Selasa, 6 April 2010

demam vs jiwa kacau







da seminggu aku terbaring demam. mula2 amar demam, pastu papa dia and the last aku n amar lagi... demam kali ni betul2 menduga kesabaran aku. sakit2 satu badan aku.. dengan amar yg tengah lasak, hampir kering tekak aku duk terjerit2 kat dia. suara pun da macam radio buruk. ahaks.

sebelum tu sibuk sangat nak ke perak. sebelum tu papa cuti seminggu. time dia cuti mesti penat. bukan penat per, dia tak reti duk diam kat umah. berjalan jer kerjanya. da tu suka sangat makan kat luar. sesekali nak gak, ari cuti tu wat eksperimen resepi baru, pastu makan sama2. tapi biasalah, alasan dia masakan ku tu x seenak bun-d restoran, abe restoran, vishuda restoran (sekadar menyebut sahaja). tak tau la dia langsung x appreciate apa yg aku buat kat dia. bengang x bengang, orang lain masak kari kambing, telur masak kicap dia makan siap bertambah. tapi bila aku buat kat umah, dia langsung tak makan.... aku tau lah aku bukan chef, tapi sekurang2nya apa yang aku masak tu ada la beza rasa. maksud aku, kalau aku masak kari, ada rasa karinya, baunya, pedasnya....

bila time nak g perak, dia masih berteka-teki lagi. kalau xnak pegi pun aku tak kesah. tapi skurang-kurannya cakaplah awal2. tak yah lah biar kawan tu tertunggu2. tu kawan dia tu, tahap bestprenz, susah senang pun dia ada, tapi dia wat macam tu. aku tak suka tul dia wat cam tu.kawan aku lagi la, ada je alasan bila aku ajak g umah dia. bukan jauh pun, kat seri kembangan jer... yg putrajaya ngan sg besar bley pegi takkan tmpat kawan aku yg dekat tu tak nak? dia memang tak adil. tang dia semua aku suh ikut kepala dia, time aku... di perlekehkan...

balik jer dari perak masing2 demam. patutnya bila da sama2 sakit2 paham la, mesti tak larat nak buat apa2. dia da nampak kepala aku betampal koolfever, kaki berstokin ala2 gaya orng berpantang, lagi mau tanya ka? dia ajak gak aku teman dia gi makan. dengan badan sakit2 cam tu, nak turun tangga satu hal, nak pegang amar yang tak reti diam kat keta tu satu hal... aku tak confident aku boleh sampai kat restoran tu o aku yang bengong nanti.... naperlah dia cam xder perasaan jer....

ada satu hari aku suh dia carikan tukang urut, sakit2 badan aku, tapi dia selalu aja banyak soal. tak de ke kesian kat aku... sampai nangis2 aku dengan badan aku yg sakit lagi, dengan amar yg memanjat2 badan aku lagi. paling tidak pun, tolong la jagakan amar sementara aku sakit nih.... kesiankan la aku...

aku tak tau mana kekuatan aku untuk minta jiran aku sue. sue la yg bersusah payah carikan tukang urut untuk aku... aku da nangis2 da cakap ngan dia... kalau la papa rasa apa yang aku rasa? last2 dapat orng indon akak cleaner bawah umah aku. itupun nasib baik dia nak... sebab dia pun cuti ari ahad....

dekat 1 jam dia urut aku, time tu jugaklah dengan selambe dia, dia gi mandi, bersiap apa yang patut. nasib baik la amar tak usik masa aku kena urut. bila da siap urut, bukan dia nak tanya, aku ok ke tak, apa ke, dia terus ajak makan. aku bukan tak nak tapi aku memang tak larat. da tu nak marah2 plak... aku suh la dia bwak amar sekali, sebab amar memang nak ikut. tapi dia kata nak makan jauh, aku tak taulah bila dia nak matured...

dia sanggup biarkan amar nangis, sebabkan dia lapar. betul2 selfish... dia ingat kitorang ni tak lapar kot... aku pujuk amar perlahan. aku buat kan air milo ceceah biskut. itulah makanan kami sewaktu aku demam... memang rumah macam kapal karam, baju tak berbasuh, kain tak berlipat...

kadang aku rasa, aku yang tak bersedia jadi ibu dan isteri ke dia?