Khamis, 23 Oktober 2008

eBay

pernah tak korang dengar tentang ni. hem, baru2 ni aku baru mula nak study about this. entah cane tiba2 aku termimpi lak pasal eBay ni. apa yang aku tahu, ia adalah gedung belibelah internet yang popular hampir 22buah negara di dunia ni. hem, besar tak keupayaan kita untuk menjengah keuntungan di tempat tersebut? tu la, aku baru nak study pasal ni. tak nak la main terjah je. karang ada kos tersembunyi plak. bertambah plak hutang aku.

kat eBay ni bukan setakat kita je boleh beli, tapi kita gak boleh jual produk kita. hem, percaya tak sarung tangan yang buruk tu pun ada gak pasarannya... jangan tak tau... ni apa yang setakat aku tau lah. tau tak, produk batik kat malaysia ni pun di pasarkan melalui eBay. jangan tak percaya permintaannya cukup memberangsangkan di negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Itali n peranchis. hem, sapa kata batik tak laku..? sapa kata gak batik hanya untuk fesyen kampung? tipu tu....

ada baiknya, search kat internet dulu sebelum bercakap betul tak? aku ada gak dengar beberapa jutawan malaysia ni yang tak di isytiharkan kejutawanannya... coz dioran gni bekerja melalui internet. so diorang la bos, diorang la kuli. memang untung ke rugi semua tanggung sendiri. lagipun banyak faedahnya berniaga begini, selain tak de kos nak sewa tempat, marketing yang memang da popular(hampir semua orang tahu eBay ni), tak de kos nak bayar pekeja, n another kos la... semuanya memang sendirian berhad.

aku tak nak la komen banyak, tapi kalau ada sesapa yang tahu pasal ebay ni boleh tak inform kat aku bagi terng seterangnya. walaupun aku search kat internet, tapi biasalah bahasa diorang ni kekadang terlampau akedemik sangat. sampai aku pun pening nak faham... key kalau ada info bagi tau e....

Ahad, 19 Oktober 2008

manik kayangan


hari ni tak banyak cerita, tapi beberapa hari selepas raya, banyak tul open house anjuran kengkawan hubby. ehm rasanya berat pun da naik. apataknya makan satay la, nasi macam2 nasi, kuih pun memacam kuih. memang tengah rezeki makanan. Alhamdulillah.... makan je lah. lepas ni kena la diet betul2 bagi maintain. heheheh...

entah cane ati aku tergerak plak nak wat sulam manik. sebelum ni ada gak wat tapi separuh jalan. so ada gak aku search design kengkawan wat. memang advance. walaupun aku minat mendesign ni tapi sometimes aku wat gak research untuk tambahkan ilmu tu. kalau ok, leh a aku wat keje sampingan. itupun kalau masa mengizinkan la. sedangkan yang sekarang nipun kadang2 berebut ngan ammar. hem, baru je sorang permata hati esok2 kalau da dua tiga... mau tak kurus ala2 Posh Beckham... heheheh

ada gak member aku yang suh aku wat sulam ni, tapi tulah masa belum lagi mengizinkan... kalau nak struggle memang boleh tapi aku la yang tak larat. tapi bila chek balik kat page member2 yang wat bisnes beaded ni timbul kejelesan di hati plak.... cam nak ceburkan diri balik kat bisnes ni. tapi tulah, cam aku kata, kalau aku wat memang boleh tapi makan masa la. for the simple design maybe take masa yang tak s eberapa la.... tapi kalau yang full design tu hem... mau berhari2. sian kat customer la plak. kecuali kalau yang memang nak pakai dalam jangkamasa yang lama.....


just for cuci mata : thanks for member ni : tumpang lalu jap nak pinjam gambar coz berkenan sambil pomot....

nanti ada masa aku akan alu-alukan tempahan untuk ni. sekian ala dulu... mata pun da ngantuk. just nak share jer.... apa pun excited nak kembali ke zaman beaded ni....

