Selasa, 23 Jun 2009

i love u abah!


setiap kali aku buka blog, aku suka bukak blog kak siti. blog dia simple, selamber and banyak ke arah kekeluargaan. untuk kali ini, hati ku jadi sayu bila terbaca nukilannya berkenaan abah beliau.. pada aku, biar macam mana pun seorang abah, dia tetap abah. mungkin peranannya tak nampak seperti peranan emak. tapi masing2 ada kelebihannya...

baru2 ni adik2 ku ada mengadu berkenaan kesihatan mak. untuk pengetahuan kalian, emak menghidap penyakit angin ahmar peringkat pertama. Alhamdulillah berkat usaha berubat sana sini, akhirnya mak beransur pulih dan sudah mula bertatih berjalan walaupun perlu di pimpin kadangkala. cuma, emosi mak agak terganggu. sepanjang tempoh tu, ada saja yang tidak berkenan di matanya, kemudian ada saja rungutannya, dan kdangkala dia lupa akan sesuatu. jadi sepanjang tempoh tu, abahlah yang mengurus rumah, makan minum mak dan menjaga mak.

sayunya hati bila mendengar keluhan adik2ku. andainya dekat mungkin sudah lama aku lari menjenguk dan membantu menjaga emak. mungkin aku boleh kalau aku nekad, namun tanggungjawab aku sebgai isteri dan ibu menyukarkan aku untuk berbuat demikian. sebagai seorang isteri aku juga cuba untuk bantu memahami kedudukan kwangan suamiku. biarpun badan ku di sini, tapi hati dan jiwa ku melayang teringatkan mak dan abah.

sejak kecil emak sudah mula bekerja untuk membantu atuk dn nenek menyara adik2 ke sekolah. akibat dari itu, sehingga sekrang mak selalu meluahkan rasa terkilan kerana tak berpeluang belajar tinggi seperti adik2nya. sehinggalah sebelum dia sakit mak masih lagi bekerja. cuma kali ni tanggungjawab lebih kepada keluarga. memang aku tak nafikan, semenjak mak bekerja la ekonomi keluarga kami agak senang. jika sebelum ni mak mengharapkan hasil kebun getah yang tak menentu, bila masing2 da agak dewasa mak mula berpindah ke kilang yang gajinya agak besar waktu itu.

mak memang rajin melayan karenah kami adik beradik. maklumlah kami semua perempuan pasti belanja untuk diri kami agak mewah. tapi tak la semewah mana. cuma kami rasa agak selesa berbanding dahulu.. berbanding abah, jarang sekali untuk mengeluarkan duit kearah itu. setiap kali kami minta pasti abah diam. dari situ kami tahu abah takkan bagi... hemmm.. untuk itu, acap kali abah bertanya tentang kedudukan kewangan kami, soal tambang bas ke, duit makan ker, duit yuran ke, biarpun ada lagi balance, pasti kami cakap takde. sebenarnya dari situ, aku belajar untuk menghargai setiap wang yang aku terima. duit yang kami terima, biasanya kami akan gunakan bila abah terlupa bagi duit tambang o duit jajan. o if something happens cam motor bocor ke apa ke....

sewaktu kami masih kecil, ingat lagi, mak la yang paling garang. bab berleter n pukul mak la yang selalu. coz kami nakal sangat. selalu sangat kami harap abah tolong kami, tapi ini dialog mak
" sapa2 tolong dia pun kena gak!"
waktu tu abah cuma mampu pandang jer kami. biarpun kami dah basah lencun ngan airmata. takderla tahap mendera tapi kulit pompuan kan tipis, kena sket da nangis...
even dlam banyak hal pun abah lebih banyak bertolak ansur berbanding mak. mak memang tegas. abah pun tegas gak... in some case la...

waktu kami mula pandai mengaji, abahlah yang excited belikan kami muqaddam dan Al-Quran. pada mulanya memang abah nak ajar anak2nya sendiri. tapi waktu tu aku yang sulung jadi anak murid abah, tak larat nak nangis tiap2 ari. maklumlah aku ni bebal n selalu memain. abah tak pukul tapi abah hentak meja tempat aku mengaji. mestilah aku terkejut2. tiap kali salah abah buat cam tu. even dalam hal lain pun kalau kami bising ke bergaduh ke abah akan hentak tangan dinding umah o kaki kat lantai... maklumlah umah kayu. mesti bergegar.. waktu tu kami akan senyap walaupun cuma tahan x sampai 5 minit.

akhirnya, bila rakan baikku mengajak aku mengaji di rumah jiran, aku mengikutnya. walaupun pada mulanya abah tak bagi... sammpai sekarang aku rasa terkilan sebab lari dari abah... sorry abah! tapi, abah, hadiah paling bermakna untuk abah ialah berkat abah marh2 macam tu la smpai sekarang aku ingat dan aku pernah hadiahkan juara mengaji peringkat daerah untuk abah. dari situ abah tersenyum....... thanks abah....

aku pun tak tau lah, mungkin sebab mak garang sangat kat kami dulu,aku selalu cakap kat dalam hati,aku nak ikut abah.... even sampai sekarang pun bila telefon abah, baru dengar jer suara dia, hati aku dah sayu... da bergenang pun air mata ni.... tapi bila da besar ni, ikut psikologinya, abah adalah hero untuk setiap anak perempuan. mereka di anggap penyelamat dan pelindung bagi setiap ketakutan mereka. dan sebenarnya, aku tak sanggup kehilangan kedua-duanya...

then, bila tengok mak sakit cam ni, keadaan mak memang tak terurus waktu mak memang tak boleh berjalan. biasalah keje swasta, cuti lama2 kena buang keje plak. so terpaksalah sebelum abah g kerje, abah akan pastikan semua keperluan mak berada dekat dengan mak, abah jugak lah yang masakkan mak, buatkan minuman utk mak, basuh berak kencing mak, kiranya semua urusan rumah tangga berada di tangan abah. adikku pula membantu setakat yang mampu. lagipun kesiah juga, biarpun usia dia masih muda dengan keadaan mak macam ni, dia terpaksa mematangkan usia dan pemikirannya dlm mengharungi hari2 seterusnya.

sedikit pun abah tak merungut. pada aku, abah cukup setia, malah tak pernah jemu membawa mak berubat demi untuk melihat mak pulih seperti sedia kala. sehinggakan aku terfikir, dugaan datang kita tak duga bagaimana, jika aku seperti mak, sanggupkah suami aku jadi seperti abah? setiakah dia sebagaimana abah setia kat mak? entahlah, mengingatkan itu semua membuatkan aku jadi takut namun aku berdoa moga2 Tuhan kuatkan jodh kami dan kuatkan iman dan hati kami masing2.

for abah, selamat hari bapa... walaupun kita jarang berbicara, tapi abahlah hero di mata kami. kami sayang abah walau cane pun abah..terima kasih untuk segalanya abah....