Cinta...
Jumaat, 14 November 2008
antara pegang awek ngan anjing
Sekadar renungan dan ingatan bersama
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
::aku tak mudah utk mencintai::
::aku tak mudah mengaku ku cinta::
::aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta::
Khamis, 13 November 2008
6 wanita malang
Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
tapi percaya tak sometimes bila dah tahan2 pun kalau da sakit kena la cakap. but jangan lah mengeluh selalu. cam tak ikhlas jer. n jangan plak wat2 sakit. ni kes naya suami....
Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
biasanya benda ni terjadi kalau bab gaduh tahap perang nazi. semua dari sebesar2 benda sampai la sekecik kuman pun di ungkit. takat ni takde la lagi... dan minta dijauhkan la.... sebabnya, bila kita cakap, memang tak ingat, tapi orang yang dengar akan ingat sampai mati... so, kalau boleh hindarkan yer
Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
yang ni, pada yang berkahwin lain selepas diceraikan o cerai meninggal. kena la lupakan kisah hidup lama. bukan tak sayang cuma kan ke itu keputusan sendiri untuk kawin lain. so kenala terima hakikat kekurangan dan kelebihan para suami. lagipun orang tak sama. jangan plak nak banding2kan. apa prasaan anda plak kalau dibanding2kan dengan awek2 dia ke, bekas isteri dia ke? mesti sedih kan....
Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
kalau pasal ni, kadang2 kalau aku berkenan kat someting tu kena tengok poket dia dulu. mungkin tunggu gaji akan datang ke, bonus tahun depan ke... kenala sabar. kalau barang yang kita nak tu da xde kat pasaran sebab lambat sangat tunggu poket tebal, anggapla takde rezeki. tak leh la paksa2. sian kan kat dia... but hubby, kalau saya terbuat cenggini tanpa di sedari maaf bebanyak yer...
Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
bab ni, memang la mencantikkan diri untuk suami dapat pahala yang besar. tapi kalu dok mengadap cermin aje sampai umah terbalik pun tak sedar memang tak patut. bab makan plak, kan lagi elok kalau makan sama2. memang syok rasa cam dating balik.
Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.
tang ni kalau mengajak suami bercerita ok je. tapi kenala tengok mood suami. kalau dia balik2 k eje da kena dengar mcam2 cerita mesti dia tention kan. kalau boleh biarkan dia berehat seketika, mandi2 ke, makan2 ke baru la cerita. barulah santai. lagi satu kalau boleh biar la bercakap ikut point. i mean jangan berleter. ramai suami tak suka.
aku tak taulah, tapi sometimes memang tak lari kita dari sikap2 di atas. kan ke memang sikap perempuan ada yang cam tu. tapi kalau boleh janganlah tahap maksima. aku pun menulis bukan untuk buat rujukan sesiapa sekadar mengingatkan diri.
Rabu, 12 November 2008
resepi untuk teman jauh
aku seperti biasa. suka shopping last minute. bila dia kata esok nak datang, malam tu baru sibuk nak gi shopping. lagi satu aku suka bila shopping malam ni, bila balik je amar da tidur dalam pangkuan aku. ye la duk dalam keta, sedap kena air cond. tapi entah cane, kebetulan malam yang sepatutnya aku gi shopping tu hubby aku kena standby sampai tengah malam. mana la ada kedai yang bukak time tu. nak pesan kang susah plak. tak pesan tak de plak lauk yang best. sedihnya aku bila mengenangkan saat itu. hancur berkecai planning aku.
last2 aku terfikir nak wat yang simple tapi mengenyangkan. cadang2 nak wat nasi goreng tapi kang sekejap jer kenyang. pagi2 aku bangun takut berebut masa ngan ammar aku wat sup sayur. aku letakkan cendawan, lobak, masak sup letak lada putih banyak sket. bagi berangin. pastu aku wat sambal halia (resepi aku masa pantang ari tu), and goreng la hot dog yang tinggal beberapa ketul tu. sebelum tu aku da mesej awal2 minta maaf kat diorang aku masak maggi je. konon la nak rendah diri.
sedap jer aku goreng hot dog, diorang da sampai. mujur la aku bangun pagi. kalau tak caner la kan. mesti pening kepala nak wat tu la ini la... sampai je diorang maka ammar pun menjerit. dia memang lambat sket kenal orang. mula2 memang menangis. hem, tak sempat nak layan diorang aku dah layan ammar bagi dia lena sekejap. sementara tu bley la aku layan diorang. eii rindunya kat diorang memang tak dapat di bayangkan.
ku fikirkan lauk sesimple tu tak habis. tapi alhamdulillah habis licin. time kasih teman. sekurang2nya tak sia2 aku bangun pepagi nak siapkan lauk untuk kenyangkan korang. lagipun entah bila lagi nak jumpa ngan korang lagi. aptahlagi masing2 da ada komitment sendiri. pasti lebih terbatas. thanks... sekurang2nya wat seketika aku rasa di hargai...
pada sesiapa yang tak tahu wat sambal halia ni, meh aku bagi resepi:
bawang merah
bawang putih
sedikit bilis
halia seketul o lebih
sedikit garam
semua bahan di atas di tumbuk hingga halus.
goreng semuanya kemudian campurkan sedikit air asam jawa. goreng sampai takde air. opps lupa. jangan lupa letak minyak sedikit....
kebaikan dia, membuang angin dalam badan, meringankan badan. bila aku rasa tak sedap badan aku selalu buat benda ni. sambal ni boleh simpan dalam peti sejuk. bila nak makan panaskan je la. memang la mula2 tak suka, tapi lama2 mesti suka.... percayalah!
Sabtu, 8 November 2008
petua tercekik tulang
kisah ni akuamik dari emel aku. saja nak kongsikan ngan orang. sajaee wat koleksi kat blog... sapa yang sent to sory la aku post kat blog aku...
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. ζutang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!
He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat).
Isnin, 3 November 2008
Mama baru untuk ammar?
agak lama aku tak berkesempatan menulis. hati ni da meronta2 nak tulis kat blog ni. macam2 yang aku lalui sepanjang tempoh itu. bukan apa, keletah amar yang semakin ligat membuatkan aku tak boleh leka walau sedetik pun. apatahlagi dia da pandai naik 'keta bulat'. hem mana ceruk pun dia nak masuk. kena la aku jadi bodyguard tanpa gaji amar. walaupun penat, melihatkan dia ketawa dan riang sudah cukup untuk membuat aku puas. yelah, amar membesar di hadapan mata dan dengan tangan, dan titik pluh ku sendiri. memang aku cukup puas. sekurang2 nya aku punya pengalaman untuk aku kongsikan ngan anak2 aku nanti. ops, ada hati nak tambah lagi tuh.... heheheh..
kehadiran anak memang di nantikan utk pasangan yang berkahwin. tak kira la baru o yang sudah lama menginginkannya tapi belum punya rezeki. tapi percaya tak, anak memang membuatkan setiap pasangan bahagia n cukup sempurna but kadangkala kerana anak gak ada pasangan suami isteri yang bertengkar. dan ada yang sampai berenggang hingga melibatkan perceraian... masya Allah, aku harap jangan la ia berlaku kepada aku. memang aku minta di jauhkan. aku ada gak melalui krisis dalam membesarkan amar yang sorang ni. tak de la besar mana. tapi aku rasa ia wajar di kongsi bersama. dan aku yakin semua ibu bapa yang baru pasti menghadapi kes yang hampir serupa.
kisahnya pd suatu hari aku dan hubby ku sedang bersantai2 menonton tv. di antara kami ada ammar yang sedang berbaring di kusyen lembut . ammar memang aktif. biarpun berbaring tapi tangan dan kaki serta mulut dia hem.... ada jer... entah cane aku ralit membalas sms dari seorang teman. ni kes pecaya sama percaya la. hubby aku pplak asyik menonton tv. ammar golek punya golek tiba2 kepala dia terhantuk ke lantai. apa lagi menangis la... hubby aku punya la kalut terus dia angkat. kalau nak tau ammar ni memang la manja. lalat hinggap kat dahi dia pun dia menangis. aku plak bila hubby da angkat n ammar pun senyap teruskan membalas sms yang tika itu hampir nak selesai. kes mengantuk la ni.
sampai satu tika aku heran, nape la hubby aku asyik dukung ammar n bermurah hati nak watkan susu utk ammar. biasanya bila bab buat susu memang dia bagi kat aku. jangan kan bertanya, bersuara pun tidak. di dukungnya ke hulu ke hilir si ammar ni. sampaila si ammar ni menangis nak susu. si ammar ni plak susu dia kurang sket. dia lebih suka susu badan. tu la baiknya susu ibu. sekurang2nya ia mengikat kasih antara si ibu dan anak. aku yang terasa ada yang tak kena terus pergi ke ammar. dia punya suka terus ketawa. aku suakan susu cepat jer dia hisap. hubby aku t erdiam.
memang sedih. masa tu rasa kecik hati sangat. takkan la kerana terhantuk nak larikan ammar cam tu sekali? dalam hati aku berfikir, hubby memang leh cari pengganti aku, tapi ada ke orang lain yang boleh jadi pengganti untuk mama ammar yang sorang ni? kadang2 sampai sekarng pun aku sering terfikir... ada ke yang sudi jadi mama ammar? melayan karenah manja dia, sometimes gedix dia.... lagi2 dengan keadaan dia cam tapak sulaiman ( melekat). memang dia tak leh berenggang dengan aku. dia memang nak ngan orang tapi mesti ada aku di sebelahnya. dengan keadaan dia yang nak berdukung selalu? sometimes kerja rumah pun terabai dek melayan karenah manja dia... ? masa tu piki memang hubby tak appreciate... memang merajuk tul time tu....
tapi tula, bila masalah berpunca dari anak, maka anak gak la yang merapatkan balik hubungan yang sedang dilanda rajuk tu. aku ni bab ni memang ego. tak nak kalah.... sampai satu saat bila kita da penat sangat, kita akan minta tolong gak ngan hubby tuk bantu jaga anak. time tulah semua nya ok. aku tak taulah.. memang aku selalu gak marah2 ngan ammar tapi setakat ni aku tak pernah pukul dia. apatahlagi nak dera dia. just marah kalau benda tu tak ok... lagi2 sekrang ni mentang2 la da pandai naik walker tempat yang dia suka tuju kat bilik air, ngan depan tv. eiii sapa la tak marah. marah untuk kebaikan..... tapi bila da ada anak ni aku percaya, hanya ibu yang tau apa yang terbaik untuk anak mereka.... dan ibu selalu mahukan yang terbaik untuk anak mereka....
xpelah ammar, mama memang sayang sangt kat ammar. mama harap apa yang mama korbankan untuk ammar n family ni di berkati Allah... Amin.....
Khamis, 23 Oktober 2008
eBay
kat eBay ni bukan setakat kita je boleh beli, tapi kita gak boleh jual produk kita. hem, percaya tak sarung tangan yang buruk tu pun ada gak pasarannya... jangan tak tau... ni apa yang setakat aku tau lah. tau tak, produk batik kat malaysia ni pun di pasarkan melalui eBay. jangan tak percaya permintaannya cukup memberangsangkan di negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Itali n peranchis. hem, sapa kata batik tak laku..? sapa kata gak batik hanya untuk fesyen kampung? tipu tu....
ada baiknya, search kat internet dulu sebelum bercakap betul tak? aku ada gak dengar beberapa jutawan malaysia ni yang tak di isytiharkan kejutawanannya... coz dioran gni bekerja melalui internet. so diorang la bos, diorang la kuli. memang untung ke rugi semua tanggung sendiri. lagipun banyak faedahnya berniaga begini, selain tak de kos nak sewa tempat, marketing yang memang da popular(hampir semua orang tahu eBay ni), tak de kos nak bayar pekeja, n another kos la... semuanya memang sendirian berhad.
aku tak nak la komen banyak, tapi kalau ada sesapa yang tahu pasal ebay ni boleh tak inform kat aku bagi terng seterangnya. walaupun aku search kat internet, tapi biasalah bahasa diorang ni kekadang terlampau akedemik sangat. sampai aku pun pening nak faham... key kalau ada info bagi tau e....
