Memaparkan catatan dengan label sekadar renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekadar renungan. Papar semua catatan

Rabu, 24 Jun 2009

mimpi Nabi Muhammad

MIMPI NABI MUHAMMAD SAW.

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan sebelum aku di Israqkan".

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil

nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA

IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG

SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syai tan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan

berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan

dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu

datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas..

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang

dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambi l ke kumpulanku seraya duduk

disebelahku .

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkan nya dari kegelapan kepada
tempat yang terang - benderang.

8. Aku mel ihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah

SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar

menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS

KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Hargailah isteri anda....

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah para suami yang tidak

tahu menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah seburuk mana isteri anda,

sayangilah mereka, didiklah mereka..



Alangkah beruntungnya seorang wanita yang ada rahim kerana dia bekerja untuk Allah swt .. jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi

cuti bergaji penuh....7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..Dan bagi Si suami

janganlah berebut dengan anak untuk menyusu pulak…Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu... layanlah suami..."offer" lah pada suami, Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat dee kkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan

suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. .

ganjaran Alah ke atasnya jua...

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi

pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi

di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung

ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah

rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

”Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was

made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him. “

"Wahai Tuhan... aku tidtak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah... jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam yang

masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,

pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah',

kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" sebanyak mungkin, kemudian fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang

muslim yang lain. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini.

Jumaat, 28 November 2008

hj Tee pu

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya Bernama Hj.Teepo.

Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak

dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan

mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini,

tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat.



“Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.



"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.



"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.



Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik,



"Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak

sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.



"Bang", bisiknya perlahan.



"Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"



Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,



"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang

sedih Hj.Teepo bersuara,



"Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain

buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.



"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.



"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi.

Jadi selamatlah abang...."



"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.









P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik

le iktibar

Rabu, 26 November 2008

Al-Quran dan Kereta sport

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup
cemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah
kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. .dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka
hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. ..sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. ...

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh...

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 hari...telefonnya berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan
semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan
banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya... al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ .......mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari
al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera
kesayanganku. ...air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana
nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati???
wallahu'alam

Selasa, 25 November 2008

kisah si penjual tempe

agak lama aku mencari kisah ini. dulu aku penah terbaca dan siap print lagi. tapi entah caner, semua tu hilang bila aku sering berpindah tempat. kisah ni pada aku bagus untuk kongsi ngan para bloggers. sebab first time aku baca dulu last sekali aku termenung. nak tau naper? baca kisah ni sampai abis....

ASSALAMUALAIKUM. ..

bagus kisah nih..bacalah. .sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin

moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, hanya separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan
firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,
Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengkabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati
yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.
Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral dari kisah di atas:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat (",) ....

wasiat buat isteri tersayang

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG... ..

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarha m adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful.... . she got the forgiveness from her husband-

Isnin, 17 November 2008

40 dalil lelaki yang tak layak bergelar suami

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak
bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu.
Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan
dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri
selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal
wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak
pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3
bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang
bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan
berhias cantik.
Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju
perempuan.
Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan
kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas
pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana
rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit
saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur
semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,
belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar
lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun
sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana
suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak
dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana
saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja
bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak
beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.
Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks
sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga
apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan
seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin
dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik
sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka
si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos
saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan
kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan
puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat
bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa
untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan
3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x
seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang
sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk
belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain
baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik,
suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan
merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang
kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik
kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya
perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-
10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg
mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti
cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak
pergi 'bersangkak'.

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia
berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas
saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah
rumah kami dibaling
tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3
isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu
arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal
arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti.
Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan
sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling
barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit
berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa?
Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang
kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya
kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan
kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan
hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak
orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya.
Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai
kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.
Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa
saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya
melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai.
Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar
hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap.
Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga.
Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari
pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan
kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak.
Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam
kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun
beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang
bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki
kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri
hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang
masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu
sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas
bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.
Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan
seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' .
Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm
tiada isteri lain.

p/s: kisah di atas tiada kena mengena sama ada yang hidup atau pun yang mati. namun apa pun minta maaf dahulu....