Khamis, 9 Oktober 2008

cerita hari raya

hari ahad aku bertolak balik dari johor ke shah alam. rasa tak puas lagi duk kat kg. banyak yang aku rindu. aku rindukan masakan sambal tahun mak, aku rindukan saudara-mara yang kebanyakkannya aku tak sempat singgah beraya, aku rindukan karenah adik beradikku bermain ngan ammar. walaupun sedih aku terpaksa terima hakikat, aku kena selalu berada di samping suami. yelah, tempat seorang isteri kan bersama suaminya. pernah gak sebelum ni aku request nak beraya lama di kampung. memang la dia bagi. hubby aku tak banyak cerita, tapi aku plak yang tak sampai hati nak tinggal dia lama2. lagi satu bila dia da jadi 'bujang kembali' ni aku plak yang pikir macam2. hehehehe.... bukan tak caya tapi ye la, bila da ada anak ni kenalah ada sket jelessss...
kan ke jeles tu tanda sayang....?

tahun ni aku beraya di Tekali dulu. pada aku tak le meriah seperti di kg aku. mungkin pada hubby aku ia suasana biasa... tapi pada aku cam biasa jer. tapi malam raya tu sempat gak la aku wat kek asam manis atas permintaan ipar. gitu gini nak gak sampai kul 2 pagi... hem, bangun jer dari tidur pegi kejutkan hubby gi sembahyang raya. aku ingatkan lepas sembahyang raya tu gi beraya. rupanya tak, hubby aku punyalah perasan dia tu bujang, gi beraya ngan kengkawan2 dia. aku plak punyalah tention tunggu kat umah dengan perut kosong. bagi akulah, first hari raya kena makan n sarapan sama2. memang aku tention, tapi fikir raya punya pasal.... sabarrr jer lah.. untung juga ammar tak banyak karenah.. kalau tak mau aku menangis. da la hati ni sarat tanggung rindu kat mak abah di kampung, dengan karenah ammar lagi, dengan 'bujang kembali' lagi.... hem pening kepala...

hari raya kedua baru la kami beraya. hajat di hati nak la beraya di rumah mak ngah n makcik kiah sebelah hubby aku. tapi gitu gini tersinggah umah kengkawan dia. ammar pulak meragam tak tentu pasal. aku pun da pening kepala. pandai ammar ni pilih umah. fikir ku dalam hati. aku perasan, ada rumah2 yang dia bley tersenyum lebar walaupun sebelum ni tak pernah jejak. ada plak umah tu baru jer nak melangkah dia dah mencebir. time ni kalau ikutkan emosi aku yang tak tentu hala, nak jer aku puk, tapi yelah aku da janji ngan diri aku, aku takkan puk anak2 aku. biar la mulut aku sebising mana sekalipun.... aku takkan puk... (ada cerita di sebalik kisah ni, ada masa aku ceritakan) biasanya time ni aku akan dukung dia n bawa dia berjalan2 ke luar. kalau da pening2 sangat bagi kat papa dia. papa dia bab memujuk ni kira expert la. x sempat nak kumpul duit raya untuk ammar! hehehehe

petang raya ketiga selepas sembahyang jumaat, barula kami bertolak balik ke Johor. Hubby aku punya la penat sempat dia bersantai di perhentian senawang. aku plak pikir lambat karang sampai maghrib. aku risaukan ammar jer. ye la baby ni kan sensitif ngan senja2 ni. last2 aku offer diri untuk bergilir ngan dia. ha, lama da tak pegang stereng, sekali pegang gian la gak. mujur jer suara ammar kadang2 terdengar. kalau tidak mau aku lupa diri jap. hehehe... gitu gini mujur la tak jem. kalau tak mau sampai malam. sampai gak kul 7.30 malam. seperti yang di jangka ammar di sambut dengan peluk cium dari nyai n yayinya. aku? hehehe, da besar salam da la.... hadiah hari raya dari nyai n yayi untuk amar sebuah kereta bulat untuk ammar bergerak. hehehe.. tapi dia tu biasalah . suka wat muka pelik. bila kami masukkan jer dalam tu dia diam terkaku. tak sabar aku nak tengok dia melangkah laju ... pasti tak terkejar jadinya.

malam tu saudara mara serbu umah aku. kebetulan pakcik amar yang tua dua bulan jer ngan ammar datang. ha tu lagi sorang. sekali da pandai maju, memang tak terkejar. semua nak di kutip. cam kombat pun ada. hehehe... mata dia bulat geram tul aku tengok. ammar pulak sepet cam anak jepun. hahahha kutuk anak sendiri. kiranya saudara sebelah mak aku sempatla gak aku beraya, saudara sebelah abah aku jer yang tak berkesempatan... mungkin lain kali aku datang cuma bukan time raya jer.. nak buek cano, umah den jauh.....

sebenarnya aku nak paste kan image aku berhari raya kat sini tapi cam tak sempat pulak. ni pun aku curi2 masa menulis time ammar tidur.. da la satu malam aku n hubby aku berjaga coz dia tak leh tido... em pepun lain kali jer la eks... walaupun ni hari raya yang singkat tapi pada aku ia satu pengalaman yang indah untuk aku kenang.... well selamat hari raya semua....

Selasa, 30 September 2008

selamat hari raya untuk semua bloggers.. sebenarnya tak banyak cerita masa aku melalui ramadhan kali ni. cuma ada sedikit meriah kerana adanya si kecil ammar. hem melayan karenahnya saja membuatkan aku kadang2 terlupa hampir waktu berbuka. seronok sebenarnya. taun ni aku beraya di Hulu Langat dulu kemudian baru bertolak balik ke johor. sedihnya rasa bila first time beraya tanpa orang tersayang di sisi. beraya gak la cuma lambat... hehehe.. apa nak wat kenala ikut turn... mak n abah aku da tak sabar2 tunggu kepulangan kami. ye la ni la cucu first. lagipun da b erapa bulan kami tak pulang ke kg. just contact on the phone jer.. mana la puas. pernah mak kata: tak terbayang la mak muka ammar caner. rindu sangat" hem ye la, kalau nak tengok sangat memang dia da jadi anak mama yang montel. selalu kena cium pipi dia sampai merah2. hahahaha....

seronok nak raya ni kami baru berkesempatan shoping raya malam tadi. uihhh memang rata2 jem belaka. kami tak de la gi jauh. just area PKNS, SACC n Tesco. hajat di hati nak merasa gak la berjalan2 di SACC. just cuci mata. tapi memang penuh. parking pun susah nak dapat. hubby aku plak tak suka hiruk pikuk cam tu. so aku cakap gi Tesco jer lah. walaupun tak banyak choice tapi nak wat caner.... hem gitu gini dekat 100 gak la shoping. nasib baik baju ammar da beli. hem kalau tak pengsan papa ammar. ni pun dia da pening kepala.... sian dia...



ni je yang sempat aku bagi kat korang... key la sesapa yang balik jauh tu berhati2 di jalan raya n jangan lupa orang yang tersayang... ampun maaf di pinta dari jauh.... semoga ia merupakan hari kemenangan yang sebenar2nya.... salam aidilfitri dari mama ammar....

Selasa, 23 September 2008

Cinta Tiga Segi

Hazwan - Cinta Tiga Segi aka Perangkap Cinta

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan


hem tak tau nak tulis per. lepas jer sahur tadi saje jer borak2 ngan adik yang kebetulan stay kat sini just for help me untuk wat kuih raya. tiba2 dia suh cari lagu cinta tiga segi. dengarnya ia nyanyian dari seorang banduan untuk kekasihnya. but untuk lebih lanjut saje jer baca kat blog khai untuk more details. kalau betullah cerita tu, sama2 la kita se dekahkan al-fatihah wat arwah. hem, just kongsi lirik utk tatapan kita sama. hem punyala excited nak tau sangat gi la kat you tube untuk dengar original version but its not clear. tapi ada gang kat situ kata ia dinyanyikan semula oleh Saleem. hem baru clear. seperti yang korang tau la kalau Saleem yang nyanyi conform mendayu la. baru terasa shahdunya lagu ni. baca2 punya baca so many version cerita. kira terleka gak la...

