Khamis, 7 Ogos 2008

kisah Ammar

Kisah Ammar


bila dah ada baby ni, fikiran semua kat baby. Sampaikan hubby pun da jadi no 2. bangun tido jer ingat Ammar, nak makan pun ingat Ammar, nak mandi ingat Ammar sampaikan nak tido pun ingat Ammar.... bak kata semuanya demi Ammar. Tak dapat bayangkan kalau hidup ni takde Ammar. Kadang tu kalau dah penat sangat, termarah gak bila dia susah sangat nak tido bila da sampai time tido dia... tapi after that menyesal.... terutama bila lepas je termarah tu tup-tup dia terus tido. Hati berdetak gak... kot la ada pape ke.... siap rasa lagi nafas dia, pegang tangan dia sejuk ke tak... tapi tu lah baby.. umpama kain putih... bangun jer dari tido, dia tak pandai nak marah cam kita orang besar.... mesti senyum.... jarang2 dia nangis. Manalah hati yang terbakar tak sejuk serta merta. Semuanya demi Ammar.

Aku ngan hubby aku bercinta tak lama. Lebih kurang 2 thun. Dalam masa 2 tahun tu gak la sesi merisik dan bertunang terus nikah. Walaupun perkenalan tu agak singkat tapi banyak gak dugaan. Tapi Alhamdulillah.... dapat kami atasi hingga ke saat paling penting time nikah. Selang 3 bulan aku di sahkan mengandung. Dalam hati rasa takut sangat. Boleh ke aku jadi mama ni? Kira gangguan emosi time tu teruk gak la. Sket2 nak merajuk, sometimes kunci diri dalam bilik. Nasib baik hubby aku jenis penyabar gak a. biarpun masa couple dulu tak de la sesabar ni. Tapi time kasih la kat hubby cayang. Semuanya demi Ammar.....

Tup-tup dah dekat nak bersalin dah... kira dah masuk 9 bulan la. Entah cane hubby balik mengadu semua orang cakap dia macam kena kuning, coz pucat semacam. Dek kerana takut punya pasal dia terus chek gi klinik Dr. Rosli. Ahai! Doktor tu pun kata dia pucat cam mayat. Eh! Cane aku bini dia leh tak perasan eks? Sian tul hubby aku... doktor tu bagi tarikh sekian2 hari bulan untuk jumpa doktor yang betul2 expert bab tu. Datang hari tu, terus amik darah gitu gini semua. Seminggu gak la nak tunggu result. Hati aku ntah caner. Macam2 dah pikir. But tak lupa doa agar semua urusan dipermudahkan.

Seminggu gak la tunggu result, last-last kena gi DEMC untuk wat susulan check up. Dengan aku yang tengah tunggu hari nak bersalin, teman gak hubby gi sana sini. Sampai sana tup-tup doktor kata suh masuk wad. Coz tahap darah terlalu rendah. 4.5 lebih rendah dari tahap manusia biasa. Ikut kata doktor, bukan calang-calang orang leh hidup ngan tahap darah serendah itu. Ada kes dah terbaring dah.... Nauzubillah.... Alhamdulillah, kira hubby aku masih dilindungi Allah. But dia tak boleh elak untuk masuk wad before anything happens. Diorang kena tambah balik darah yang banyak terkurang tu. Diorang cakap 2 hari jer msuk darah. Tapi tak....4 hari gak la... siap dengan masuk kamera dalam badan utk chek punca. Aku? Disebab hubby risau sangat kat aku. Dia suh aku duk teman dia kat sana. So anything happen dah memang ada kat situ. Nak tumpang umah mak pak, jauh kat johor, mustahil hubby nak bg aku balik dengan keadaan cam tu. Nak tumpang umah mak mertua, hati aku plak pikir dia kat spital. Last2 memang aku duk situ. Lagi puas hati.

Bila semua selesai kami balik ari khamis tu. Penatnya badan hanya Tuhan jer yang tahu. Ye lah dalam keadaan cam tu, tidur caner pun tak selesa. Lagi la duk kat spital manalah leh tido sangat. Kengkawan dah ramai cakap “ Ai! Bini kau yang mengandung ko yang masuk spital? Entah2 lepas ko dia plak....” Kami cuma tersenyum. Dugaan Tuhan, kami terima dengan redha. Masin mulut diorang, besok paginya bangun dari tidur da mula kluar tanda darah. Tapi tak sakit. Aku tak tau sama ada nak gi hospital ke tak. Tebalkan muka tanya gak jiran sebelah. Yelah chek semalam dah buka 2.5 cm (sebelum balik dari spital). Doktor cakap may be Isnin baru bersalin. Tapi demi nak kepastian kami gagahkan gak g hospital. Dengan hubby aku belum ada lesen aku la terpaksa drive. Masa tu tak tpk langsung nak tepon teksi. Tanpa disedari sebenarnya lesen aku pun dah mati ( masa pantang baru perasan). Sampai sana chek jantung baby. Diorang cakap memang ada kontraksion tapi masih awal lagi. Bukan hari ni. Baik je nurse tu pergi, air ketuban dah pecah... terus masuk labour room. Patutnya aku bersalin normal but disebabkan uri dah lekang terpaksa operation. Masa tu piki mati jer.... takut tau nak bersalin.

