Khamis, 20 November 2008

resepi sihat untuk baby

diam tak diam umur amar da mencecah 7 bulan. sket masa lagi akan terus ke 8 bulan and seterusnya. em, dia sememangnya makin aktif hingga kadang tak terlayan dek karenahnya. pada aku, amar memang ok, jenis tak banyak ragam. semua ragam tu ada timenya. cuma 1 jer masalah dia. susah sangat nak makan. da macam2 aku buat. buat bubur nasi, letak macam2 pun pernah gak, bagi nestum pun sejak ada keta bulat ni kemain dia lari, bagi biskut yang khas untuk baby pun da gak. tapi tu semua susah sangat. kalau dia nak makan pun dua o tiga suap pastu terus tak nak. aku da pening. tapi yang heran badan tetap maintain montel. manalah dia dapat tu? ada gak aku tanya ngan mama2 yang lebih senior, dioarg cakap baby menyusu badan memang susah nak makan. iye ke? but i still trying...

ni adalah aku search kat internet resepi untuk baby n ada sket aku tanya kat member yang lebih senior. kalau resepi mak aku dulu masa kitorang baby tentunya nasi lembik yang di lenyek2 campur ngan gula pastu letak air kosong sket. huh! tengok je la kitorang sihat walafiat jer pun. tapi ye la kan, setiap ibu kan nak yang terbaik. so sajalah cari resepi yang best2. per? ingat orang dewasa jer ke yang nak makan sedap, budak kecik pun nak gak tau!

ok ni dia resepi baby:

Applesauce

1 buah apple merah manis.....buangkan kulit dan bijinya..potong ikut sesuka hati...

Masukkan ke dalam pot dan masukkan air...sekurang-kurang separuh drpd pot Biarkan ia mendidih and tutupkan api..Masukkan kedalam blender dengan sedikit air sahaje..dan kisarkan ia hingga
halus..jangan kisar dengan terlalu banyak air..Nanti ia jadi jus pulak...

So recipe ini sudah complete..boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hari saje...Kalu nak beri pada hari yang kedua...panaskan betul-betul..


Cereal Carrots & Sweet potato


1 biji lobak merah & 100 grm ubi keledek yang warna oren yang rasa manis
sedikit susu baby
3 camca besar cereal

Kukuskan lobak merah dan lobak merak hingga lembek
Kisarkan sehingga halus (gunakan blender)
cereal mesti dicairkan dengan susu secara asing
kemudian masukkan cereal + susu kedalam kisaran lobak merah dan ubi keledek.

Gaulkan serata-ratanya
Pastikan ia bukan terlalu pekat..sekadar boleh dimakan oleh baby


1- Beli Rangka ayam, masukkan sekali beras, carrot, brokolli @ bayam rebus sampai masak. Boleh Buat asing atau campurkan semua sekali. I suka buat sekali rase lebih sedap.

2- Rebus ikan bilis then ambik stok dia buat sup sayur(carrot/brokolli/bayam).campur sikit isi-isi ayam atau fish ball(better buat sendiri).Goreng bawang then tabur dalam sup & add in daun sup daun bawang.

3-Buat sup ikan merah ,tumis sikit bawang2 then add ikan & sayur. Make sure segala makanan baby ade sayur so that dia kekal suka makan sayur sampai sebab most babies takmau makan sayur bila dah masuk umur 2 tahun sebab tak biasa dari awal-awal pemakanan


Bubur kentang with kismis
3/4 cup of beras (beras direndam semalaman so tommorow morning boleh terus basuh and ramas bagi hancur sikit, so memang cepat masak)
1/2 biji kentang kecil
21 biji kismis (very good for brain)
air secukupnya


Bubur carrot with brocolli

3/4 cup of beras
15 ekor ikan bilis
1/4 carrot


Mashed potato with milk

Rebus potato sampai masak....lepas masak...basuh cepat-cepat ngan air sejuk sebab insyallah.. senang nak kupas....pastu grind (blend ngan blended) sampai halus....and campur ngan sedikit susu formula.. memang sangat sedap...

For bubur nasi....you can exchange the sayuran very often so that..adalah varity...contoh sayuran yang very good for baby is green sayuran (cos have a lot of iron) cth: sawi and bayam. And than bunga kobis...baby corn, sweet potato, lentils, etc.
Berikut pula resepi dari Melayu.com



Boleh cuba resipi yg disyorkan oleh doktor utk baby saya.

1. Kentang rebus yg sudah diblend (macam yg jual di KFC, tapi tanpa sos) + sedikit butter,
2. Bubur nasi + tauhu yg siap direbus + udang/daging/ayam/ikan bilis,
3. Sup ayam/daging + sebiji bawang besar (boleh beri dia minum) note : ayam boleh dicarik kecil2 + bubur nasi.
4. Telur merah + bubur nasi + lauk udang/ayam/daging/ikan bilis,
5. Pisang rebus (kemudian lenyek pisang tersebut).
6. Mushroom soup (buat sendiri seakan-akan Champbells soup).
7. Makanan lain yg biasa; bubur + sayur bayam / carrot / sawi + lauk
8. Untuk minuman, kita boleh bagi dia minum air kotak soya bean (most prefered Bonus). Kalau masa dia demam pulak, boleh buatkan dia air barley tanpa gula.
Nota : Semua makanan tak perlu letak garam. Kalau dia ada alahan pd seafood atau telur, boleh offer slowly, kalau tak boleh juga; hentikan dulu. Makanan & minuman ini semua dpt dari Paediatrician baby saya, so don't worry pasal ok ke tidak, sebab semua dah pernah buat utk baby saya. Selamat mencuba.

sedikit brocolli (agak-agakle...)