Isnin, 11 Ogos 2008

bila mengandung lagi....

bila tadi chek email, ada terbaca sorang akak tu mengeluh coz dia pregnant lagi. bukan mengeluh apa, dia memang suka anak ramai dan itu merupakan berita gembira buat dia but the problem is dia baru je lepas bersalin melalui pembedahan. 6 bulan selepas bersalin tu terus dapat berita dia pregnant lagi. so, kalau boleh dia tak nak lah bedah lagi untuk bersalin kali kedua ni. hem.... terpiki plak diri sendiri... ye lah, aku pun bersalin melalui pembedahan gak. Ammar pun baru je 4 bulan. takut gak jadi cam akak ni. bukan tak suka baby tapi sama cam akak ni takut kena bedah kali ke dua.
untuk pengetahuan you all, bila bersalin bedah ni paling kurang kena 2 tahun atau paling baik biarlah 3 tahun ke atas. bukan apa, parut kat luar tu memang la da nampak elok tapi kat dalam tu makan masa bertahun-tahun untuk pulih. even jangkamasa 3 tahun tu pun tak cukup. tapi kalau lama sangat tak bersalin kang takut terlupa plak cara-cara bersalin n jaga baby. da kena blaja balik. Dr. Nik ada bercerita kat aku, luka operation tu memang da elok tapi jahitan dalaman tu setebal ibu jari tangan. fuh.... tak dapat aku bayangkan.... tapi aku dah lalui keperitan orang bersalin bedah ni....
ok lah, my mom pun pernah bersalin bedah gak untuk kuarkan adik aku yang no 2. sebab kena bedah coz baby tu 5kg. memang tak leh teran lah... tapi mak aku dulu punya stail. berjahit dan di tengah-tengah perut memanjang ke bawah. kalau zaman sekarang, o cam aku bergam di bawah perut memanjang ke tepi. so, kalau orang pantang tido kena duduk aku selamba kodok jer baring. ya a, kalau perut aku flat cam model iklan takper... ni ada sparetyre. mau tak bernanah luka tu. dan katanya, kena rajin angin-anginkan bekas luka ni. supaya tak melekat peluh di perut dan akhirnya mengakibatkan nanah. ui.... takut kalau bernanah diorang cakap kena buka balik tempat luka tu n betulkan balik... ( betul ke tak hanya mereka yang pakar jer boleh jawab).
tapi memang la, pantang orang bersalin bedah ni tak cam bersalin biasa. silap-silap leh kurus coz terkecur air liur coz ada benda-benda yang makan taun gak tak leh makan.... masa aku pantang ari tu, makan pun cuma ikan kerisi goreng,ikan gelama goreng or cencaru bakar dan sayur sawi masak air ( air kalau boleh tapis), lobak putih (untuk tambahkan susu), ulam pegaga, pucuk ubi, kubis bulat and lobak merah. ada satu lagi aku suka ikan masak asam dan sambal halia. memang best. even lepas pantang pun aku still suka menu ni. bukan apa, aku kan menyusukan Ammar so, menu ni baik untuk tambah susu. lagi satu jangan makan nasi panas2, biar suam2 n pastu jangan tambah. cukup makan 3 kali sehari. air manis kalau boleh kurangkan. kalau boleh 2 gelas satu hari ker, yang lain minum air buah manjakani. rendam buah ni satu malam dengan air panas. esok pagi2 minum. ni untuk keringkan luka dalaman. even aku sampai sekarang pun still minum. buah ni leh dapat kat kedai ubat o sinsei.....
itu bab makan, bab berurut aku urut gak. cuma perut jer tak sentuh. kang terburai sapa nak jawab... aku gak... lagi satu rajin2 la bertungku kat bahagian perut tu. bukan apa, boleh mencairkan darah beku n sometimes rasa ringan jer badan. selain tu, aku pakai gak bengkung getah just x nak rasa perut ni bergelodak time jalan. tapi jangan ikat kuat2. dah sebulan nanti baru leh ikat kuat sket. stokin tu mesti pakai untuk elakkan angin. pilis, param tu sumer aku pakai. bila da ckup sebulan aku pantang, baru aku berani minum jamu kodak. ambil kuantiti sikit jer coz ia bersifat panas. tujuannya untuk memanaskan badan, membanyakkan air susu dan mengurangkan bisa-bisa badan.
bila da operate ni, kita punya kegagahan untuk keje kuat kurengla sket. bukan apa kena jaga luka kat dalam tu. nak angkat air pun kalau boleh cari penceduk (gayung). jangan pakai baldi dulu, even baldi kecik pun. kerana ia akan menekan kat perut. mencangkung, meniarap o mengiring pun nantilah dulu. biarlah kedudukan rahim tu terletak. caranya, time tidu tu kalau yang boleh tidu duduk, duduk tegak2 sambil kedua belah kaki di rapatkan. kalau nak cantik ikat kat peha ngan betis. yang ni bia ketat sket. tujuannya aku kurang pasti. time ni abah aku punya petua. coz masa nenek aku bersalin pakcik aku yang bongsu dia tolong jaga... kalau tidu baring pun sama gak. kalau yang operate tu kalau boleh time ni buka perut. luka operate tu untuk dapatkan angin. biar cepat kering. lagi satu kalau boleh jangan la guna lesung batu dulu. ni semua menekan perut. terasa woo..
lepas pantang pulak, kalau boleh jangan makan benda-benda yang tajam contohnya nenas, cuka, air kelapa, air tebu o what ever. yang berangin pun kalau boleh jangan. cari makan yang lembut dulu. bukan apa memudahkan buang air besar... milo and susu pekat jangan la dulu. apa-apa pun yang berkaitan dengan coklat tunggulah dulu. paling kurang setahun ke.... ni petua mak aku. kalau menyusukan anak lagi la kena pantang makan. coz apa yang kita makan tu akan effect kat anak. so, agak2 yang sejuk o angin tu jangan la makan. karang anak kembung, menangis satu malam kita yang pening kepala.
apa lagi aku buat a masa pntang... aku pun tak tau. tapi alhamdulillah la walaupun aku bersalin bedah, ramai gak org tegur aku lagi kurus dari sebelum ni. oh yer ke? aku pun tak timbang. aku memang takut sket nak timbang berat badan. takut jadi psiko lak piki berat badan. kalau turun aku suka la. tapi kalau tau jer berat badan aku naik walaupun 1kg aku mula la tak tido malam. piki cane nak kuruskan balik..... ni effect sebab aku dulu penah ada bulimia anaroxia. bila da kena gastrik terus aku stop. takut.. padan ngan muka aku. takde apa petua aku amalkan melainkan yang kat atas tu la. lagi satu orang kata kalau minum kopi pun bley kurus. entah la. aku masa pantang memang minum kopi sebelum makan nasi.
Untuk akak kat atas ni la, aku rasa susah sket la nak bersalin secara normal dalam jangkamasa tak sampai setahun selepas bersalin bedah. but itu semua kuasa Allah. apa yang dia boleh buat setakat ni, kena jaga pemakanan, jangan wat berat2 n banyak2kan lah berdoa o paling tidak sembahyang hajat. mana lah tau. kita cuma berusaha Allah juga yang menentukannya. anyway tahniah aku ucapkan kat akak tu...
kat sini aku ada sertakan sket info tentang pantang bersalin. sket2 leh a jadi panduan.... aku pun bukan doktor, cuma sekadar membantu dan panduan untuk masa depan

