Khamis, 4 Disember 2008

birthday hubby and wkt 2425




first aku nak ucapkan happy belated birthday kat my hubby. malam tadi sempurnalah sudah suprise party untuk dia. takdela wat besar2 just jemput member kami yang paling rpat iaitu rozi & family. pada aku biarpun ia majlis yang simple tapi itu lah saja yang aku mampu buat untuk tunjukkan kat dia, sayang aku tak pernah berubah pada dia. hehehe... jiwang karat plak dah...:)

so semalam adalah hari yang paling sibuk untuk aku. pada mulanya agak sukar juga nak buat. ye la nak shopping barang2 tu semua bukan senang. mujurlah ada adik ku sudi datang n temankan shopping yang kebetulan nak minta tolong aku pos kan surat dia. hem, apa lagi, bila da berteman langkah panjang la. so, awal2 aku da tepon rozi nak wat suprise party kat dia. dengan langkah excitednya, seperti biasa bila aku yang drive ammar mestilah mak ngah dia yang pegang. habis je pos surat aku terus turun ke shah alam untuk beli kek. sebelum tu aku dah bagitau kat hubby nak kuar jap. sebab aku tak biasa la kuar tak bagitau. apa2 aku mesti bagitau sebab manalah tau kat tengah jalan ada apa-apa ke. senang sket.... lagi satu kan ke setiap isteri yang nak kuar rumah kena bagitau suami....?

sempat lagi aku singgah di office hubby. hem lama tak lepak sana. sejak aku bersalinkan amar, banyak aktiviti lama agak terbatas. itu semua kerana masa yang ada banyak ku tumpukan untuk membesarkan ammar. biarpun penat sesekali terasa tapi aku puas. hem, sampai sana sempatlah aku melampiaskan rasa mengidam aku kat kue teow hongkong. fuh, memang sedap tak terkata. aku cakap cam ni sebab aku tak pandai buat. hehehe....

abis lepak semua tu aku terus balik dan singgah jap beli barang untuk masak makan malam nanti. menu yang aku rancang mi hun sup tapi tak jadi. tiba2 aku nak wat mihun bandung.nak tau resepi? aku beli yang perencah siap je. tinggal masuk bahan2 biasa je.

ok nak story sket, semasa dalam perjalanan balik tu aku telah mengalami sket accident. ceritanya begini. jalan tu memang dua line. so bila time nak jadi satu line so kereta2 kena la paham kalau ada kereta yang menghimpit o signal nak masuk. so kenala bagi laluan. bak kata orang bertolak ansur di jalan raya. tak der ruginya. untuk keselamatan bersama gak. aku pun cam tu gak. bila jalan da jadi satu line aku pun bersedia la nak menyelit. takkan aku nak wat bodoh. so belakang aku tu ada van putih. aku tengok ada kosong banyak so aku pun menyelit la. so tak salah kan? aku bukan reti cam sesetegnah orang main pancung2. aku suka tunggu kalau ada kosong baru aku masuk. o tak pun bagi signal nak masuk. entah cane, ada sorang pakcik yang tak sporting ni boleh angin satu badan bila aku mencelah. ini bermaksud dia kat belakang aku. pakcik ni merujuk van putih berno flat WKT 2425 nilah. boleh plak jalan tengah sesak dengan selamba bangangnya dia memotong ke kanan yang mana kereta yang bertentangan arah memang tengah banyak. aku memang tak perasan sebab aku rasa benda tu berlaku sekelip mata jer. aku terkejut bila cermin sisi sebelah aku drive terlipat ke dalam. sebab kuat kan? aku terus menjerit dan serta merta stereng aku ikut melayang sedikit ke kiri. masa tu aku terus hon. bukan apa, pakcik yang akal pendek tu sebenarnya bukan saja membahayakan aku tapi baby ammar, adikku dan pemandu2 lain. terus mataku menatap ammar. takut2 kalau dia terantuk ke cermin. mujur dia tidur lena di pangkuan adikku. dan adikku pula memaut rapat ammar ke dada.

saat itu, menggigil seluruh tubuh tak terkata. dan yang teruknya pakcik ni tak rasa serba salah plak tu. bukan ku tak nak kejar, tapi aku teringat bermacam2 kes yang berlaku sebelum2 ni. langgar kereta o apa2 di jadikan alasan utnuk diorang melakukan jenayah. yelah sedangkan nenek yang da tak de gigi pun diorang bernafsu.... kalau nak samun aku pun tak d er la. duit kat tangan cuma rm5 je. mungkin paling berharga pun ammar. huh.... masa tu aku pikir biarlah kereta yang rosak ke apa janji nyawa penumpang yang aku bawa semua selamat. yelah kereta rosak boleh perbaik. nyawa? mana nak cari woooooo! so, ko kena hafal flat ni van putih WKT 2425. hati2 bila memandu.

