Selasa, 29 Julai 2008

semua tentang cinta

Hidup ni tak seindah yang di sangka. Banyak benda yang aku dah capai, dan banyak juga yang aku masih ingin mencapai. Kenyataannya, aku tak pernah puas dengan apa yang ada.
sepanjang hidup ku, ku sudah puas menyinta, tapi tak pernah berbalas. mungkin kerana ku tak mampu untuk meluah, atau mungkin mereka yang tak terluah. dahulu, meluahkan ku kira satu pelanggaran adat sopan gadis melayu, cukup ku simpan dalam hati sehingga akhirnya dia ku biarkan berpaut pada gadis lain. puas ku tangiskan, puas ku sembunyikan identitiku dan akhirnya ku merana.... cukup lama. ku terpaku di suatu saat, berdiam diri bila dia yang ku cinta melayan hati gadis lain... akhirnya ku tahu, dia di miliki oleh orang yang ku kenali... saat itu, menangis air mata darah sekalipun tak berguna. aku yang penakut.. bukan ku takut untuk meluahkan, cuma aku takut aku di reject. kerna, diriku tak seanggun si dia yang di cinta. ku hanya gadis pingitan yang datang ke kota untuk mencari ilmu. dan.... siapa sangka hati terpaut dengan jejaka kota yang tak kurang hebat2 peminatnya.
entah bagaimana, perlahan2 dia kulupakan. dengki hati mula tertanam di jiwa. entah berapa ramai hati sudah ku permainkan jiwanya. sehingga akhirnya aku jatuh cinta sekali lagi.... dia biasa... dia simple... dia cukup relax....
cukup sudah pencarianku, apatahlagi, bila rasa diri cukup dihargai dan di sayangi. cukup sudah ku mencinta dahulu. cukup sudah ku menangis dahulu... kini biarkan dia melayani ku bak seorang puteri. kerana cintaku padamu cukup saja ku simpan di dalam hati... kerana ku tak mahu akhirnya aku yang terluka. biarpun kini kau bertakhta kukuh di hati dengan ikatan yang sah. cukup saja ku simpan cinta yang mendalam di hati.
demi amar, ku pertaruhkan jiwa dan raga untuk terus kekal bersama. demi cinta yang kian mendalam padamu. pada mereka2 yang pernah ku jatuh hati namun tak kesampaian luahan hati ini, semoga dikau berbahagia dengan apa2 jua yang kau lakukan...
ku di sini, sedang menikmati bahagia cinta anugerah dari-Nya yang cukup bernilai. terima kasih di atas setiap penolakan, caci maki dan umpat keji. kerana tanpa itu semua, tak mungkin aku temui bahagia ini..... terima kasih....