Isnin, 2 Februari 2009

sesi memboikot....

Hem, baru aku berkesempatan menulis blog. Rindunya nak tulis kat blog ni. Maklum sajalah masa untuk membelek dan mengecek email amat terhad. Apatahlagi menulis. Kalau nak tulis sangat2 kena la stay lewat malam. Tapi tak mengapa, itu semua demi ammar tersayang.... I love you son!

Beberapa hari ni aku sempat la baca sesikit email yang dalam inbox da masuk beribu. Itu semua coz aku register ngan satu group yahoo... memang payah... coz kadang2 benda yang sama diorang email n kadang2 just satu sapaan kecil umpamanya hai. But the info memang best... group apa? Lain kali cerita. Semenjak yahudi (israel) menyerang gaza banyak betul artikel berkaitan diorang ni aku terima. Ok gak a sekurang2nya biarpun aku duk umah tapi minda aku terbuka luas. Macam2 dioarng tulis, kadang2 berkaitan nasib2 si mangsa berserta gambar, fakta tentang israel dan macam2 lg. Dan yang paling besar sekali ialah isu boikot. Aku pun ada gak boikot. Tapi tak la semua coz kadang2 ada benda yang kita tak leh elak.... n terpaksa menggunakannya n da terguna tanpa kta sedari. Aku sendiri contohnya make- up maybeline... sebenarnya benda ni aku da beli lama. N aku bukanlah kaki make up o suka make over tapi cukup lah sekadar untk berhias2 depan hubby. Heheheh.... so benda yang lama tu banyak lagi. Bila isu boikot di timbulkan, bagi aku yang da terguna tu takkan la terus nak buang kan. So kenalah habiskan n lepas ni kena tukar brand... mungkin guna yang murah2 jer ke.. three beauties pun ok gak... tak silap aku dulu, aku beli cuma RM5 je... sekarang tak tau lah... bedak yang sekarng pun amik masa setahun nak abis... ye a jarang guna.... (kalau kita boikot Maybeline n garnier sanggup ke Fasha Sandha sebagai duta produk memboikot sama? Oppsss!)

sebenarnya untuk memboikot memang mudah. Cari apa benda yang tak leh beli, senarai barang2 yang perlu di boikot n then jangan beli. O gunalah slogan “Belilah Barangan Buatan Malaysia”. Susah ke langkah ni nak di aplikasikan? Memang mudah, sebab sekarang ni pun da banyak barang makanan di buat di malaysia, pakaian dari malaysia, produk penjagaan diri pun banyak. Cuma semuanya berada di tangan kita. Bila orang sibuk nak boikot KFC, McDonald n others... aku terfikir kasihan pekerja yang bekerja di bawah bumbung ni... kalau masing2 nak boikot, andaikata la 100% rayat malaysia memboikot dioarn gni manalah diorang nak cari makan.... da la ekonomi tengah gawat ni. Benci ngan kekejaman tu memangla ...tapi bila piki balik sian kat anak bini diraong nak makan per kalau tak berpenghuni restoran tu... tak der untung maka takder la gaji... sebenarnya bila kita amik keputusan untuk boikot, kita kenala bagi jalan alternatif pula. Mungkin dari segi belian kita punya banyak pilihan. Contoh kita leh pegi kopitiam Ezzah kat bangi ke, Radix Fried Chiken ke tapi dari segi pekerjaan mereka? Ada ke kompeni nak amik mereka di saat ekonomi tengah gawat n pengangguran yang sedia ada n makin bertambah? Cuba fikirkan....

and untuk makluman semua, dari info yang aku dapat Mc Donald adalah penyumbang paling utama misi Israel ke Palestin. Setiap keuntungan yang di perolehi akan di salurkan terus ke israel. Begitu juga dengan Bed Time Stories movie for anak2 kita yang baru2 ni di pawagam. Produsernya Adam Sandler ( yang dulunya aku minat, sekarang tak) terang2 menyatakan semua keuntungan memang akan disalurkan ke Israel. Info ni aku dapat dari kawan2 di group yahoo ni tadi la... kalau salah, jangan marah aku, tapi marah diorang.. aku just menyampaikan n secara tak langsung membantu saudara islam kita di palestin... bayangkan lah, setiap sen yang kita laburkan tu boleh membunuh ramai manusia... lagipun, benda ni memang benda yang kita boleh buat....

sebenarnya di lain masa aku ingin mengambil info tentang cara kehidupan orang yahudi sehingga diorang di katakan orang yang paling kaya, komited n berjaya. Apa kah rahsianya? Boleh ke kita jadi cam mereka? Lain masa aku sambung. Lagipun masa agak suntuk... ye a, menulis time ammar tengah tido... kang tiba2 jatuh katil sapa nak jawab.... I love son.... muah2..... sampai jumpa lagi....