rupanya suprise party yang kusangka mengembirakan hati hubbyku rupanya hanya seketika. bila je dia tau kereta calar, terus muka dia jadi bulan senyum terbalik! al maklumlah, kereta tu first harta paling berharga dia ada. masuk ni,kali ke dua aku rosakkan keta dia. da tu baru nak masuk 2 tahun usia keta tu dan tak abis bayar lagi pun. itupun sebab tak nak spoilt kan rasa gumbira di hati nya aku cakap benda tu bila dia da betul2 relaks and happy. so maknanya tengah malam la.......

so pada hubby ku sayang, maafla.... memang tak leh wat per... tapi sanggup cancel nak beli mesin jahit untuk bayar ganti rugi cat balik keta yang dah tercalar tu. sorry.....suprise party tu bukan untuk ambik hati tapi sebelum tu lagi da rancang awl2. tak sangka pulak dalam gumbira ada berita sedih. hish....spoilt betul la.. semalam memang betul2 hari yang spoilt....

Jumaat, 28 November 2008

khasiat surah2

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat
kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat ?Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"

Info yang bagus

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...

hj Tee pu

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya Bernama Hj.Teepo.

Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak

dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan

mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini,

tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat.



“Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.



"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.



"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.



Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik,



"Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak

sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.



"Bang", bisiknya perlahan.



"Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"



Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,



"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang

sedih Hj.Teepo bersuara,



"Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain

buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.



"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.



"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi.

Jadi selamatlah abang...."



"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.









P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik

le iktibar

aku yang stress

baru2 ni aku memang stress. susahnya jadi aku. entah tak tau aku nak luah kat sapa. rasanya aku kat tengah2 kot. tak tau nak citer start dari mana. mungkin dari sini ok kot.

si A merupakan seorang remaja perempuan berusia 24tahun. mempunyai perawakan yang ceria, lincah dan pintar. mempunyai jawatan yang ok juga sebagai PA kepada seorang bosss di syarikat semi gov. sebelum ni dia bekerja di sebuah syarikat minyak di tengah map m'sia dan mempunyai gaji yang agak mewah juga dan kira sudah puas travel di serata tempat di dalam usia semuda itu. berbekalkan wajah yang ku kira manis telah menambat hati seorang jejaka yang juga bekerja di tempat yang sama cuma berlainan department jer. malangnya setelah agak lama menjalin cinta rupanya si jejaka itu telah terikat dengan cinta yang berusia 7 tahun lamanya bersama gadis lain. silap si A ke dia hadir saat itu? jejaka itu pula takkan mungkin meninggalkan si gadis 7 tahun itu dan sukar pula untuk membiarkan cinta yang baru berputik antara dia dan si A. janji yang terikat selama 7 tahun termeterai akhirnya dengan sebuah perkahwinan. dan si A berbekalkan hati yang hancur luluh terpaksa redha. harapan lain pula menjelma apabila si jejaka mahu melamarnya untuk menjadi isteri kedua. dan si A terima. adakah si A penghancur rumah tangga si jejaka dan si gadis 7 tahun?

saat si gadis mengandung 8 bulan barulah dia tahu rupanya ada insan lain di hati suaminya. dengan keadaan tidak bermaya semua itu merebahkan hati dan dirinya. tidak tahu dia hendk mengadu ngan sapa. haruskah dia menyalahkan si gadis A seorang? sedangkan suaminya juga menabur janji?

keluarga si A tidak dapat terima hakikat yang si A akan memilih jejaka itu sebagai pasangan hidupnya. bukan sahaja di anggap sebagai penghancur rumah tangga orang, tapi juga di anggap menconteng arang di muka setiap ahli keluarga itu. walaupun hakikatnya hubungan itu di akhiri dengan pernikahan sekaligus memadamkan gossip dan menghalalkan hubungan terlarang selama ini, namun itu semua sukar. malah ku yakin tidak semua perempuan sanggup terima keadaan manis nya madu. salah seorang keluarga si A telah memulaukan si A. dia tidak sanggup menjadi wali kepada si A, malah tidak akan hadir pada majlis perkahwinannya, dan tidak akan ada majlis bersanding. tentu dia kecewa....

si A tinggal bersama salah seorang ahli keluarganya. memakai kenderaan ahli keluarganya sementara dia dapat rumah sewa yang terdekat dengan tempat kerjanya sekarang... namun itu semuua agak sukar memandangkan rumah yang terdekat mahal sewanya dan tidak memenuhi seleranya. sejak ahli keluarganya tahu mengenai berita itu hatinya agak panas. di sangkanya hati si A telah berubah sejak berhenti dari syarikat minya itu. rupanya tidak

si A ni pun, adat meminjam kenala paham. selalu saja minyak kenderaan berkelip2 minta di isi. sedgkan ahli keluarganya yang sorang ni bukanlah bergaji besar sangat. baru saja nak memulakan hidup sebagai seorang bapa dan suami. pasti itu semua memerlukan kepakaran. dengan gaji yang tak seberapa dia sendiri berjimat dengan menaiki kenderaan beroda dua saja ke tempat kerja. biarlah berhujan dan berpanas namun poket selamat untuk kecemasan. marah dan geram pada si A di biarkan saja.

sampai satu saat baby kesayangan ahli keluarganya ni demam panas. malam sudah mencecah ke pagi... tengah kepala berserabut memikirkan klinik yang buka 24jam kereta berkelip2 minta di isi. cukup sudah tahap kesabarannya selama ini. keputusannya sampai minggu ni je kereta dia bagi pinjam. pasti itu mengecewakan si A. dan aku? bersubahatkah aku? sedangkan sudah banyak alasan cuba ku beri kepada ahli keluarganya utnuk terus bersabar dengan harapan Si A akan berubah juga akhirnya. aku memang berharap aku mampu mengubah kelincahan si A. kerana ku tahu setiap manusia tak lari dari kesilapan. cuma berilah dia peluang utk berubah.

aku tak tahulah tapi kepala aku memang stress memikirkan si A, ahli keluarga dan aku. kalau dia adikku memang siap aku leterkan. tapi masalahnya dia hanyalah ahli keluarga yang ku tumpang sebagai adik....


bagaimana eks?

Rabu, 26 November 2008

Al-Quran dan Kereta sport

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup
cemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah
kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. .dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka
hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. ..sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. ...

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh...

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 hari...telefonnya berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan
semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan
banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya... al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ .......mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari
al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera
kesayanganku. ...air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana
nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati???
wallahu'alam

Selasa, 25 November 2008

kisahnya awan dania


rasanya citerni da masuk beberapa episod. tapi tak tau naper ada aura yang membuat aku tertarik menonton siri berkenaan hidup pramugari ni. mungkin kerana keberkesanan pelakon utama scha kot. atau pun aura lakonannya dalam bella terus mengajak aku untuk melihat lagi aksinya kali ini. mungkin di zaman bella dia seperti mulut murai tapi untuk awan dania kali ni dia ala-ala tomboy. serius aku cakap aksinya memang menjadi. sehinggakan aku tak kering gusi menonton setiap keletahnya yang bersahaja. syabas aku ucapkan untuk scha. mungkin dia masih baru dalam arena ni tapi untuk aksi bersahaja tu aku berikan 5 bintang. hehehe. mungkin juga tak apa kalau aku katakan aksi tomboynya memang menjadi berbanding lakonan erra dalam mertua vs menantu. but mungkin dia terpaksa kontrol bcoz dia mengandung kot....

kat sini bukan nak promote cite ni tapi aku rasa ia satu usaha yang baik yang sepatutnya di lakukan oleh setiap penerbit drama. seringkali kita di sajikan dengan kisah cinta, kehidupan dan paling tidak pun action di zaman kolej. bukan tak ok, tapi ia tak merangsang minda anak2 kita. ingat dulu masa aku kecik2 seringkali cikgu akan tanya kami. apa cita2 bila besar. masing2 jawab benda yang berulang. cikgu, doktor, polis, penyanyi o pelakon o yang pada aku jawatan tu semua biasa dengar la. pernah tak dengar diorang kata nak jadi pilot ker, bisnessman ala2 donald trump ker, majistret ke, peguam ke, arkitek ke.... semua tu aku kira pada zaman aku takde dengar la. ini sebab kita tak di dedahkan dengan pekerjaan tu semua.

apatahlagi dengan zaman dunia realiti ni, banyak sangat hiburan bercorak realiti. sehinggakan apa yang di sajikan turut mempengaruhi minda anak2. percaya tak, mereka dibuai dek fantasi realiti siti nurhaliza n mawi sehinggakan mereka malas nak belajar betul2. tapi ada tak kita terapkan mind bisness like fazley. penghibur yang berpendidikan tinggi? aku bukan nak kutuk diorang la, but apala salahnya kalau sesekali kita di sajikan cerita berkisar tentang dunia pekerjaan like awan dania. sebelum tu kalau sesiapa sedar, banyak cerita berkaitan dunia pekerjaan di dominasikan oleh Datuk Yusof Haslam. kalau korang tau cuba korang teka? ya, Gerak Khas and roda2 kuala lumpur. ni cerita polis dan polis trafik. atau mungkin yang biasa tengok cerita dari oversea, E.R, Nip n Tuck o american next top model.

bukan nak kata apa la. but aku rasa sudah tiba masanya kita melangkah ke alam realiti. bukan masanya kita nak bermadah cinta, dan buang tisu berhelai2 di panggung wayang. sesekali its ok but kalau da selalu, orang luar pun akan kata kita ni jiwang karat. takde cerita lain nak cerita. but untuk awan dania ni aku minat sama macam cerita gerak khas and roda2 kuala lumpur. kita kena sedar dari mimpi bahawa banyak yang kita tak tahu dari tahu. anak2 kita apatahlagi.... kita la yang kena sedarkan mereka, dunia pekerjaan bukan saja untuk glamour, kaya dan di kenali tapi dunia pekerjaan adalah salah satu cara untuk kita lebih mengenali dunia luar, orang di luar sana dan cara di luar sana.