Tepat 6.16 ptang aku bersalin maka lahirlah baby Ammar. Macam tak percaya hari tu aku dah jadi mama. Nangis dia kuat betul macam marah sangat kuar dari perut. Saat itu aku dah mula rindu nak tatap muka dia. Ya dia lah yang ku ada setakat ni. Semua kasih sayang aku curahkan padanya. Biarpun sifat keibuan aku kurang but demi Ammar aku cuba. Ya hidup untuk belajar kan.... menjaga Ammar umpama aku belajar ABC... semuanya dilakukan berperingkat. Terima kasih untuk Hubbyku cayang kerana curahan kasih yang tak berkesudahn.. dan kini, Muammar Waffiyuddin Ghazi berada dalam dakapan ku dalam lena...

Selasa, 5 Ogos 2008

Udang Sweet Sour

500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

METHODS:


1.������ Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2.������ Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.

3.������ Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

4.������ Masukkan juga cili potong dan gula.

5.������ Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.

6.������ Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

caramel gula hangus

5 biji telur... ... 5 sudu mkn gula... ..satu cawan susu cair... ... 1/2 cawan air... ...
utk gula hangus... .panaskan atas api 5 sudu mkn gula sampai hangus(jgn la smpai hitam lak!kang pahit

cara2 nya... ..
masukkan telur dan gula dlm bekas... ..pukul sampai kembang(mcm pukul telur utk wat baulu)
then masukkan susu cair dan air... ..pukul lagi sampai sebati.
dah tu... ..gula hangus td masukkan dlm talam.last sekali tuangkan telur pukul tadi atas gula hangus tu...
kukus selama 15 minit or hingga keras... .

kek basah cokelat

Bahan2

3/4 cawan cokelat chip
1 ketul unsalted butter, kalau x ade..guna aje butter yang ade
2 biji telur bersaiz besar
Gula kastor - 3 sudu besar, kalau nak kurangkan manis... .kurangkan
1/2 cawan cokelat chip putih
3 sudu tepung serba guna (paling senang guna aje tepung gandum)
2 beg holick (yang dijual biji2 kat pasaraya tur ler..sorry lupa namanye - guna yang putih)
1 bar cokelat masak)

Caranye...

1. Cairkan cokelat bar dgn butter dgn cara double boil 2. Gula dan telur di pukul hingga kembang 3. masukkan tepung - di gaul hingga rata 4. Masuk cairan cokelat tadi di gaul hingga rata 5. Masukkan cokelat chip putih/ cokelat chip dan holick tadi... 6. Masukkan dlm cawan atau loyang kalau x ade cawan yg tahan kena bakar ler 7. sebelum kena panaskan over lebih kurang 5 - 10 min pd tahap 150 - 180 8. Masukkan adunan tadi dan bakar lebih kurang 20 minit... . 9. Keluarkan dan hidangkan... .

Cara memakannye...

1. Cokelat ini isinye basah... ..so hati hati bila memakannye... panas gila... .

2. kalau x habis..simpan dlm peti ais, boleh diulang makan... ..

puding Roti cCoklat

Bahan bahan:
1) 1 buku kecil roti
2) 1 liter susu coklat kotak
3) 3 sudu makan gula perang
4) 2 biji telur (pukul)
5) 1 sudu makan mentega cair
6) 1 sudu teh esen vanilla
7) 50 gram coklat urai
8) 50 gram coklat cair

Cara :

1) Potong roti pada saiz kecil.
2) Gaul rata susu dengan mentega cair, gula dan telur.
3) Masukkan roti dan rendam selama 1 jam.
4) Masukkan coklat urai dan gaul rata.
5) Sapu rata mentega pada loyang. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°c selama 1 jam.
6) Sejukkan dan tuang rata permukaan dengan coklat cair. Potong kecil dan hidangkan.

Sedia untuk dihidangkan.Selamat menjamu selera

tanggungjawab isteri

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti di bawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami : Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami : Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami : Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami : Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami : Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak : Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain,suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan : Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya terus masuk syurga.



Petua MAkanan untuk Cerdik

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori