Khamis, 14 Ogos 2008

Bila bahagia hanya kata-kata.....

kisahnya, seorang teman datang menemuiku pada suatu hari. bila lama da tak jumpa rancaklah bercerita, bergossip tentang kisah lama dan bergelak ketawa. namun dari raut wajahnya, aku tau ada benda lain yang dia nak citer kat aku. tapi aku biarkan sahaja. kalau mungkin dia ringan mulut, pasti dia akan citer gak kat aku. tiba-tiba dia bertanya pada aku.
" kau bahagia dengan hidup ko sekarang?" aku terdiam sambil memikir-mikirkan jawapan yang patut. sempat ku tersenyum padanya. perlahan-lahan dahi safi ku cium berkali-kali. pada aku, kebahagiaan yang Allah anugerahkan pada ku kini adalah suamiku, keluarga dan safi. Alhamdulillah aku bersyukur akan nikmat-Nya.
"naper ko tanya aku cam tu? ko pun bahagia gak kan bersama Fiz tersayang?" sempatku mengusik. dia tersenyum.
temanku ini sebaya umurnya dengan ku. bezanya aku sudahpun berkawin dan dia masih menunggu saat yang sesuai untuk diijab kabulkan.
"Apa perasaan ko bila kau tahu suami ko ada perempuan lain?" soalnya tiba2. aku terdiam. sukar untuk aku menjawab pertanyaan itu. bukankah hati perempuan itu semua sama saja. madu itu umpama racun yang memakan diri perlahan-lahan. lama ku biarkan soalan itu begitu sahaja. dan dia pula seakan terus memikirkan cerita yang akan di sampaikan padaku.
"ada beza bila ko tanyakan soalan ni pada aku. kalau suami aku ada perempuan lain pastilah aku kecewa, geram dan marah. ko tanya la mana2 perempuan yang bersuami pun akan jawab benda yang sama." jawabku akhirnya. dia memandang ku lagi. macam ada yang dia tak puas hati.
"sebenarnya aku nak citer kat ko, tapi aku takut ko akan ketawakan aku nanti." untuk kali ni aku membuntangkan mata ku padanya. citer pun idak lagi nak ketawa. bebelku dalam hati. ku biarkan dia seketika. ku berlalu kedapur untuk menyiapkan air kopi. berikan dia waktu untuk berfikir.
ku suakan air kopi padanya. ya, dia tubuhnya agak susut. raut wajahnya tak seceria dahulu. diapun tak seriuh dahulu. antara kami berlima, dialah yang paling riuh....
"Fiz ada perempuan lain Mir. Aku frust sangat. da la beberapa bulan lagi kami nak kawin. dia buat hal pulak. bila aku suh dia buat pilihan, dia kata dia suka dua2 sekali. tamak betul....." luah dia akhirnya. cepat2 ku urut dadaku sambil mengucap panjang.
Fiz tu tunang temanku. kalau tak silap da hampir setahun lebih diorang bertunang dan da dekat 3 tahun berkaple. aku kenal Fiz. Kira handsome + manis. memang ramai peminatnya. kami pernah keje satu tempat dahulu. waktu tu aku dan intan (temanku) bekerja sambilan di sebuah restoran. Di situlah juga Intan berkenalan dengan fiz yang juga pekeje di situ. antara ramai-ramai teman baik ku, dia adalah yang terbaik. Fiz ni kira pemurah dengan senyuman, sabar dan baik orangnya. berbeza ngan temanku, dia ni agak baran juga orangnya, cakap terus terang dan cemburu. itulah pro dan kontra. setiap pa sangan itu kan melengkapi antara satu sama lain.....
"Ko da chek betul2 ker? aku cam tak caya jer. bukan aku tak kenal dia" tanya ku padanya untuk mendapatkan kepastian.
"Ko jangan sangka laut yang tenang takde buaya Mir. ko nampak jer Fiz tu cam tu tapi sebenarnya, aku da lama makan hati dengan perangai dia. aku cuba untuk berlaku curang, cuba cari lain, tapi tak leh. hati aku tetap pada dia walaupun dia buat cam ni kat aku. entah apa lah kurangnya aku, dan lebih perempuan tu....."
lama ku termenung. dalam hati perlukah aku menerangkan satu persatu tingkahnya yang membuat Fiz berpaling arah? boleh ke dia terima? ku biarkan dia terus bercerita....
" aku terlalu sibuk mencari kemewahan Mir sampaikan aku tak perasan yang sebenarnya hati Fiz dah lama terbahagi dua. aku mula perasan bila dia mula berani memarahi aku, menyembunyikn hpnya dari aku dan x semesra dahulu. biarpun tanggujawbnye mengambil dan mghantar aku keje dia tunaikan speeti biasa. kami da x sperti dulu Mir" rintihnya perlahan. aku terdiam. aku juga turut bersimpati padanya. untuknya kini, aku cuma mampu mndengar.
"Aku sabar jer bila aku kena bayar keta (share), bayar umah, belanja semua aku. sebab aku fikir apa la salahnya berkorban utk orang yang tersayang. masa dia susah, aku la yang sanggup menangis mengenangkan hidupnya, aku la yang bersusah payah menolongnya. semua aku korbankan Mir. aku tak tau lah kawin ke tidak aku ni....."
sebenarnya, aku kurang arif untuk memberi kan penyelesaian. sekadar mendengar Insya Allah aku mampu. sekurang-kurangnya aku mampu menjadi tempat untuk dia meluahkan perasaan.
"aku tak tau nak bagi nasihat apa Intan, cuma pada aku, setiap hubungan ada dugaannya. rintangan orang bertunang memang begitu. cuma berat o ringan je dugaan tu. cuma sanggup ngan tak sanggup jer ko tanggung dugaan tu. masa berkaple, cemburu kita hanya 25%jer, masa bertunang up sket jadi 50% tapi bila dah kawin n ada anak kena la 100%. coz time tu badan tak solid dah, suami pun ada alasan nak cari lain. tu bukan makna kita kena kongkong dia... cuma itu satu keperluan untuk kita cuba maintain apa yang bley... untuk ko, ada masa untuk ko berubah. terpulang sama ada ko nak teruskan o setakat ni sementara masih boleh. kalau dah kawin nanti susah... lagipun kawin kan utnk selama-lamanya...... kalau ko sayang dia, cubalah amik hati dia dan berterus t erang. itu lebih baik."
Eceh, aku plak jadi kaunselor peribadi... sebenarnya aku sendiri pun takut tuk beri nasihat.... sedangkan perkahwinan aku pun masih jambu lagi.. pada aku bahagia milik Allah.... Dialah yang menganugerahkan pada kita.
bukan a ku tak yakin dengn suami aku... tapi hidup ni sebenarnya perlukan jaminan. sedangkan apa yang ada di dunia ni waranty tu tak kekal lama. Pada Allah jualah kita bergantung harap. sebenarnya, kisah di atas adalah salah satu rentetan hidup di kalangan kita. aku juga pernah mengalami keadaan seperti Intan. Dan Intan pun tahu kisah itu. cuma bezanya, hatiku tak seteguh untuk terus mencintainya. yelah, mengapalah kita selalu menutup pintu hati kita sedangkan lebih banyak lagi peluang akan sampai kalau kita terus buka hati kita. manalah tahu, setiap kejadian dan dugaan itu kan ada hikmahnya tersendiri. mungkin apa yang terjadi pada kita hari ni, itulah yang terbaik yang Tuhan berikan pada kita. Dan, Tuhan akan anugerahkan yang lebih baik berbanding hari ini. Asalkan kita selalu mengingati-Nya. Itukan Janji-Nya....
Berkenaan temanku ini, dia mengambil keputusan untuk terus stick together with her fiance... ye lah sayang .... hati perempuan kan selembut sutera.... ada sebabnya Allah jadikan hati perempuan seperti itu.
Untuk menyayangi Satu-satunya yang menjadi Suami...
Untuk menyayangi Anak-anaknya....
biarpun hati sakit, pedih, terluka ketabahan dan kasih sayang itulah yang akan mengikat kasih sayang antara kita, suami n anak-anak.
kadang2 geram gak dengar kisah 'perampas' hak orang lain ni. kalau barang yang dirampas memangla ada penggantinya. tapi kalau hati orang yang di rampas... manalah nak cari. di manalah letaknya perasaan diorang ni kan... kalau yang baik n sedar diri tu tak pelah... adalah gak nak berbaik-baik. ni tak da la 'perampas' berlagak sombong plak, macam dia tu bagus sangat... dia tak sedar ker, sekarang ni kan Allah bayar CASH. hari ni dia amik hak orang, esok2 plak orang lain plak akan amik hak dia... time tu baru tau tingginya o tidak langit tuh....
untuk teman2 di luar sana yang menghadapi kes seperti teman ku ini, kalau boleh pertahankanlah hak anda selagi mampu. kalau da tak bley sangat tak yah la seksa diri. kerana kalau kita paksa hati orang, yang merananya kita gak nanti... anggap saja tiada jodoh. lebih baik putus skarang dari da kawin nanti jadi janda. ada gak time tunang gaduh macam perang dunia, tapi bila da kawin aman, rukun dan bahagia.. Masya Allah, itu semua kan kerja Allah.
Untuk temanku tadi, aku nasihatkan, biar di mana pun kita, apa pun taraf kita, biar berjaya mana pun kita, kita adalah hak milik Yang KEKAL iaitu Allah. adalah sebaiknya kita bermuhasabah diri, mengenang kembali salah silap kita, duduk bertafakur dan banyakkanlah ingat Allah.... kerana lazimnya manusia ni akan lebih mengingati Allah ketika susah... banyakkanlah sembahyang hajat. mudah-mudahan jodoh kalian berpanjangan Amin.......

Isnin, 11 Ogos 2008

bila mengandung lagi....

bila tadi chek email, ada terbaca sorang akak tu mengeluh coz dia pregnant lagi. bukan mengeluh apa, dia memang suka anak ramai dan itu merupakan berita gembira buat dia but the problem is dia baru je lepas bersalin melalui pembedahan. 6 bulan selepas bersalin tu terus dapat berita dia pregnant lagi. so, kalau boleh dia tak nak lah bedah lagi untuk bersalin kali kedua ni. hem.... terpiki plak diri sendiri... ye lah, aku pun bersalin melalui pembedahan gak. Ammar pun baru je 4 bulan. takut gak jadi cam akak ni. bukan tak suka baby tapi sama cam akak ni takut kena bedah kali ke dua.
untuk pengetahuan you all, bila bersalin bedah ni paling kurang kena 2 tahun atau paling baik biarlah 3 tahun ke atas. bukan apa, parut kat luar tu memang la da nampak elok tapi kat dalam tu makan masa bertahun-tahun untuk pulih. even jangkamasa 3 tahun tu pun tak cukup. tapi kalau lama sangat tak bersalin kang takut terlupa plak cara-cara bersalin n jaga baby. da kena blaja balik. Dr. Nik ada bercerita kat aku, luka operation tu memang da elok tapi jahitan dalaman tu setebal ibu jari tangan. fuh.... tak dapat aku bayangkan.... tapi aku dah lalui keperitan orang bersalin bedah ni....
ok lah, my mom pun pernah bersalin bedah gak untuk kuarkan adik aku yang no 2. sebab kena bedah coz baby tu 5kg. memang tak leh teran lah... tapi mak aku dulu punya stail. berjahit dan di tengah-tengah perut memanjang ke bawah. kalau zaman sekarang, o cam aku bergam di bawah perut memanjang ke tepi. so, kalau orang pantang tido kena duduk aku selamba kodok jer baring. ya a, kalau perut aku flat cam model iklan takper... ni ada sparetyre. mau tak bernanah luka tu. dan katanya, kena rajin angin-anginkan bekas luka ni. supaya tak melekat peluh di perut dan akhirnya mengakibatkan nanah. ui.... takut kalau bernanah diorang cakap kena buka balik tempat luka tu n betulkan balik... ( betul ke tak hanya mereka yang pakar jer boleh jawab).
tapi memang la, pantang orang bersalin bedah ni tak cam bersalin biasa. silap-silap leh kurus coz terkecur air liur coz ada benda-benda yang makan taun gak tak leh makan.... masa aku pantang ari tu, makan pun cuma ikan kerisi goreng,ikan gelama goreng or cencaru bakar dan sayur sawi masak air ( air kalau boleh tapis), lobak putih (untuk tambahkan susu), ulam pegaga, pucuk ubi, kubis bulat and lobak merah. ada satu lagi aku suka ikan masak asam dan sambal halia. memang best. even lepas pantang pun aku still suka menu ni. bukan apa, aku kan menyusukan Ammar so, menu ni baik untuk tambah susu. lagi satu jangan makan nasi panas2, biar suam2 n pastu jangan tambah. cukup makan 3 kali sehari. air manis kalau boleh kurangkan. kalau boleh 2 gelas satu hari ker, yang lain minum air buah manjakani. rendam buah ni satu malam dengan air panas. esok pagi2 minum. ni untuk keringkan luka dalaman. even aku sampai sekarang pun still minum. buah ni leh dapat kat kedai ubat o sinsei.....
itu bab makan, bab berurut aku urut gak. cuma perut jer tak sentuh. kang terburai sapa nak jawab... aku gak... lagi satu rajin2 la bertungku kat bahagian perut tu. bukan apa, boleh mencairkan darah beku n sometimes rasa ringan jer badan. selain tu, aku pakai gak bengkung getah just x nak rasa perut ni bergelodak time jalan. tapi jangan ikat kuat2. dah sebulan nanti baru leh ikat kuat sket. stokin tu mesti pakai untuk elakkan angin. pilis, param tu sumer aku pakai. bila da ckup sebulan aku pantang, baru aku berani minum jamu kodak. ambil kuantiti sikit jer coz ia bersifat panas. tujuannya untuk memanaskan badan, membanyakkan air susu dan mengurangkan bisa-bisa badan.
bila da operate ni, kita punya kegagahan untuk keje kuat kurengla sket. bukan apa kena jaga luka kat dalam tu. nak angkat air pun kalau boleh cari penceduk (gayung). jangan pakai baldi dulu, even baldi kecik pun. kerana ia akan menekan kat perut. mencangkung, meniarap o mengiring pun nantilah dulu. biarlah kedudukan rahim tu terletak. caranya, time tidu tu kalau yang boleh tidu duduk, duduk tegak2 sambil kedua belah kaki di rapatkan. kalau nak cantik ikat kat peha ngan betis. yang ni bia ketat sket. tujuannya aku kurang pasti. time ni abah aku punya petua. coz masa nenek aku bersalin pakcik aku yang bongsu dia tolong jaga... kalau tidu baring pun sama gak. kalau yang operate tu kalau boleh time ni buka perut. luka operate tu untuk dapatkan angin. biar cepat kering. lagi satu kalau boleh jangan la guna lesung batu dulu. ni semua menekan perut. terasa woo..
lepas pantang pulak, kalau boleh jangan makan benda-benda yang tajam contohnya nenas, cuka, air kelapa, air tebu o what ever. yang berangin pun kalau boleh jangan. cari makan yang lembut dulu. bukan apa memudahkan buang air besar... milo and susu pekat jangan la dulu. apa-apa pun yang berkaitan dengan coklat tunggulah dulu. paling kurang setahun ke.... ni petua mak aku. kalau menyusukan anak lagi la kena pantang makan. coz apa yang kita makan tu akan effect kat anak. so, agak2 yang sejuk o angin tu jangan la makan. karang anak kembung, menangis satu malam kita yang pening kepala.
apa lagi aku buat a masa pntang... aku pun tak tau. tapi alhamdulillah la walaupun aku bersalin bedah, ramai gak org tegur aku lagi kurus dari sebelum ni. oh yer ke? aku pun tak timbang. aku memang takut sket nak timbang berat badan. takut jadi psiko lak piki berat badan. kalau turun aku suka la. tapi kalau tau jer berat badan aku naik walaupun 1kg aku mula la tak tido malam. piki cane nak kuruskan balik..... ni effect sebab aku dulu penah ada bulimia anaroxia. bila da kena gastrik terus aku stop. takut.. padan ngan muka aku. takde apa petua aku amalkan melainkan yang kat atas tu la. lagi satu orang kata kalau minum kopi pun bley kurus. entah la. aku masa pantang memang minum kopi sebelum makan nasi.
Untuk akak kat atas ni la, aku rasa susah sket la nak bersalin secara normal dalam jangkamasa tak sampai setahun selepas bersalin bedah. but itu semua kuasa Allah. apa yang dia boleh buat setakat ni, kena jaga pemakanan, jangan wat berat2 n banyak2kan lah berdoa o paling tidak sembahyang hajat. mana lah tau. kita cuma berusaha Allah juga yang menentukannya. anyway tahniah aku ucapkan kat akak tu...
kat sini aku ada sertakan sket info tentang pantang bersalin. sket2 leh a jadi panduan.... aku pun bukan doktor, cuma sekadar membantu dan panduan untuk masa depan

Pelbagai Resipi Orang Pantang

Lauk yang sesuai
  • Ikan selar
  • Ikan cencaru
  • Ikan haruan
  • Belut
  • Ayam
  • Daging
Sayur yg sesuai
  • Sawi
  • Peria
  • Carrot
  • Pegaga
  • Ulam raja
  • Cekur
  • Daun Kunyit
Ikan Selar / Cencaru Panggang
  • Garam kunyitkan ikan selar atau cencaru
  • Balut dengan daun pisang atau daun kunyit
  • Panggang
Halia Muda Goreng
  • Halia muda dihiris nipis-nipis
  • Digoreng garing
  • Angkat dan toskan untuk keringkannya dari minyak
  • Simpan dalam bekas kedap udara
  • Makan dengan nasi panas
Sup Sayur Campur
  • Carrot dan sawi dipotong
  • Halia dimayang halus
  • Isi ayam dipotong dadu
  • Lada hitam ditumbuk sedikit
  • Bawang putih diketuk
  • Bawang merah dimayang
  • Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak hingga naik bau
  • Masukkan isi ayam dan lada hitam
  • Masukkan air
  • Masukkan sayur
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Apabila mendidih, sedia untuk dihidang
Ayam Panggang
  • Ayam
  • Halia ditumbuk
  • Kunyit segar ditumbuk
  • Bawang merah & putih ditumbuk
  • Lada hitam ditumbuk
  • Perap ayam bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama garam secukup rasa
  • Perap pada waktu pagi
  • Panggang pada waktu tengahari
  • Boleh juga digoreng dengan minyak yang sedikit
Kerabu Ulam
  • Pegaga
  • SeraiKayu (Daun Salam)
  • Daun Cekur
  • Lada hitam ditumbuk lumat
  • Bawang merah ditumbuk lumat
  • Isi ikan selar panggang ditumbuk lumat
  • Tambah garam dan gula secukup rasa
  • Hiris nipis-nipis (jika suka) daun-daun ulam (boleh campur jika suka)
  • Gaul bersama bahan-bahan yg ditumbuk
  • Boleh dibuat stok dan disimpan di dalam peti ais
Sup (Ayam atau Ikan Haruan)
  • Ayam atau ikan haruan
  • Halia dipotong
  • Bawang merah ditumbuk
  • Bawang putih ditumbuk
  • Bawang besar dimayang
  • Lada hitam ditumbuk
  • Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak
  • Masukkan ayam atau ikan haruan
  • Masukkan lada hitam dan air
  • Rebus sekaligus hingga mendidih
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
Ikan Goreng Halia Muda
  • Ikan
  • Halia muda di hiris
  • Bawang besar dimayang
  • Ikan digoreng
  • Goreng halia muda dan bawang besar bersama ikan
Ikan Bilis Masak Lemak
  • Ikan bilis (agak-agak saja banyaknya)
  • 1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
  • 2-3 ulas bawang kecil
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Lada hitam
  • Tumbuk kunyit, bawang putih, bawang merah dan lada hitam
  • Bahan yang ditumbuk, dimasukkan ke dalam santan
  • Jerang atas api
  • Kacau selalu, kalau tidak nanti naik minyak
  • Agak-agak dah mendidih, masukkan ikan bilis
  • Tunggu sampai masak dan hidangkan
Ikan Haruan Goreng Rempah
  • 1 ekor ikan haruan (sedang besar)
  • 2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 40 biji lada hitam ditumbuk atau 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu rempah ikan
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Ikan disiang dan dipotong lebih kurang 2 inci
  • Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk
  • Perapkan selama 15minit
  • Goreng ikan hingga kekuningan( angkat dan tos minyak)
  • Tumis bawang (tumbuk) dan halia (diketuk)
  • Masukkan rempah dan lada hitam hingga naik minyak
  • Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa, gula dan garam
Sup Kurma Merah(Cina)
  • 100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
  • 20 gm kacang hitam
  • 20 gm kurma merah
  • Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk
  • Sesuai dimakan semasa masih panas
Sup Lobak Putih(Cina)
  • Dapat menambahkan susu ibu
  • 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
  • Sedikit daun kucai
  • Garam secukup rasa
  • Didihkan air dalam periuk
  • Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut
  • Jangan terlalu lama
  • Sedia untuk dihidangkan
Ikan Bilis Berkunyit(Melayu)
  • 5 cm kunyit
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 camca teh lada hitam
  • Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat)
  • Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman seperti ulam pegaga dan daun selom
Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri
  • Ikan haruan @ Tenggiri
  • Lada hitam 20 biji
  • Halia 1 inci @ lebih
  • Kunyit hidup 1 inci @ lebih
  • Bawang putih 2 ulas
  • Asam keping 2 keping
  • Air garam secukup rasa
  • Lada hitam ditumbuk halus
  • Halia, kunyit hidup & bawang putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis
  • Masukkan ikan dipotong ikut suka
  • Basuh bersih dan masukkan ke dalam periuk
  • Isi air, agak-agak menutupi ikan
  • Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi ke dalam periuk yang sama
  • Masakkan sehingga kuahnya pekat
  • Makan dengan nasi panas
  • Kalau kita hiris bahan-bahan tadi, kita boleh makannya sekali
Limpa Goreng Kunyit
  • 1/2 kilo limpa dipotong kecil
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • Kunyit hidup ditumbuk halus
  • Halia ditumbuk halus
  • Bawang putih ditumbuk halus
  • Lada hitam @ putih ditumbuk halus
  • Kunyit serbuk dua sudu kecil
  • Asam keping 1 keping
  • Garam
  • Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam
  • Goreng hingga agak garing, toskan
  • Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau
  • Bancuh kunyit serbuk dengan air.Masukkan dalam tumisan tadi
  • Masukkan limpa goreng tadi
  • Tambah serbuk perasa dan garam jika perlu
  • Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu
Ikan Masak Pindang
  • 2 keping ikan merah/ tenggiri (yang sudah siap dipotong)
  • 2 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
  • 1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
  • 2 cawan air (agak-agak la, jangan banyak sangat)
  • 1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)
  • Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis
  • Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan
  • Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut rasa
Ayam Halia Kukus
  • Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
  • Garam
  • Sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Sediakan periuk kukus, masak air dahulu
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
  • Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, ladahitam, garam dan serbuk perasa
  • Bubuh minyak bijan dan gaul rata
  • Akhir sekali kukus sehingga ayam masak
  • Elok dimakan ketika panas
Kerabu Pegaga
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji cili merah ditumbuk
  • Sedikit garam
  • Seikat daun pegaga dihiris
  • Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati
Ikan Tenggiri Masak Halia
  • 2 ketul ikan digoreng
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • Sedikit kunyit hidup ditumbuk atau serbuk
  • 6 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 ketul halia dihiris memanjang
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit
  • Masukkan sedikit air, garam dan gula
  • Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng
Ikan Gelama Masak Asam
  • 2 ekor ikan gelama
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 ketul halia dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 mangkuk air asam
  • Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili
  • Masukkan air asam dan garam
  • Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan tadi
Sawi Tumis Air
  • Sedikit ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 10 biji lada hitam
  • 1 pokok sawi dicuci dan dipotong
  • Tumbukkan lada hitam, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah
  • Tumiskan bahan tumbuk tadi dan masukkan air
  • Apabila mendidih masukkan sawi, biarkan sekejap
  • Tutupkan api
Kucai goreng kicap
  • 1 ikat kucai dihiris
  • 2 ulas bawang merah dihirs
  • 3 ulas bawang putih dhiris
  • Kicap
  • Tumiskan bawang merah dan bawangbputih
  • Masukkan kucai, garam dan kicap
Kari Ikan Haruan
  • 1 ekor ikan haruan dipotong kecil-kecil
  • 4 ulas bawang putih(dimesin)
  • 1 biji bawang besar(dimesin)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 camca teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 camca teh serbuk cili
  • 1 mangkuk air asam
  • Tumiskan daun kari, halba dan bawang besar yg dihiris
  • Masukkan bawang yg dimesin, biar sebentar
  • Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air
  • Masak hingga rempah betul-betul masak
  • Masukkan air asam dan ikan
  • Tambahkan garam dan gula
  • Apabila ikan dah masak, tutupkan api
Peria Goreng Bilis
  • 5 biji peria kecil/1 biji yg besar dipotong
  • Rendamkan dalam air garam
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit ikan bilis
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan kunyit dan peria yang telah dipotong
  • Masukkan ikan bilis
  • Gorengkan hingga peria lembut sedikit
  • Jangan terlalu lama
  • Sedia untuk dihidang
Sup Ikan Tenggiri
  • 1 ketul ikan tenggiri
  • Sedikit minyak bijan
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • Seulas halia diketuk
  • 1 biji tomato
  • Sedikit daun sup
  • Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan
  • Masukkan air dan tomato
  • Apabila mendidih, masukkan ikan dan daun sup
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Biar seketika dan tutupkan api
Ikan Masak Berkuah
  • Bawang putih, bawang merah dan lada hitam (ditumbuk halus)
  • Tumis sampai naik bau
  • Gunakan minyak yg sedikit
  • Bancuh serbuk ketumbar 1 sudu besar
  • Masukkan dlm bahan tumisan
  • Renih hingga mendidih bersama-sama ikan
  • Kalau nak sedap, tumis bawang besar dan bawang putih terlebih dahulu
Sambal Halia
  • 4 biji ketul halia padi (halia ni kecil dan sangat pedas)
  • Sedikit kunyit hidup yg muda - mata kunyit yg kecil
  • Setengah genggam ikan bilis
  • 2-3 biji bawang merah
  • 5-6 biji lada hitam
  • Garam
  • 2 sudu air asam jawa yang pekat
  • Tumbuk halia, kunyit, lada hitam dan garam
  • Campurkan ikan bilis dan bawang merah dalam lesung
  • Tumbuk sekali
  • Jgn sampai bawang dan ikan bilis lumat sangat
  • Masukkan ke dalam piring
  • Masukkan air asam tadi
  • Makan dengan nasi panas bersama ikan panggang dan sayur
  • Kalau tidak suka halia padi sebab pedas, boleh guna halia biasa

  • Dinasihatkan agar memakan makanan yang boleh memanaskan badan seperti:
    • halia
    • lada hitam
    • rempah-rempah
    • air rebusan manjakani
    • air akar kayu (yang tidak panas untuk ibu yang menyusu)
    • daun pegaga
    • #pegaga elok dimakan agar:
      • awet muda
      • sebagai perawatan dalaman
      • supaya rahim tidak terlalu tegang atau kendur
  • Elakkan daripada memakan makanan sejuk seperti:
    • pucuk ubi kayu
    • kekacang
    • pucuk paku
    • kubis
    • kangkung
    • timun
    • bayam
    • tembikai
    • jambu batu
    • air kacang soya
  • Hindari juga makanan tajam dan berbisa seperti:
    • rebung
    • cuka
    • nenas
    • air tebu
    • air kelapa
  • Kawal perasaan jangan bersedih atau berasa tertekan
  • Rambut perlu diikat tegang agar kepala tidak masuk angin
  • Duduk pula hendaklah bersimpuh dan rapatkan paha supaya tulang punggung tidak kembang
Bertungku Semasa Berpantang

  • Caranya hampir sama seperti mengurut
  • Dilakukan selama sejam sebelum atau selepas mengurut
  • Dipercayai dapat:
    • Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
    • Memperbetul serta melancarkan perjalanan darah
    • Melancarkan darah nifas
  • Sebaiknya dilakukan dengan menggunakan batu sungai
  • Kesan bertungku bukan kerana berat batu tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam
  • Seeloknya dilakukan hingga 44 hari
Mandi Dalam Pantang

  • Seeloknya mandi air rebusan daun kayu seperti:
    • daun kunyit
    • daun lengkuas
    • daun serai wangi dll
  • Setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri
  • Dipercayai dapat:
    • Mengeluarkan angin dalam badan
    • Mengendurkan otot
    • Menghaluskan kulit
    • Untuk awet muda
Berurut Dalam Pantang

  • Untuk kesihatan dan kecantikan
  • Seelok-eloknya selepas tiga hari bersalin
  • Biasanya dilakukan setiap pagi sebelum mandi
  • Bertujuan:
    • Untuk awet muda
    • Melancarkan peredaran darah
    • Membuang angin
    • Membetulkan urat saraf
    • Menenangkan fikiran
    • Menyihatkan badan
  • Badan sebaiknya diurut sekurang-kurangnya sekali sebulan
Kongsi Tips Orang Berpantang