apa pun sebenarnya da selalu sangat dengar cinta tiga segi ni. tak kisah la siapa yang wat lelaki ke perempuan yang start dulu ke. tapi bila da bersedia untuk bercinta kena la sedia untuk stick together. setia, sayang dan cinta. ada gak yang cinta untuk melepaskan kesepian. sebab tengok member2 sumer ada couple dia pun nak bercouple. cinta ni kalau ikutkan kadang kita tak sedar, tak terluah dek kata2. hanya hati jer yang berkata2. kalau selalu sangat dengar couple kata i love you o i sayang you tu tipulah.... semua orang leh cakap cam tu... cinta tu sebenarnya lahir dari hati dan di luahkan melalui perbuatan. sebab tu kadang2 kita tak perasan orang yang betul2 cinta kat kita. sebab kita jarang melihat tapi kita lebih mendengar.... so lepas ni kita kena la peka mata dan telinga hehehehe...

coba untuk setia... ni lagu dari krisdayanti... betul, susah sangat kita nak setia. masa bahagia memang la setia nak mampus... tapi bila kita di uji sedikit kesusahan, mula la hati tu ada goyang sket. cuba kita tengok o selak kat paper banyak sangat kes curang, hati berbelah bahagi, even yang da kawin pun ada gak yang curang sesama mereka. couple lain citer a. memang selalu sangat dengar. kalau betul kita sayang couple kita, kena la selalu update cane nak maintain kasih sayang tu. kalau boleh share problem sama2, kalau tak dapat selesaikan, tolong dengar itu pun satu penghargaan.. jadila pasangan yang setia di saat susah n senang, time kurus n gemuk, time lawa n hodoh, time wangi n busuk n all time la.... coz ada person yang suka couple dia ikut time2 ni.... hehehehe...

cinta pertama memang sukar nak lupa even bila da jumpa cinta kedua kita tetap akan kenang cinta pertama. but kalau cinta kedua lebih baik dari yang pertama, cukuplah cinta pertama itu sekadar kenangan. tapi kalau cinta pertama lebih baik dari yang kedua fikir balik, kenapa mesti ada cinta kedua? mesti ada something wrong dengan kita o couple kita dulu. bila da amik keputusan untuk pegi ke cinta kedua, stay la kat situ. kecuali kalau cinta kedua tak ok n ada peluang untuk kembali ke cinta pertama.... tapi bak kata orang ia umpama menarik rambut dalam tepung... tepung jangan sampai berselerak, tangan pun jangan sampai comot... kat step ni, banyak hati kena jaga.... sometimes ada gak yang sampai terjadi kisah tragis... ni plot citer lagu ni... entah lah.... sedih tak kalau korang jadi sandaran jer... umpama da jumpa gading betuah , tanduk da tak guna lagi.... kalau aku, sampai mati pun aku tak ampunkan..... hohphohoh ni zalim punya hukuman ni... hihihih...

apa yang aku nak share kat sini, cinta memang mengelirukan, but look at this renungan...

Renungan bersama….

“Jika ada sesiapa meminta cintamu,
katakanlah cintamu hanya pd Allah.
Jika ada sesiapa menangih cintamu,
katakanlah rindumu hanya utk Rasulullah.
Jika ada sesiapa yg mengharapkan kasihmu,
katakanlah kasihmu hanya pd ibubapa,
Jika ada sesiapa mendambakan keikhlasanmu,
BERIKANLAH KEIKHLASAN MU HANYA PADA ORANG YG BENAR-BENAR MENGHARGAINYA……”


Insya Allah, kalau kita masih berpegang pada-Nya, pasti ada jalan untuk setiap permasalahan......




KENAPA AKU DIUJI ?

” Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

” ….. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ”

-Surah Al-Baqarah ayat 216-

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286-

RASA KECEWA ??

” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. ”

-Surah Al-Imran ayat 139-

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

” Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ”

-Surah Al-Imran ayat 200-

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ”

-Surah Al-Baqarah ayat 45-
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ….. ”
-Surah At-Taubah ayat 111-

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

” ….. Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung. ”

-Surah At-Taubah ayat 129-

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

” ….. dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ”

-Surah Yusof ayat 87-

Semoga segala persoalan, kekecewaan, kesedihan, dan rintihan yang melanda hati dan sanubari terubat dengan janji-janji Allah. Sesungguhnya Al-Quran adalah penawar kepada segala permasalahan, dan panduan seluruh makhluk di alam semester……… Semoga Allah memberkati manusia yang mengalamkannya dunia dan akhirat….

Rasulullah saw bersabda….
“Cintailah kekasihmu secara sederhana, barangkali suatu hari nanti dia akan menjadi orang yg paling kamu benci. Bencilah org yg tdk kamu sukai secara sederhana, barangkali suatu hari nanti dia akan menjadi kekasihmu kelak”
(Riwayat at-Tarmizi)

Daripada Abu Said r.a. Sabda Rasulullah saw….

“Org2 yg saling menyintai akan melihat bilik2nya disyurga sedemikian indahnya laksana bintang yg cemerlang disebelah timur dan barat,”para sahabat bertanya: siapakah mereka?”"Jwb Rasulullah: org2 yg saling menyintai kerana Allah”
(riwayat Imam Ahmad

Jumaat, 12 September 2008

Harapan Ramadhan....

sebenarnya, aku tak berkesempatan untuk mencoret kata2 indah sejak puasa ni. maklumlah, bila ahli keluarga da tambah sorg, bermakna masa aku pun kena bagi sama rata. sometimes pun ada gak senget sebelah. ye a, first baby, tentulah aku lebihkan kat baby. hem, lagi2 sejak dua menjak ni, amar da mula meniarap guling2. aku kena la selalu perati. kang salah urat ke apa ke aku gak yang kena. dalam banyak2 bulan, bulan ramadhan la aku paling tunggu. pada aku kat situ la segala nya bermula. tak taulah tapi pada aku time ni la saat paling shahdu sekali. dulu masa aku masih bujang, selalu gak la stay lepas sahur. duk kat tepi tingkap ngelamun sendiri. ada gak la muhasabah diri, kenang balik benda2 yang kita dah buat dulu... kalau tak percaya some times kita akan rasa rugi sangat dengan masa yang kita da abaikan dulu. sedangkan setiap saat, minit dan jam itu ada ruang untuk kita memperbaiki diri dan keadaan kita.
sesekali lepas solat subuh, kalau rajin bacalah sehelai o satu muka surat ayat Al-Quran kita akan terasa menusuk kat hati... lepas tu duduk bersila sambil bertafakur sendiri. time ni la pun kalau nak pasang azam ke impian ke. kadang2 idea tu datang tanpa kita duga. sebab tu lah tak di galakkan tidur balik selepsa sembahyang subuh. menjauhkan rezeki katanya....

selain tu, time ni kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal kita. sebenarnya mula2 memanglah berat jer kaki nak melangkah. ye lah benda yang baik memang susah sket... tapi lama kelamaan kita akan jadi terbiasa. memperbanyakkan zikir, mengingati Allah dan bersolat sunat. paling baik kita solat berjemaah. kalau dapat memang cantik...

untuk berzikir, paling mudah. kalau selama ni kita kalau melatah selalu sebut ' opocot!' , 'oh mak kau!' or anything else, kan lebih elok kalau melatah tu kita sebut ya Allah, Subhanallah, Allahu Akbar ke apa ker... itu semua menambahkan point pahala kita. waktu kita menguap, kenyang, sendawa, or apa jer perbuatan kita ucapan paling simple tapi besar ertinya... 'Bismillahirrahmanirrahim'... susah ke kita nak amalkan itu semua... even kalau ada anak kecil yang kena selalu dodoikan ke apa ker.... kalau sebelum ni selalu guna lagu inggeris ke lagu katak lompat ke nak bagi baby tidor... cuba tukar jadikan 'La illa ha illallah' kalau nak sedap lagu2 kan... insya allah selain jiwa kita tenang, baby pun aman... ada gak zikir yang sedap aku panggil zikir Ust badrul amin... memang best zikir ni... ' subhanallah wal hamdulillah, wa la illa ha illa Allah wa llahu Akbar.... kalau nak tau zikir ni di ajarkan oleh Rasulullah kepada puterinya Fatimah az-zahra sewaktu puterinya mengadu kepenatan setiap kali melakukan kerja rumah sehingga ingin mengambil seorang pembantu... tujuannya untuk mengurangkan kepenatan kita dalam menguruskan hal rumahtangga...