Pelbagai Resipi Orang Pantang

Lauk yang sesuai
  • Ikan selar
  • Ikan cencaru
  • Ikan haruan
  • Belut
  • Ayam
  • Daging
Sayur yg sesuai
  • Sawi
  • Peria
  • Carrot
  • Pegaga
  • Ulam raja
  • Cekur
  • Daun Kunyit
Ikan Selar / Cencaru Panggang
  • Garam kunyitkan ikan selar atau cencaru
  • Balut dengan daun pisang atau daun kunyit
  • Panggang
Halia Muda Goreng
  • Halia muda dihiris nipis-nipis
  • Digoreng garing
  • Angkat dan toskan untuk keringkannya dari minyak
  • Simpan dalam bekas kedap udara
  • Makan dengan nasi panas
Sup Sayur Campur
  • Carrot dan sawi dipotong
  • Halia dimayang halus
  • Isi ayam dipotong dadu
  • Lada hitam ditumbuk sedikit
  • Bawang putih diketuk
  • Bawang merah dimayang
  • Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak hingga naik bau
  • Masukkan isi ayam dan lada hitam
  • Masukkan air
  • Masukkan sayur
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Apabila mendidih, sedia untuk dihidang
Ayam Panggang
  • Ayam
  • Halia ditumbuk
  • Kunyit segar ditumbuk
  • Bawang merah & putih ditumbuk
  • Lada hitam ditumbuk
  • Perap ayam bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama garam secukup rasa
  • Perap pada waktu pagi
  • Panggang pada waktu tengahari
  • Boleh juga digoreng dengan minyak yang sedikit
Kerabu Ulam
  • Pegaga
  • SeraiKayu (Daun Salam)
  • Daun Cekur
  • Lada hitam ditumbuk lumat
  • Bawang merah ditumbuk lumat
  • Isi ikan selar panggang ditumbuk lumat
  • Tambah garam dan gula secukup rasa
  • Hiris nipis-nipis (jika suka) daun-daun ulam (boleh campur jika suka)
  • Gaul bersama bahan-bahan yg ditumbuk
  • Boleh dibuat stok dan disimpan di dalam peti ais
Sup (Ayam atau Ikan Haruan)
  • Ayam atau ikan haruan
  • Halia dipotong
  • Bawang merah ditumbuk
  • Bawang putih ditumbuk
  • Bawang besar dimayang
  • Lada hitam ditumbuk
  • Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak
  • Masukkan ayam atau ikan haruan
  • Masukkan lada hitam dan air
  • Rebus sekaligus hingga mendidih
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
Ikan Goreng Halia Muda
  • Ikan
  • Halia muda di hiris
  • Bawang besar dimayang
  • Ikan digoreng
  • Goreng halia muda dan bawang besar bersama ikan
Ikan Bilis Masak Lemak
  • Ikan bilis (agak-agak saja banyaknya)
  • 1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
  • 2-3 ulas bawang kecil
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Lada hitam
  • Tumbuk kunyit, bawang putih, bawang merah dan lada hitam
  • Bahan yang ditumbuk, dimasukkan ke dalam santan
  • Jerang atas api
  • Kacau selalu, kalau tidak nanti naik minyak
  • Agak-agak dah mendidih, masukkan ikan bilis
  • Tunggu sampai masak dan hidangkan
Ikan Haruan Goreng Rempah
  • 1 ekor ikan haruan (sedang besar)
  • 2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 40 biji lada hitam ditumbuk atau 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu rempah ikan
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Ikan disiang dan dipotong lebih kurang 2 inci
  • Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk
  • Perapkan selama 15minit
  • Goreng ikan hingga kekuningan( angkat dan tos minyak)
  • Tumis bawang (tumbuk) dan halia (diketuk)
  • Masukkan rempah dan lada hitam hingga naik minyak
  • Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa, gula dan garam
Sup Kurma Merah(Cina)
  • 100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
  • 20 gm kacang hitam
  • 20 gm kurma merah
  • Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk
  • Sesuai dimakan semasa masih panas
Sup Lobak Putih(Cina)
  • Dapat menambahkan susu ibu
  • 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
  • Sedikit daun kucai
  • Garam secukup rasa
  • Didihkan air dalam periuk
  • Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut
  • Jangan terlalu lama
  • Sedia untuk dihidangkan
Ikan Bilis Berkunyit(Melayu)
  • 5 cm kunyit
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 camca teh lada hitam
  • Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat)
  • Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman seperti ulam pegaga dan daun selom
Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri
  • Ikan haruan @ Tenggiri
  • Lada hitam 20 biji
  • Halia 1 inci @ lebih
  • Kunyit hidup 1 inci @ lebih
  • Bawang putih 2 ulas
  • Asam keping 2 keping
  • Air garam secukup rasa
  • Lada hitam ditumbuk halus
  • Halia, kunyit hidup & bawang putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis
  • Masukkan ikan dipotong ikut suka
  • Basuh bersih dan masukkan ke dalam periuk
  • Isi air, agak-agak menutupi ikan
  • Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi ke dalam periuk yang sama
  • Masakkan sehingga kuahnya pekat
  • Makan dengan nasi panas
  • Kalau kita hiris bahan-bahan tadi, kita boleh makannya sekali
Limpa Goreng Kunyit
  • 1/2 kilo limpa dipotong kecil
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • Kunyit hidup ditumbuk halus
  • Halia ditumbuk halus
  • Bawang putih ditumbuk halus
  • Lada hitam @ putih ditumbuk halus
  • Kunyit serbuk dua sudu kecil
  • Asam keping 1 keping
  • Garam
  • Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam
  • Goreng hingga agak garing, toskan
  • Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau
  • Bancuh kunyit serbuk dengan air.Masukkan dalam tumisan tadi
  • Masukkan limpa goreng tadi
  • Tambah serbuk perasa dan garam jika perlu
  • Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu
Ikan Masak Pindang
  • 2 keping ikan merah/ tenggiri (yang sudah siap dipotong)
  • 2 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
  • 1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
  • 2 cawan air (agak-agak la, jangan banyak sangat)
  • 1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)
  • Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis
  • Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan
  • Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut rasa
Ayam Halia Kukus
  • Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
  • Garam
  • Sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Sediakan periuk kukus, masak air dahulu
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
  • Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, ladahitam, garam dan serbuk perasa
  • Bubuh minyak bijan dan gaul rata
  • Akhir sekali kukus sehingga ayam masak
  • Elok dimakan ketika panas
Kerabu Pegaga
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji cili merah ditumbuk
  • Sedikit garam
  • Seikat daun pegaga dihiris
  • Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati
Ikan Tenggiri Masak Halia
  • 2 ketul ikan digoreng
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • Sedikit kunyit hidup ditumbuk atau serbuk
  • 6 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 ketul halia dihiris memanjang
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit
  • Masukkan sedikit air, garam dan gula
  • Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng
Ikan Gelama Masak Asam
  • 2 ekor ikan gelama
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 ketul halia dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 mangkuk air asam
  • Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili
  • Masukkan air asam dan garam
  • Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan tadi
Sawi Tumis Air
  • Sedikit ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 10 biji lada hitam
  • 1 pokok sawi dicuci dan dipotong
  • Tumbukkan lada hitam, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah
  • Tumiskan bahan tumbuk tadi dan masukkan air
  • Apabila mendidih masukkan sawi, biarkan sekejap
  • Tutupkan api
Kucai goreng kicap
  • 1 ikat kucai dihiris
  • 2 ulas bawang merah dihirs
  • 3 ulas bawang putih dhiris
  • Kicap
  • Tumiskan bawang merah dan bawangbputih
  • Masukkan kucai, garam dan kicap
Kari Ikan Haruan
  • 1 ekor ikan haruan dipotong kecil-kecil
  • 4 ulas bawang putih(dimesin)
  • 1 biji bawang besar(dimesin)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 camca teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 camca teh serbuk cili
  • 1 mangkuk air asam
  • Tumiskan daun kari, halba dan bawang besar yg dihiris
  • Masukkan bawang yg dimesin, biar sebentar
  • Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air
  • Masak hingga rempah betul-betul masak
  • Masukkan air asam dan ikan
  • Tambahkan garam dan gula
  • Apabila ikan dah masak, tutupkan api
Peria Goreng Bilis
  • 5 biji peria kecil/1 biji yg besar dipotong
  • Rendamkan dalam air garam
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit ikan bilis
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan kunyit dan peria yang telah dipotong
  • Masukkan ikan bilis
  • Gorengkan hingga peria lembut sedikit
  • Jangan terlalu lama
  • Sedia untuk dihidang
Sup Ikan Tenggiri
  • 1 ketul ikan tenggiri
  • Sedikit minyak bijan
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • Seulas halia diketuk
  • 1 biji tomato
  • Sedikit daun sup
  • Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan
  • Masukkan air dan tomato
  • Apabila mendidih, masukkan ikan dan daun sup
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Biar seketika dan tutupkan api
Ikan Masak Berkuah
  • Bawang putih, bawang merah dan lada hitam (ditumbuk halus)
  • Tumis sampai naik bau
  • Gunakan minyak yg sedikit
  • Bancuh serbuk ketumbar 1 sudu besar
  • Masukkan dlm bahan tumisan
  • Renih hingga mendidih bersama-sama ikan
  • Kalau nak sedap, tumis bawang besar dan bawang putih terlebih dahulu
Sambal Halia
  • 4 biji ketul halia padi (halia ni kecil dan sangat pedas)
  • Sedikit kunyit hidup yg muda - mata kunyit yg kecil
  • Setengah genggam ikan bilis
  • 2-3 biji bawang merah
  • 5-6 biji lada hitam
  • Garam
  • 2 sudu air asam jawa yang pekat
  • Tumbuk halia, kunyit, lada hitam dan garam
  • Campurkan ikan bilis dan bawang merah dalam lesung
  • Tumbuk sekali
  • Jgn sampai bawang dan ikan bilis lumat sangat
  • Masukkan ke dalam piring
  • Masukkan air asam tadi
  • Makan dengan nasi panas bersama ikan panggang dan sayur
  • Kalau tidak suka halia padi sebab pedas, boleh guna halia biasa

  • Dinasihatkan agar memakan makanan yang boleh memanaskan badan seperti:
    • halia
    • lada hitam
    • rempah-rempah
    • air rebusan manjakani
    • air akar kayu (yang tidak panas untuk ibu yang menyusu)
    • daun pegaga
    • #pegaga elok dimakan agar:
      • awet muda
      • sebagai perawatan dalaman
      • supaya rahim tidak terlalu tegang atau kendur
  • Elakkan daripada memakan makanan sejuk seperti:
    • pucuk ubi kayu
    • kekacang
    • pucuk paku
    • kubis
    • kangkung
    • timun
    • bayam
    • tembikai
    • jambu batu
    • air kacang soya
  • Hindari juga makanan tajam dan berbisa seperti:
    • rebung
    • cuka
    • nenas
    • air tebu
    • air kelapa
  • Kawal perasaan jangan bersedih atau berasa tertekan
  • Rambut perlu diikat tegang agar kepala tidak masuk angin
  • Duduk pula hendaklah bersimpuh dan rapatkan paha supaya tulang punggung tidak kembang
Bertungku Semasa Berpantang

  • Caranya hampir sama seperti mengurut
  • Dilakukan selama sejam sebelum atau selepas mengurut
  • Dipercayai dapat:
    • Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
    • Memperbetul serta melancarkan perjalanan darah
    • Melancarkan darah nifas
  • Sebaiknya dilakukan dengan menggunakan batu sungai
  • Kesan bertungku bukan kerana berat batu tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam
  • Seeloknya dilakukan hingga 44 hari
Mandi Dalam Pantang

  • Seeloknya mandi air rebusan daun kayu seperti:
    • daun kunyit
    • daun lengkuas
    • daun serai wangi dll
  • Setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri
  • Dipercayai dapat:
    • Mengeluarkan angin dalam badan
    • Mengendurkan otot
    • Menghaluskan kulit
    • Untuk awet muda
Berurut Dalam Pantang

  • Untuk kesihatan dan kecantikan
  • Seelok-eloknya selepas tiga hari bersalin
  • Biasanya dilakukan setiap pagi sebelum mandi
  • Bertujuan:
    • Untuk awet muda
    • Melancarkan peredaran darah
    • Membuang angin
    • Membetulkan urat saraf
    • Menenangkan fikiran
    • Menyihatkan badan
  • Badan sebaiknya diurut sekurang-kurangnya sekali sebulan
Kongsi Tips Orang Berpantang

Tips-tips ni datangnya daripada beberapa rakan yang ingin berkongsi pengalaman:
  • Biasanya berurut selepas 3 hari bersalin
  • Jangan lupa berbengkung untuk kembalikan badan ke bentuk asal
  • Biasanya sapu air limau nipis + kapur dulu di perut sebelum berbengkung
  • Pakai bengkung sampai habis pantang (kalau larat) untuk kempiskan perut
  • Bertungku juga sangat penting untuk melancarkan peredaran darah
  • Sebaiknya tanyalah ibu anda atau bidan untuk teknik bertungku yg betul
  • Jangan silap teknik bertungku
  • Berurut (seelok-eloknya 3 hari berturut-turut)
  • Dlm pantang seeloknya pakai stokin setiap hari
  • Elakkan ibu jari tersepak sesuatu kerana dikhuatiri akan memudaratkan rahim
  • Cuci luka (jahitan) dengan dettol dan seeloknya dengan air rebusan buah manjakani
  • Minum air manjakani + halia. Caranya:
    • Rebus manjakani dan halia satu cawan
    • Rebus sampai airnya tinggal suku cawan
    • Solawat dan minum
    • Manjakani elok untuk mengecutkan rahim dan mengetatkan faraj
    • Buah yang sudah direbus jangan dibuang
    • Basuh dan rebus buah itu untuk digunakan sebagai pencuci luka
  • Mandi air suam sekurang-kurangnya 7 hari
  • Seeloknya mandi dengan air rebusan daun-daun kayu seperti:
    • Daun kunyit
    • Daun lengkuas
    • Daun serai wangi dll
Menu Orang Pantang

  • Breakfast
    • 5 keping biskut jacob's brand atau 3 keping roti gardenia kosong
    • Segelas milo panas sederhana besar
  • Lunch
    • Nasi semangkuk kecil
    • Sup ayam bergilir-gilir dengan sup ikan haruan atau sup belut
    • Sayur sawi atau peria digoreng dengan sedikit minyak bersama ikan bilis
  • Dinner
    • Kadang-kadang nasi semangkuk kecil
    • Ikan cencaru atau ikan selar bakar
    • Bergilir-gilir dengan daging bakar sos lada hitam
    • Sayur sawi atau peria digoreng dengan sedikit minyak dan ikan bilis
  • Sentiasa amalkan air suam secukup mungkin untuk elakkan sembelit
  • Kalau boleh elakkan minum air teh
  • Amat digalakkan memakan buah kurma setiap hari untuk perbanyakkan susu ibu
Tips Pemakanan Semasa Pantang

  • Pemilihan makanan adalah bergantung pada individu
  • Sebaiknya minta nasihat dari doktor dan orang yang berpengalaman
  • Antara tips yang boleh dikongsi bersama:
    • Nasi mestilah nasi yang panas.Jangan makan nasi sejuk
    • Makan ikan segar
    • Dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental
    • Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan bisa-bisa batu merian (uterus) yg masih lemah & luka, sebaiknya elakkan makan ikan berbisa seperti:
      • bawal hitam
      • terubuk
      • ikan berduri
      • ikan pari
    • Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit, sebaiknya elakkan memakan:
      • ikan kembung
      • ikan tamban
      • ikan tongkol
      • makanan laut
      • telur
    • Digalakkan memakan ulam seperti:
      • pucuk pegaga
      • pucuk mengkudu
      • ulam raja & ulam2 yg lain
    • Sayur-sayuran yg disyorkan selain ulam seperti:
      • sawi
      • peria
      • lobak merah
      • asparagus
      • brokoli
    • Boleh juga memakan buah-buahan semasa seperti:
      • epal merah(bkn masam)
      • buah kurma
      • buah tin
      • buah zaitun
      • buah delima
      • blackcurrant(air-ribena)
      • limau manis (kecuali limau bali)
    • Buah peach & anggur (tidak digalakkan pada ibu-ibu yg lemah pada bahagian dada & paru-paru seperti masalah bronkitis kerana boleh menyebabkan batuk
    • Digalakkan minum air rebusan manjakani atau akar kayu yg sewaktu dengannya utk:
      • membuang angin
      • mencuci darah & kotoran melalui peluh
      • mencuci pundi2 kencing & saluran usus
    • Harus minum air masak selalu tapi bukan minum dalam kuantiti yang banyak dlm satu masa.Takut nanti perut buncit.Minum kerap tapi sedikit.Pastikan air yang diminum adalah air suam
    • Perbanyakkan solawat sebelum minum
    • Cadangan masakan:
      • Daging / ikan / ayam masak dengan brokoli+halia+lada hitam
      • Cara-cara:
        • Ikan / daging / ayam digoreng tapi jangan banyak minyak
        • Bila dah masak masukkan halia, brokoli dan lada hitam. Letak sikit garam
        • Kalau muak dengan ayam / daging / ikan, goreng ikan bilis dengan halia

  • Kemurungan selepas bersalin
  • Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan
  • Gejalanya:
    • Terasa sedih dan sugul
    • Kerengsaan dan keletihan
    • Tidak boleh tidur
    • Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.
  • Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar hormon di dalam badan yang berlaku semasa proses bersalin
  • Masih belum jelas kenapa masalah ini boleh berlaku
  • Kadang-kadang ia berlaku di kalangan sesetengah wanita dengan begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain
  • Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan untuk meminta pendapat atau nasihat daripada doktor atau orang terdekat
  • Jangan menidakkan keadaan ini kerana dalam situasi ini anda memang memerlukan pertolongan
Kemurungan selepas bersalin

  • Biasanya berlaku dua tiga hari selepas bersalin
  • Dikenali sebagai "muram hari ketiga" (third day blues)
  • Juga dikenali sebagai muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu dalam payudara
  • Disebabkan perubahan hormon yang berlaku di dalam badan
  • Akan hilang selepas beberapa hari
  • Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda kerana dikhuatiri anda mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan.
Diet Selepas Bersalin

  • Ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin
  • Ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badan asal
  • Cuba makan secara berkala dan sihat
  • Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman bergas.
  • Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda
Petua Melegakan Kesakitan Luka Bersalin

  • Kesakitan timbul bila perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut
  • Boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencucinya dengan air suam.
  • Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk
  • Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapnya
  • Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit
  • Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan
Lelehan Dari Faraj

  • Dialami oleh ibu selepas melahirkan bayi
  • Dikenali sebagai lokia atau darah nifas
  • Seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak
  • Keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang
  • Biasanya ia berhenti pada akhir minggu kedua
  • Gunakan maternity pad atau tuala wanita yang lebih besar untuk menyerap lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan
  • Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin
  • Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya
  • Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, biasanya ibu akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.
Senaman Selepas Bersalin

  • Selepas bersalin perut ibu akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen
  • Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin sangat digalakkan
  • Membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj
  • Mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas
  • Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum
  • Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah untuk memulihkan kedudukan organ-organ ini setelah mengalami kelasakan bersalin
Sejurus Selepas Bersalin

  • Suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil terutamanya jika wujudnya masalah seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak
  • Luka akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital jika ibu melalui pembedahan Episiotomi atau kelahiran yang telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj
  • Nasihat mengenai cara mengempiskan perut, senaman dasar pelvis dan nasihat mengenai perancang keluarga juga mungkin akan diberi
  • Pemeriksaan ke atas ibu akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi
  • Ibu akan ditanya mengenai darah nifas / lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih
  • Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir
  • Berat badan ibu akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian
  • Bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat
  • Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing
  • Payudara, abdomen dan jahitan jika ada juga akan diperiksa
  • Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim ibu
  • PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya
  • Ibu boleh berbincang terus dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga
Masalah Emosi

Punca

  • Tekanan mungkin telah wujud sejak ibu hamil lagi
  • Terjadi mungkin kerana terpaksa mengharungi pelbagai dugaan seperti keletihan dan alahan sepanjang kehamilan
  • Berterusan sehingga selepas melahirkan
  • Menghadapi pelbagai masalah yang timbul selepas melahirkan sekaligus terpaksa memberi tumpuan yang rapi menjaga bayi sendirian
Kesan
  • Boleh membawa kepada kemurungan atau depression
Rawatan
  • Suami dan keluarga haruslah selalu memberi sokongan dalam bentuk pertolongan secara fizikal atau moral
  • Perlu dibawa berjumpa doktor jika masalah ini berlarutan
Jangkitan Pada Pundi Kencing

Tanda-tanda

  • Kerap dialami oleh ibu selepas bersalin
  • Pundi air kencing tertekan, terhimpit atau tercedera ketika bersalin
  • Wanita kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa pedih
  • Mungkin jangkitan kuman berlaku apabila doktor memasukkan alat catherer untuk mengeluarkan air kencing yang mungkin bertakung semasa bersalin
Rawatan
  • Air kencing perlu diperiksa
  • Mungkin doktor memberikan ubat antibiotik selama 5 hari atau seminggu
Masalah Payudara

Bengkak Susu

  • Bengkak payudara atau breast engorgement
  • Saluran susu pada puting tersekat
  • Boleh timbulkan masalah jangkitan kuman (mastitis)
  • Mungkin ibu akan alami rasa sakit serta demam panas
  • Jika berlarutan boleh menyebabkan bernanah dan nanah itu perlu dikeluarkan melalui pembedahan kecil
Langkah untuk mengelakkan atau mengatasi 'bengkak susu'
  • Bersihkan puting payudara dengan air bersih, sebaiknya jangan guna sabun
  • Susukan anak dengan susu ibu seawal yang mungkin
  • Tuamkan payudara dengan tuala suam / panas
  • Doktor mungkin akan memberikan antibiotik dan ubat tahan sakit
  • Doktor akan memberikan ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan hormon untuk menghentikan pengeluaran susu sementara bagi ibu yang bernanah (abcess) payudaranya

Luka yang mungkin terlibat:

  • pada kemaluan
  • pada abdomen lantaran pembedahan ceasarean
  • pada rahim (bila uri dilahirkan)
Jangkitan pada luka pembedahan (ceasarean) dan luka pada kemaluan (episiotomi)
  • Takungan nanah mungkin akan muncul
  • Luka akan jadi kemerahan dan terasa seperti berdenyut-denyut
  • Boleh menyebabkan jahitan terbuka sebelum sembuh
  • Jika tidak dirawat dengan betul mungkin membawa kesan jangka panjang seperti mengalami kesakitan ketika mengadakan hubungan kelamin
Langkah yang sepatutnya diambil
  • Penjagaan kebersihan pada luka yang dialami
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
  • Teruskan pengambilan vitamin dan habiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor mengikut waktunya
Langkah yang mungkin diambil oleh doktor
  • Melakukan dressing (cuci luka) setiap hari
  • Memberikan antibiotik untuk dimakan
Jangkitan pada luka rahim
  • Mungkin alami demam panas, sakit perut dan lendir berbau
  • Lendir ini biasanya bercampur darah nifas
  • Mungkin akan alami tumpah darah
Langkah yang mungkin diambil oleh doktor
  • Memberikan antibiotik
  • Melakukan pembersihan secara D&C untuk buang sisa uri atau selaput bayi yang tertinggal