Tips-tips ni datangnya daripada beberapa rakan yang ingin berkongsi pengalaman:
  • Biasanya berurut selepas 3 hari bersalin
  • Jangan lupa berbengkung untuk kembalikan badan ke bentuk asal
  • Biasanya sapu air limau nipis + kapur dulu di perut sebelum berbengkung
  • Pakai bengkung sampai habis pantang (kalau larat) untuk kempiskan perut
  • Bertungku juga sangat penting untuk melancarkan peredaran darah
  • Sebaiknya tanyalah ibu anda atau bidan untuk teknik bertungku yg betul
  • Jangan silap teknik bertungku
  • Berurut (seelok-eloknya 3 hari berturut-turut)
  • Dlm pantang seeloknya pakai stokin setiap hari
  • Elakkan ibu jari tersepak sesuatu kerana dikhuatiri akan memudaratkan rahim
  • Cuci luka (jahitan) dengan dettol dan seeloknya dengan air rebusan buah manjakani
  • Minum air manjakani + halia. Caranya:
    • Rebus manjakani dan halia satu cawan
    • Rebus sampai airnya tinggal suku cawan
    • Solawat dan minum
    • Manjakani elok untuk mengecutkan rahim dan mengetatkan faraj
    • Buah yang sudah direbus jangan dibuang
    • Basuh dan rebus buah itu untuk digunakan sebagai pencuci luka
  • Mandi air suam sekurang-kurangnya 7 hari
  • Seeloknya mandi dengan air rebusan daun-daun kayu seperti:
    • Daun kunyit
    • Daun lengkuas
    • Daun serai wangi dll
Menu Orang Pantang

  • Breakfast
    • 5 keping biskut jacob's brand atau 3 keping roti gardenia kosong
    • Segelas milo panas sederhana besar
  • Lunch
    • Nasi semangkuk kecil
    • Sup ayam bergilir-gilir dengan sup ikan haruan atau sup belut
    • Sayur sawi atau peria digoreng dengan sedikit minyak bersama ikan bilis
  • Dinner
    • Kadang-kadang nasi semangkuk kecil
    • Ikan cencaru atau ikan selar bakar
    • Bergilir-gilir dengan daging bakar sos lada hitam
    • Sayur sawi atau peria digoreng dengan sedikit minyak dan ikan bilis
  • Sentiasa amalkan air suam secukup mungkin untuk elakkan sembelit
  • Kalau boleh elakkan minum air teh
  • Amat digalakkan memakan buah kurma setiap hari untuk perbanyakkan susu ibu
Tips Pemakanan Semasa Pantang

  • Pemilihan makanan adalah bergantung pada individu
  • Sebaiknya minta nasihat dari doktor dan orang yang berpengalaman
  • Antara tips yang boleh dikongsi bersama:
    • Nasi mestilah nasi yang panas.Jangan makan nasi sejuk
    • Makan ikan segar
    • Dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental
    • Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan bisa-bisa batu merian (uterus) yg masih lemah & luka, sebaiknya elakkan makan ikan berbisa seperti:
      • bawal hitam
      • terubuk
      • ikan berduri
      • ikan pari
    • Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit, sebaiknya elakkan memakan:
      • ikan kembung
      • ikan tamban
      • ikan tongkol
      • makanan laut
      • telur
    • Digalakkan memakan ulam seperti:
      • pucuk pegaga
      • pucuk mengkudu
      • ulam raja & ulam2 yg lain
    • Sayur-sayuran yg disyorkan selain ulam seperti:
      • sawi
      • peria
      • lobak merah
      • asparagus
      • brokoli
    • Boleh juga memakan buah-buahan semasa seperti:
      • epal merah(bkn masam)
      • buah kurma
      • buah tin
      • buah zaitun
      • buah delima
      • blackcurrant(air-ribena)
      • limau manis (kecuali limau bali)
    • Buah peach & anggur (tidak digalakkan pada ibu-ibu yg lemah pada bahagian dada & paru-paru seperti masalah bronkitis kerana boleh menyebabkan batuk
    • Digalakkan minum air rebusan manjakani atau akar kayu yg sewaktu dengannya utk:
      • membuang angin
      • mencuci darah & kotoran melalui peluh
      • mencuci pundi2 kencing & saluran usus
    • Harus minum air masak selalu tapi bukan minum dalam kuantiti yang banyak dlm satu masa.Takut nanti perut buncit.Minum kerap tapi sedikit.Pastikan air yang diminum adalah air suam
    • Perbanyakkan solawat sebelum minum
    • Cadangan masakan:
      • Daging / ikan / ayam masak dengan brokoli+halia+lada hitam
      • Cara-cara:
        • Ikan / daging / ayam digoreng tapi jangan banyak minyak
        • Bila dah masak masukkan halia, brokoli dan lada hitam. Letak sikit garam
        • Kalau muak dengan ayam / daging / ikan, goreng ikan bilis dengan halia

  • Kemurungan selepas bersalin
  • Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan
  • Gejalanya:
    • Terasa sedih dan sugul
    • Kerengsaan dan keletihan
    • Tidak boleh tidur
    • Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.
  • Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar hormon di dalam badan yang berlaku semasa proses bersalin
  • Masih belum jelas kenapa masalah ini boleh berlaku
  • Kadang-kadang ia berlaku di kalangan sesetengah wanita dengan begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain
  • Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan untuk meminta pendapat atau nasihat daripada doktor atau orang terdekat
  • Jangan menidakkan keadaan ini kerana dalam situasi ini anda memang memerlukan pertolongan
Kemurungan selepas bersalin

  • Biasanya berlaku dua tiga hari selepas bersalin
  • Dikenali sebagai "muram hari ketiga" (third day blues)
  • Juga dikenali sebagai muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu dalam payudara
  • Disebabkan perubahan hormon yang berlaku di dalam badan
  • Akan hilang selepas beberapa hari
  • Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda kerana dikhuatiri anda mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan.
Diet Selepas Bersalin

  • Ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin
  • Ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badan asal
  • Cuba makan secara berkala dan sihat
  • Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman bergas.
  • Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda
Petua Melegakan Kesakitan Luka Bersalin

  • Kesakitan timbul bila perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut
  • Boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencucinya dengan air suam.
  • Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk
  • Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapnya
  • Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit
  • Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan
Lelehan Dari Faraj

  • Dialami oleh ibu selepas melahirkan bayi
  • Dikenali sebagai lokia atau darah nifas
  • Seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak
  • Keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang
  • Biasanya ia berhenti pada akhir minggu kedua
  • Gunakan maternity pad atau tuala wanita yang lebih besar untuk menyerap lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan
  • Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin
  • Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya
  • Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, biasanya ibu akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.
Senaman Selepas Bersalin

  • Selepas bersalin perut ibu akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen
  • Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin sangat digalakkan
  • Membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj
  • Mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas
  • Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum
  • Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah untuk memulihkan kedudukan organ-organ ini setelah mengalami kelasakan bersalin
Sejurus Selepas Bersalin

  • Suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil terutamanya jika wujudnya masalah seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak
  • Luka akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital jika ibu melalui pembedahan Episiotomi atau kelahiran yang telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj
  • Nasihat mengenai cara mengempiskan perut, senaman dasar pelvis dan nasihat mengenai perancang keluarga juga mungkin akan diberi
  • Pemeriksaan ke atas ibu akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi
  • Ibu akan ditanya mengenai darah nifas / lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih
  • Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir
  • Berat badan ibu akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian
  • Bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat
  • Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing
  • Payudara, abdomen dan jahitan jika ada juga akan diperiksa
  • Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim ibu
  • PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya
  • Ibu boleh berbincang terus dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga
Masalah Emosi

Punca

  • Tekanan mungkin telah wujud sejak ibu hamil lagi
  • Terjadi mungkin kerana terpaksa mengharungi pelbagai dugaan seperti keletihan dan alahan sepanjang kehamilan
  • Berterusan sehingga selepas melahirkan
  • Menghadapi pelbagai masalah yang timbul selepas melahirkan sekaligus terpaksa memberi tumpuan yang rapi menjaga bayi sendirian
Kesan
  • Boleh membawa kepada kemurungan atau depression
Rawatan
  • Suami dan keluarga haruslah selalu memberi sokongan dalam bentuk pertolongan secara fizikal atau moral
  • Perlu dibawa berjumpa doktor jika masalah ini berlarutan
Jangkitan Pada Pundi Kencing

