Khamis, 31 Julai 2008
Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip
terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang
ni..
2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan
beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat
mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan
ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi
sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan
dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan
ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan
mereka..
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan
aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang
agak luar biasa dari orang lain.
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat
mengesan di mana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah
diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat
jawapan 12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan
'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak
akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci
setiap tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang
berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton
tv.
23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk
matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta
merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula
dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan
10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun
untuk bahagian bibirnya sahaja)
27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.
28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda
kita sendiri.
29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.
29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu
office...
Pelik
bukan!
30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk
mengesahkan tiada no 8. kan?
kekekeke!!! OK dah pegi buat keja kekeke!!!
Tips dari Ayat Al-quran
Untuk elak suami/isteri dan anak-anakbergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Supaya anak-anak pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Melembutkan hati anak / elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Untuk elakkan anak malas ke sekolah
Surah Toha ayat 1-5
Supaya suami tidak kahwin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding
Ayat akhir Surah At Taubah
Untuk anak yang suka keluarmalam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan semburkankeliling rumah
1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH
Langkah 1 :
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
SUBHANA'LLAH
ALHAMDULI'LLAH
LAA I LAAHA ILLA'LLAH
ALLAHU AKBAR
ASTAGHFIRU'LLAH
LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWASAHBIHI AJMA'EEN
Rabu, 30 Julai 2008
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
MAZMUMMAH DI DALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :
1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..
bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam
dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena
sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air
lautΓ’?¦ walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak
selalu rugi..
** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain
di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang
paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari
sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader
egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia
dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah
**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain.
rezeki jadi luas kalau.......
>rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa
>itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau
>sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa
>tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"
>
>Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet
>ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau
>ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam
>duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak
>saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat
>ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.
>
>Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta.
>Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena
>pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia,
>mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan
>kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia
>nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.
>
>Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.
>Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi
>rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup.
>Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita
>sendiri tak sangka.
>
>"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
>pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu
>melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang
>baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup,
>sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."
> (Surah al-Baqarah, ayat 272).
>
> Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
>berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi
>bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
>berkeinginan (harish)."
>
>
> Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah
>bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga
>ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."
>
>
>saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar
>memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada
>hamba-hambaNya yang bertaqwa..........
>
SINAR AYAT KURSI
salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Wassalam, "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"
------------------------------------------------- >>
Subhanallah... Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah- mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
RAHSIA CINTA LELAKI
>
> 1)Untuk menjadi gadis idaman, seseorang tu tak semestinya cantik.
> Cukup hanya dengan berbudi bahasa.
>
> 2)Lelaki sebenarnya tak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan
> oleh gadis. Jadi, jgn ingat lelaki pilihan kita mengetahui semuanya.
>
> 3)"Emmm..tengoklah dulu"..itu membawa maksud si dia berkata tidak
> atau kurang setuju..jadi jangan dipaksa-paksa ye!!!
>
> 4)Walau sehebatnya lelaki yg bersikap romeo!Namun dia tetap hanya
> ada seorang teman wanita istimewa..
>
> 5)Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita..
>
> 6)Lelaki biasanya tak gemar dipikat, tetapi lebih gemar memikat..
>
> 7)Apabila seseorang lelaki memulakan perbualan secara serius,si
> gadis patut mendengarnya dengan teliti.
>
> 8)Jika ade seseorang lelaki merenung gadis,ada 2 perkara yang
> difikirkan nya..mengkritik atau memuji.
>
> 9)Seseorang lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
> mendapatkan gadis yang dipuja.Dan mereka lebih sukakan gadis yang
> boleh mendatangkan cabaran buat mereka.
>
> 10)Lelaki boleh gila bayang hanya selepas melihat cara gadis
> pujaannya tersenyum..
>
> Dan ader juga lelaki yang macam ni...
>
> "Kaum lelaki sering memikirkan gadis yang meminatinya tetapi jangan
> pelik sekiranya si dia tidak menyukai gadis tersebut"
>
> Tetapi!
>
> Sekiranya seseorang lelaki itu serius dalam sesuatu perhubungan ..
> dia akan lebih mencintai gadisnya dari perasaan gadis itu terhadap dia.
>
>
cinta wanita
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang
menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan
sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan
lelaki lain.
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak
tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan
kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,
jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia
perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik, puisi,
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi
hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka
ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam
diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,
tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah
mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu
dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat dengan mu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.
Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan
sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali membelek gambar-gambar
kenangan, benda pertama yang dicari oleh wanita
ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,
kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu
di hatinya.
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan
harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang
dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka
yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,
bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka
akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan
ragu-ragu terhadap mu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil
berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,
kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana
apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa.
~ one of the hardest things you'll ever have to do
is stop loving someone because they've stopped
loving you......