hem.... apa kata kalau yang rajin buat lauk sahur o bangun sahur tu, sesekali singgah jap di sejadah untuk lakukan solat sunat hajat o tahajjud... bukan apa, sepanjang tahun cuma bulan ramadhan jer yang akan wat kita terjaga awal dari biasa. ( untuk yang rajin bersahur la). bukan apa, sometimes kita tak sedar hikmah yang berlaku sepanjang perjalanan hidup kita. setiap kali kita di duga, pastinya tak banyak skit kita akan mengeluh juga. bukankah lebih elok keluhan itu diperdengarkan pada Allah. bukankah dia Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui. kesyahduan bulan ramadhan ini kalau diperkuatkan dengan amalan sesimple ini, bukan sahaja menambah keberkatan tapi juga boleh menginsafkan kita dengan dosa2 kita yang lalu....

untuk para suami o isteri time ni ada keberkatan yang berpanjangan. cuba2 lah untuk berdamai jika ada yang bertengkar o berselisih faham. kerana pahala orang yang berkahwin ni berpanjangan.. contohnya, kalau si suami membeli kan lauk o makanan untuk anak dan isteri makan untuk berbuka dan bersahur, lain pahalanya, memberi kegembiraan kepada isteri o anak2 sebagai hadiah seperti baju raya o peraltan raya, lain pula pahalanya.... kerana dengan rezeki yang di cari sepanjang dia bekerja dihabiskan untuk beramal untk kegunaan keluarganya. apatah lagi bila rezeki yang sedikit itu menjadikan anak dan isteri semakin sihat dan bahagia... Masya Allah besar ganjaran yang diberikan Allah untuk si suami... Insya Allah...

untuk para isteri pula, memasakkan anak dan suami waktu berbuka dan bersahur pun besar ganjaran pahalanya..even kadang2 time 'merdeka' pun kena bangun untuk siapkan makan untk sahur. walaupun kadangkala bagai nak pecah pikir apa juadah yang best utk berbuka ni. ye lah kadang2 bila anak ramai selera pun berbagai2. masing2 nak lauk favourite diorang.... hem, time ni pandai2 lah. perasan tak, time ni memang banyak betul permintaan kaum isteri... hehehe.... contohnya, nak langsir baru, perabot baru, dapur baru o anything baru.. maklumlah raya nak dekat... alasan bila saudara mara datang malu tengok semua tak bertukar... tak salah berbelanja besar tapi kalau boleh biarlah ikut kemampuan suami. lainlah kalau awak bekerja. of course suami tak kesah. tapi kalau sekadar suri rumah, semua benda ni boleh adjust kalau kita pandai merancang perbelanjaan. takkan lah time posa jer baru nak beli?. kan ke lebih elok segala perancangan untuk raya di lakukan beberapa bulan sebelumnya.... jadi tak delah poket suami kosong time raya nanti... simpati isteri untuk suami akan membuatkan suami sayang pada isteri... Insya Allah....

sebenarnya, apa jua perbuatan yang elok dapat menambahkan pahala di bulan ramadhan ni. maklumlah beramal di bulan ramadhan ni ganjarannya memang luar biasa banyaknya. asalkan rukun islam di penuhi Insya Allah, semuanya di tanggung beres... lagipun aku bukanlah orang yang layak untuk menceritakan ganjran dan pahala kerana apa yang aku cuba sampaikan beramal dalam kadar pengetahuan kita yang tak banyk ni. apa pun amalkan la konsep berfikir sbelum buat... bukan sahaja membtaskan perlakuan kita tapi kita akan jadi lebih berhati2... kat sini aku letakkan lagu faveret aku time2 posa ni..


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Selasa, 9 September 2008

tempoyak mak mertua.....

tempoyak mak mertua.....



nak raya ni aku teringat cerita cerekarama kat tv3, 'rendang untuk mertua'. tapi kisah aku ni bukan itu tapi tempoyak mak mertua. hem, kisah ni terjadi di awal perkenalan aku ngan hubby aku. antara aku n hubby, aku yang mula usik hati dia dulu. bukan apa, ada sometink yang aku suka kat dia dan aku rasa aku takkan jumpa kat org lain lpas ni. so, apa salahnya aku mulakan dulukan. lantak la orang nak kata perigi cari timba ke apa ker? peduli apa kan? lagipun sekarang ni org dah tak guna perigi2 ni... ramai da ada paip kat umah... selaras dengan peredaran zaman, aku pun selamber derk je memecahkan tradisi tu. alhamdulillah.... kasih bersambut.
selang beberapa bulan aku dipertemukan dengan kedua orang tuanya. masa tu abah masih ada lagi... hem, baru aku tau, dia ni orang minang. kiranya jawa bertemu minang la. cerita- cerita punya cerita sampai bab memasak. aku biasalah, bab memasak ni aku kurang sket. aku lebih kat buat2 kek ke biskut ke. so aku perati je mak dia masak. tolong pun stakat potong2 bawang ke lada ke apa ke.... mungkin kebanyakan orang tak terkejut kot. tapi bagi aku itu memang satu kejutan bagi aku.
  • kalau nak masak ikan o apa2 pun, kalau aku biasanya aku terus jer tumis ikan tu. tapi diorang ni goreng dulu sekejap pastu baru masak. contohnya ikan pari masak asam pedas ke.. kalau aku da siang n cuci tu terus jer masak. tapi diorang goreng skejap ikan tu pastu baru masak...
  • aku apa2 pun mesti ada bawang kecik. tapi diorang ni semua guna bawang besar
  • kalau masak sardin, kalau aku memang terus jer masuk kat kuali o di makan begitu sahaja bersama lempeng o roti. tapi diorang ni, sardin tu kena goreng dulu baru la masak.
  • kalau petai plak, dioarang makan dengan kulit2nya sekali. caranya diorang potong petai tu serong besama kulit n rebus. n then diorang nak masak tempoyak ke apa ke....
  • kalau aku masak lemak, mesti tumis dulu rencah tu. tapi diorang ni rebus santan tu n then letakkan bahan rencah tu kemudian.
  • yang ni aku suka. diorang punya favourite resepi tempoyak ikan bilis. aku ni makan kira milih gak a. first tu tak minat makan tempoyak n ikan bilis ni. tapi bila kita di hidangkan lauk tempoyak ikan bilis dan sambal petai. aku lebih rela memilih tempoyak ikan bilis dari sambal petai. coz a ku tak makan petai....
adala beberapa kali aku datang umah family hubby aku ni sebelum kami kawin. tu lah menu yang mesti ada. aku pun terpikir apa lah syoknya 'tempoyak ikan bilis' ni. sampaikan kak long 'kakak ipar' aku bila balik kg jer mesti suh mak metua aku wat. paling best dia suh wat pedas2. kira lama gak la aku nak terima menu ni kat tekak aku. bila da kawin, baru aku tau hubby aku suka sangat dengan menu ni. kadang bila datang jer mesti siap bekal buat balik lagi. aku pun start la belajar. berulang2 kali aku tanya mak metua aku pasal bahan2 nak masak ni. kat sini aku boleh kongsikan. tapi kalau ada yang dah tau tak perlah mungkin ada tambah2 ker....

bahan2:
seulas bawang besar
kunyit sebesar ibu jari
serai di titik
lada cili ikut rasa
ikan bilis da siap buang isi
tempoyak


cara:
ikan bilis tu di goreng sekejap. tapi jangan sampai garing...
blender semua bahan di atas kecuali ikan bilis n serai.
da tu tumis semua bahan yang di blender tadi. masukkan sedikit garam n ajinamoto kalau suka. pastu masukkan serai tadi tunggu sampai lada tadi masak betul. masukkan tempoyak yang da dicampur dengan air untuk mencairkannnya. kacau2 n then last sekali masukkan ikan bilis...da siap boleh hidang. enak di makan bersama nasi o wat cicah roti ke ....

ada berani nak cuba. cubalah.... kadang2 bila lama tak balik umah mak metua aku, rindu gak dengan tempoyak dia ni.. iya lah air tangan orang tua lagi terasa enaknya....

apa pun, aku ucapkan thanks to my mom... selamat mencuba... walaupun aku tak tau nak amik ati mak metua aku, tapi aku sayang dia.... macam mak aku sendiri. selamat mencuba.....