Tanda-tanda

  • Kerap dialami oleh ibu selepas bersalin
  • Pundi air kencing tertekan, terhimpit atau tercedera ketika bersalin
  • Wanita kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa pedih
  • Mungkin jangkitan kuman berlaku apabila doktor memasukkan alat catherer untuk mengeluarkan air kencing yang mungkin bertakung semasa bersalin
Rawatan
  • Air kencing perlu diperiksa
  • Mungkin doktor memberikan ubat antibiotik selama 5 hari atau seminggu
Masalah Payudara

Bengkak Susu

  • Bengkak payudara atau breast engorgement
  • Saluran susu pada puting tersekat
  • Boleh timbulkan masalah jangkitan kuman (mastitis)
  • Mungkin ibu akan alami rasa sakit serta demam panas
  • Jika berlarutan boleh menyebabkan bernanah dan nanah itu perlu dikeluarkan melalui pembedahan kecil
Langkah untuk mengelakkan atau mengatasi 'bengkak susu'
  • Bersihkan puting payudara dengan air bersih, sebaiknya jangan guna sabun
  • Susukan anak dengan susu ibu seawal yang mungkin
  • Tuamkan payudara dengan tuala suam / panas
  • Doktor mungkin akan memberikan antibiotik dan ubat tahan sakit
  • Doktor akan memberikan ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan hormon untuk menghentikan pengeluaran susu sementara bagi ibu yang bernanah (abcess) payudaranya

Luka yang mungkin terlibat:

  • pada kemaluan
  • pada abdomen lantaran pembedahan ceasarean
  • pada rahim (bila uri dilahirkan)
Jangkitan pada luka pembedahan (ceasarean) dan luka pada kemaluan (episiotomi)
  • Takungan nanah mungkin akan muncul
  • Luka akan jadi kemerahan dan terasa seperti berdenyut-denyut
  • Boleh menyebabkan jahitan terbuka sebelum sembuh
  • Jika tidak dirawat dengan betul mungkin membawa kesan jangka panjang seperti mengalami kesakitan ketika mengadakan hubungan kelamin
Langkah yang sepatutnya diambil
  • Penjagaan kebersihan pada luka yang dialami
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
  • Teruskan pengambilan vitamin dan habiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor mengikut waktunya
Langkah yang mungkin diambil oleh doktor
  • Melakukan dressing (cuci luka) setiap hari
  • Memberikan antibiotik untuk dimakan
Jangkitan pada luka rahim
  • Mungkin alami demam panas, sakit perut dan lendir berbau
  • Lendir ini biasanya bercampur darah nifas
  • Mungkin akan alami tumpah darah
Langkah yang mungkin diambil oleh doktor
  • Memberikan antibiotik
  • Melakukan pembersihan secara D&C untuk buang sisa uri atau selaput bayi yang tertinggal

Sabtu, 9 Ogos 2008

bila ammar menangis....

semalam, Ammar meragam lagi. puas ku pujuk untuk tidur tapi dia menangis lagi. ku suakan susu botol pun dia masih menangis. apatahlagi susu aku yang biasa dia suka pun tak nak. pening kepala dibuatnyer dek karenah bujang sorang ni. aku dah abis ikhtiar. lalu aku dukung dia ku bawa ke hulu ke hilir. diamnyer cuma seketika. aku cuba masukkan buaian, lagilah kuat dia menangis. sebelum ni pun dia meragam begini juga. tapi setelah dinasihatkan oleh jiran sebelah, kami bawanya jumpa orang pandai. oh Wan tu cakap Ammar cuma terkejut. lepas dipulihkan semangat ni InsyaAllah elok lah katanya. di bekalkan kami air jampi untuk minum dan mandi Ammar. Alhamdulillah malam tu dia dah boleh tidur seperti biasa. cukup 3 kali da semakin elok sehinggalah semalam.
akhirnya, aku mandikan Ammar. biarpun terkeluar dari jadual mandian biasa dia. kemudian aku susukan dia. Alhamdulillah terlena juga akhirnya. ya, bayi menangis memang perkara biasa. tapi jika ia terkeluar dari kebiasaan dia menangis. kadangkala ia boleh membawa kepada effect lain. ada bayi yang jika dibiarkan terus menangis tanpa cuba mengetahui sebab musababnya, boleh menyebabkan ' Sawan Tangis'. aku tak tahulah ia diterima oleh perubatan moden atau tidak. tapi dah ramai kata. even aku duk kat bandar pun, ramai gak yang percaya istilah tu. ada setengahnya sampai tegang urat di muka baby tu sebab nangis je. aku doa, jangan lah sampai Ammar cam tu.
Rajin juga ku bertanya dengan orang yang dah berpengalaman mengenai penjagaan baby. jika ia melibatkan kembung perut, buat bulatan di sekitar pusat sambil ibu jari di tekan di tengah pusatnya. bacakan salawat nabi dan tarik jari kekiri dan kanan perutnya. InsyaAllah. ini aku dah cuba. lagi satu junjung perut baby di kepala si ibu sambil berselawat 3x. tips ni baru aku dapat tadi. sebenarnya jaga baby ni bukan cam jaga anak patung. ia lagi rumit dan kena rajin bertanya. sebab tu, aku respect tul kat surirumah yang jaga anak-anak diorang sepenuh masa. bukan senang tau, nak jaga anak, rumahtangga n hubby dalam satu masa. beruntunglah mereka kalau dapat suami yang ringan tulang. jika tidak, bersabar jer lah... ada ganjaran yang dikurniakan Allah untuk anda.
lagi satu, biasalah masa kita berdua keluar tak ikut masa. ada time sampai 2 ke 3 pagi pun leh lepak2 kat luar lagi. even masa aku ngandung dulu pun orang tua ada pesan jangan keluar lewat selalu. tak elok takut effect kat baby. masa tu tak fikir apa pun.. kadang benda tak leh elak kami kuar jugak. untuk itu aku bawak tangkal pendinding diri, seperti pisau o gunting o magnet. itu semua untuk elakkan 'benda tak baik' ikut kita. apa pun aku ikut jer demi keselamatan aku dan baby. bila sekarang da ada baby pun lagi la sensitif. time maghrib jangan keluar. kerana time tulah 'mereka' keluar. time malam pun kalau boleh elakkan memakai wangi-wangian untuk baby. untuk Ammar, Wan ada suruh aku buatkan minyak daun goda-goda. ramuannya, daun goda-goda, minyak kelapa dan jintan hitam. ada time dia suh letak inggu. bau minyak ni memang busuk. sapukan kat sendi-sendi , kening, telinga baby. coz, 'mereka' ni tak suka bau busuk. ya atau tidak, semuanya adalah usaha aku untuk kesihatan Ammar. bak kata orang bertindak sebelum t erjadi apa-apa.
mungkin aku ada tips lagi yang boleh di kongsi nanti. xpelah kita berjumpa di lain kali.. yang baik itu datang dari Allah, yang tak baiknya datang dari aku.... mudah-mudahan kita semua selamat......

sebuah kisah....

“Saya takut nak balik, ustaz!”, kata Azmin kepada saya.

“Kenapa pula?”, diri ini kehairanan.

“Ayah saya bagi kami makan duit haram. Saya takut mati, takut dosa, takut neraka”, sambungnya lagi. Suaranya terketar-ketar.

Selama hidup ini, ayah Azmin membesarkan mereka sekeluarga dengan duit judi. Kaki judi yang lebih banyak kalah dari menang, dan mengotorkan keluarga dengan harta najis itu. Selepas selesai berkursus, ada sinar cahaya keinsafan pada hati anak muda di hadapan saya ini, tetapi saya telah menghukumnya dengan tekanan yang berat. Untuk pulang ke rumah berbekalkan secebis keinsafan, ia adalah suatu beban.

Justeru saya pula yang terasa bersalah.

Kejadian seperti itu sangat banyak berlaku. Apabila kita berprogram bersama anak muda, mereka yang responsif ini selalu juga memberikan petanda yang positif di hujung program. Tetapi kesedaran yang berhasil di dalam pertemuan itu (dengan izin-Nya), telah meletakkan diri mereka dalam kesulitan. Mereka insaf, tatkala ayah dan ibu hidup dalam dosa dan maksiat.

Bagaimana mereka harus pulang ke rumah? Berdepan dengan ibu bapa seperti itu?

KONFLIK

“Ustaz tidak ada jawapan yang mudah untuk masalah kamu. Ustaz faham dengan apa yang kamu hadapi. Cuma, apa yang ustaz minta hanya satu. Kamu belajarlah bersungguh-sungguh. Cemerlangkan STPM kamu dan mudah-mudahan dengan keputusan peperiksaan yang baik, kamu boleh segera mendapat peluang untuk mencari rezeki sendiri. Rezeki yang halal”, saya berkongsi pandangan.

“Habis, esok lusa ini macam mana?”, tanya Azmin kepada saya. Air matanya sudah basah.

Saya memeluk beliau dan menepuk belakangnya.

“Kuatkan semangat!”, saya melepaskan beliau dan kami berpisah.

Sulit sekali keadaan seperti ini.

‘BUANG ANAK’

Semasa saya mengajar di Belfast, saya sudah mengesan tentang masalah sebegini. Ramai anak murid saya yang dihantar oleh ibu bapa mereka ke Sunday School, supaya ibu bapa ‘bebas dari anak-anak’, boleh berdating suami isteri, dan sekolah jadi pusat jagaan harian.

Ia bukanlah sangkaan buruk saya. Ibu bapa yang saya kategorikan seperti ini, sering mendesak untuk saya menerima anak-anak mereka termasuk yang baru berusia 4 tahun untuk masuk ke sekolah. Justeru, semua anak mereka berhimpun di sekolah. Sedangkan kami tiada keupayaan untuk mengajar kanak-kanak sekecil 4 tahun.

Selain dari itu, mereka juga tidak pernah mengambil tahu tentang apa yang anak mereka pelajari di sekolah. Anak-anak kecil tidak pandai menipu. Cakapnya jujur selalu.

“Kamu sembahyang tak di rumah?”, saya bertanya.

“Tak!”, jawab anak murid saya. Umurnya sudah mencecah 10 tahun.

Parents tak marah kamu tak sembahyang?”, saya menyoal lagi.

“Mereka pun tak sembahyang”, jawabnya berterus terang.

“Kalau kamu semua selesa dengan kehidupan tak sembahyang, kenapa parents kamu hantar kamu ke sekolah ini?”, saya kepanasan. Cuba menyabarkan jiwa pengetua muda ini.

“Entah. Saya pun tak tahu”, katanya.

Kami sama-sama terdiam.

MUDAH-MUDAHAN ANAK BAIK

Ada satu lagi kelompok ibu bapa yang ‘ikhlas’ menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Biar pun agak ganjil melihat mereka datang ke perkarangan masjid dengan baju yang seksi, berseluar pendek dan bapa memakai gelang emas… saya akur bahawa ada secebis keinginan di hati mereka untuk anak-anak menerima didikan agama.

Saya menerimanya dengan hati terbuka.

Tetapi anak-anak mereka ini menghadapi kesulitan yang sama dengan anak muda seperti Azmin. Apabila kita suntik nilai agama kepada anak-anak, ia mengheret mereka ini kepada suatu konflik tatkala apa yang dipelajari menyalahi praktis ibu bapa sendiri.

Ibu bapa menjadi contoh berlawanan dengan ajaran di sekolah.

AJAR DENGAN SIKAP, BUKAN CAKAP

Di satu sudut, usaha mengajar anak-anak dengan bercakap adalah sangat susah. Anak-anak sering gagal mengikut cakap, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru sikap. Cara paling mudah untuk mengajar sesuatu kepada anak-anak ialah dengan mendedahkan mereka kepada praktikalnya, khususnya oleh ibu bapa sendiri.

“Abi, nak pakai tudung!”, pinta Naurah, anak perempuan saya pada suatu hari.

Saya belum lagi bercakap mengenai tudung kepadanya. Usianya baru 4 tahun. Tetapi dek pengaruh Ummu Saif, Naurah tertarik dengan tudung. Dia mula mendefinisikan kecantikan itu adalah dengan bertudung. Maka tanpa disuruh, Naurah meminta tudung.

Biar pun remeh bagi sesetengah orang, saya amat menghargai ‘kebetulan-kebetulan’ seperti ini. Alangkah mudahnya mengajar anak perempuan bertudung, jika ibunya sendiri komited bertudung. Sulitnya mahu disyarah tentang tudung kepada seorang anak perempuan, andai tiada model untuk ditiru di rumah sendiri.

Tetapi ibu bapa sering terlupa, bahawa tiada guru yang mampu mengatasi pengaruh ibu bapa dalam upayanya membentuk anak-anak. Dan ibu bapa sering terlupa, betapa deritanya anak mengamalkan Islam ketika ibu bapanya sendiri selesa dengan jahiliah diri.

“Macam mana saya nak tegur emak dan ayah saya? Mereka bertambah-tambah benci dengan perubahan saya, ustaz”, soalan lazim yang anak muda tanyakan kepada saya.

“Tegurlah dengan sikap, jangan dengan cakap. Nanti dikatakan biadab. Konsisten dengan apa yang awak buat sekarang dan jangan lupa berdoa dan bersolat hajat kepada Allah”, pesan saya yang sangat biasa-biasa kepadanya. Tidak mampu memikirkan sesuatu yang luar biasa.

CARA ALLAH

Tiba-tiba telefon saya berdering.

Azmin menelefon dari jauh.

“Assalamualaikum Azmin, apa khabar awak?”, saya menjawab telefon. Sesuatu yang amat jarang saya lakukan.

“Waalaikum al-salaam ustaz….”, jawabnya. Suara Azmin terketar-ketar bercampur tangisan.

“Eh, kenapa ni Min?”, saya terkejut.

“Ustaz, ayah dah tak ada. Ayah meninggal pagi ini sakit jantung!”, kata Azmin kepada saya.

“Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un… sabar ya akhi. Sabar. Tenangkan diri”, saya memujuk.

“Ayah tak sempat bertaubat, ustaz!”, tangisan Azmin semakin kuat.

“Allah…!”, saya terdiam. Terasa sebak yang amat sangat.

“Saya sedih. Tapi saya gembira. Duit haram tak masuk rumah lagi!”, kata Azmin.

Saya tersentak!

“Peritnya cara Allah menyelamatkan kamu!”, itu sahaja ungkapan saya.

wanita-wanita terpuji

ejarah telah mencatat beberapa nama wanita terpandang yang di antara mereka ada yang dimuliakan Allah dengan surga, dan di antara mereka ada pula yang dihinakan Allah dengan neraka. Karena keterbatasan tempat, tidak semua figur bisa dihadirkan saat ini, namun mudah-mudahan apa yang sedikit ini bisa menjadi ibrah (pelajaran) bagi kita. Waanita Yang Beriman Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : "Seutama-utama wanita ahli surga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiyah binti Muzahim." (HR. Ahmad)

1.Khadijah binti Khuwailid

Dia tumbuh dalam lingkungan keluarga yang terhormat sehingga mendapat tempaan akhlak yang mulia, sifat yang tegas, penalaran yang tinggi, dan mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji sehingga kaumnya pada masa jahiliyah menyebutnya dengan ath thahirah (wanita yang suci). Dia merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa Muhammad tanpa banyak membantah dan berdebat, bahkan ia tetap membe-narkan, menghibur, dan membela Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam di saat semua orang mendustakan dan mengucilkan beliau. Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah di jalan Allah. Ia rela melepaskan kedudukannya yang terhormat di kalangan bangsanya dan ikut merasakan embargo yang dikenakan pada keluarganya.

Pribadinya yang tenang membuat-nya tidak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan mengikuti kebanyakan pendapat penduduk negerinya yang menganggap Muhammad sebagai orang yang telah merusak tatanan dan tradisi luhur bangsanya. Karena keteguhan hati dan keistiqo-mahannya dalam beriman inilah Allah berkenan menitip salamNya lewat Jibril untuk Khadijah dan menyiapkan sebuah rumah baginya di surga. Tersebut dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah, ia berkata: "Jibril datang kepada Nabi kemudian berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah datang membawa bejana berisi lauk pauk, makanan dan minuman. Maka jika ia telah tiba, sampaikan salam untuknya dari Rabbnya dan dari aku, dan sampaikan kabar gembira untuknya dengan sebuah rumah dari mutiara di surga, tidak ada keributan di dalamnya dan tidak pula ada kepayahan." (HR. Al-Bukhari).

Besarnya keimanan Khadijah pada risalah nubuwah, dan kemuliaan akhlaknya sangat membekas di hati Rasulullah sehingga beliau selalu menyebut-nyebut kebaikannya walau-pun Khadijah telah wafat. Diriwayatkan dari Aisyah, beliau berkata:

"Rasulullah hampir tidak pernah keluar dari rumah sehingga beliau menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata: Bukankah ia seorang wanita tua yang Allah telah meng-gantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka beliau marah sampai berkerut dahinya kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh ia telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dengannya Allah mengaruniakan anak padaku dan tidak dengan wanita (istri) yang lain. Aisyah berkata: Maka aku berjanji untuk tidak menjelek-jelekkannya selama-lamanya."

2.Fatimah

Dia adalah belahan jiwa Rasulullah, putri wanita terpandang dan mantap agamanya, istri dari laki-laki ahli surga yaitu Ali bin Abi Thalib. Dalam shahih Muslim menurut syarah An Nawawi Nabi bersabda: "Fathimah merupakan belahan diriku. Siapa yang menyakitinya, berarti menyakitiku." Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama ayah dan suami tercinta. Dia korbankan segala apa yang dia miliki demi membantu menegakkan agama suami. Fathimah adalah wanita yang penyabar, taat beragama, baik perangainya, cepat puas dan suka bersyukur.

3.Maryam binti Imran

Beliau merupakan figur wanita yang menjaga kehormatan dirinya dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri pada Allah, sehingga Dia memberinya hadiah istimewa berupa kelahiran seorang Nabi dari rahimnya tanpa bapak.

4.Asiyah binti Muzahim

Beliau adalah istri dari seorang penguasa yang lalim yaitu Fir'aun laknatullah 'alaih. Akibat dari keimanan Asiyah kepada kerasulan Musa, ia harus rela menerima siksaan pedih dari suaminya. Betapapun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami ternyata di hatinya masih tersedia tempat tertinggi yang ia isi dengan cinta pada Allah dan RasulNya. Surga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan yang ia rasakan di dunia sebagai akibat meninggalkan ke-mewahan hidup, budaya dan tradisi leluhur yang menyelisihi syariat Allah ia telan begitu saja bak pil kina demi kesenangan abadi. Akhirnya Asiyah meninggal dalam keadaan tersenyum dalam siksaan pengikut Fir'aun.

Dari Abu Hurairah, Nabi Shallallahu alaihi wasalam berkata: "Fir'aun memukulkan kedua tangan dan kakinya (Asiyah) dalam keadaan terikat. Maka ketika mereka (Fir'aun dan pengikutnya) meninggalkan Asiyah, malaikat menaunginya lalu ia berkata: Ya Rabb bangunkan sebuah rumah bagiku di sisimu dalam surga. Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan untuknya di surga sebelum meninggal." Wanita yang durhaka
1. Istri Nabi Nuh
2. Istri Nabi Luth

Mereka merupakan figur dua orang istri dari para kekasih Allah yang tidak sempat merasakan manisnya iman. Hatinya lebih condong kepada apa yang diikuti oleh orang banyak daripada kebenaran yang dibawa oleh suaminya. Mereka justru membela kepentingan kaumnya karena tidak ingin dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang yang selama ini mencintai dan menghormati dirinya. Maka kesenangan sesaat ini Allah gantikan dengan kebinasaan yang didapat bersama kaumnya. Istri Nabi Nuh ikut tenggelam oleh banjir besar bersama kaumnya yang menyekutukan Allah dengan menyembah patung-patung orang shalih, sedangkan istri Nabi Luth ditelan bumi karena adzab Allah atas kaumnya yang melakukan liwath (homoseksual).

Semua cerita ini telah Allah rangkum dalam sebuah firmanNya yang indah dalam surat At-Tahrim ayat 10-12, yang artinya: "Allah membuat istri Nuh dan istri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang shalih di antara hamba-hamba Kami, lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah: dan dikatakan (kepada keduanya) : Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka). Dan Allah membuat istri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisimu dalam Surga.

Dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang dhalim. Dan Maryam puteri Imran yang memelihara kehor-matannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitabnya dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat." Semoga kisah para wanita ini bisa menjadi pelajaran bagi para wanita zaman ini untuk berkaca diri, kira-kira saya termasuk golongan yang mana? Apakah golongan yang dicintai Allah atau yang dimurkaiNya? Bagi wanita yang belum berumah tangga, saat ini merupakan kesempatan besar baginya untuk memperbanyak amalan shalih dan mendekatkan diri pada Allah, bukannya justru menghabiskan masa mudanya dengan hura-hura dan kegiatan lain yang tidak bermanfaat.

Dan bagi mereka yang sudah berumah tangga, selain menjaga keistiqomahannya dalam berIslam dia juga diberi beban tambahan oleh Allah untuk membantu suami menjalankan agamanya. Istri yang demikian meru-pakan harta yang paling berharga. Dari kisah mereka, kita juga bisa mengambil pelajaran bahwa dalam keadaan bagaimanapun, hendaknya ketundukan kepada syariat Allah dan RasulNya harus tetap di atas segala-galanya. Asalkan berada di atas kebenaran, kita tidak perlu takut dibenci oleh masyrakat, sahabat, maupun orang yang paling istimewa di hati kita. Justru kewajiban kita adalah menunjukkan yang benar kepada mereka. Dengan begitu kita akan mendapatkan cinta sejati .. cinta Allah Rabbul 'alamin. Mudah-mudahan kita selalu diberi keistiqomahan untuk menapaki dan mengamalkan syariat yang haq (benar) walaupun kita seorang diri. Amin. (Faradillah)Maraji': Ahkamun Nisa', Ibnul Jauzi. Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Atsqalani. Tuhfatul Ahwadzi, Al Mubarakfuri. Wanita-wanita Shalihat Dalam Lintas Sejarah Islam, Muhyidin Abdul Hamid.
EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata:

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang
kejadian langit dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli
neraka.

Semua tentang cinta

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di
dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua
orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa
setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI................

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak difahami ... menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu
mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA..