Isnin, 3 November 2008

Mama baru untuk ammar?






agak lama aku tak berkesempatan menulis. hati ni da meronta2 nak tulis kat blog ni. macam2 yang aku lalui sepanjang tempoh itu. bukan apa, keletah amar yang semakin ligat membuatkan aku tak boleh leka walau sedetik pun. apatahlagi dia da pandai naik 'keta bulat'. hem mana ceruk pun dia nak masuk. kena la aku jadi bodyguard tanpa gaji amar. walaupun penat, melihatkan dia ketawa dan riang sudah cukup untuk membuat aku puas. yelah, amar membesar di hadapan mata dan dengan tangan, dan titik pluh ku sendiri. memang aku cukup puas. sekurang2 nya aku punya pengalaman untuk aku kongsikan ngan anak2 aku nanti. ops, ada hati nak tambah lagi tuh.... heheheh..
kehadiran anak memang di nantikan utk pasangan yang berkahwin. tak kira la baru o yang sudah lama menginginkannya tapi belum punya rezeki. tapi percaya tak, anak memang membuatkan setiap pasangan bahagia n cukup sempurna but kadangkala kerana anak gak ada pasangan suami isteri yang bertengkar. dan ada yang sampai berenggang hingga melibatkan perceraian... masya Allah, aku harap jangan la ia berlaku kepada aku. memang aku minta di jauhkan. aku ada gak melalui krisis dalam membesarkan amar yang sorang ni. tak de la besar mana. tapi aku rasa ia wajar di kongsi bersama. dan aku yakin semua ibu bapa yang baru pasti menghadapi kes yang hampir serupa.
kisahnya pd suatu hari aku dan hubby ku sedang bersantai2 menonton tv. di antara kami ada ammar yang sedang berbaring di kusyen lembut . ammar memang aktif. biarpun berbaring tapi tangan dan kaki serta mulut dia hem.... ada jer... entah cane aku ralit membalas sms dari seorang teman. ni kes pecaya sama percaya la. hubby aku pplak asyik menonton tv. ammar golek punya golek tiba2 kepala dia terhantuk ke lantai. apa lagi menangis la... hubby aku punya la kalut terus dia angkat. kalau nak tau ammar ni memang la manja. lalat hinggap kat dahi dia pun dia menangis. aku plak bila hubby da angkat n ammar pun senyap teruskan membalas sms yang tika itu hampir nak selesai. kes mengantuk la ni.
sampai satu tika aku heran, nape la hubby aku asyik dukung ammar n bermurah hati nak watkan susu utk ammar. biasanya bila bab buat susu memang dia bagi kat aku. jangan kan bertanya, bersuara pun tidak. di dukungnya ke hulu ke hilir si ammar ni. sampaila si ammar ni menangis nak susu. si ammar ni plak susu dia kurang sket. dia lebih suka susu badan. tu la baiknya susu ibu. sekurang2nya ia mengikat kasih antara si ibu dan anak. aku yang terasa ada yang tak kena terus pergi ke ammar. dia punya suka terus ketawa. aku suakan susu cepat jer dia hisap. hubby aku t erdiam.
memang sedih. masa tu rasa kecik hati sangat. takkan la kerana terhantuk nak larikan ammar cam tu sekali? dalam hati aku berfikir, hubby memang leh cari pengganti aku, tapi ada ke orang lain yang boleh jadi pengganti untuk mama ammar yang sorang ni? kadang2 sampai sekarng pun aku sering terfikir... ada ke yang sudi jadi mama ammar? melayan karenah manja dia, sometimes gedix dia.... lagi2 dengan keadaan dia cam tapak sulaiman ( melekat). memang dia tak leh berenggang dengan aku. dia memang nak ngan orang tapi mesti ada aku di sebelahnya. dengan keadaan dia yang nak berdukung selalu? sometimes kerja rumah pun terabai dek melayan karenah manja dia... ? masa tu piki memang hubby tak appreciate... memang merajuk tul time tu....
tapi tula, bila masalah berpunca dari anak, maka anak gak la yang merapatkan balik hubungan yang sedang dilanda rajuk tu. aku ni bab ni memang ego. tak nak kalah.... sampai satu saat bila kita da penat sangat, kita akan minta tolong gak ngan hubby tuk bantu jaga anak. time tulah semua nya ok. aku tak taulah.. memang aku selalu gak marah2 ngan ammar tapi setakat ni aku tak pernah pukul dia. apatahlagi nak dera dia. just marah kalau benda tu tak ok... lagi2 sekrang ni mentang2 la da pandai naik walker tempat yang dia suka tuju kat bilik air, ngan depan tv. eiii sapa la tak marah. marah untuk kebaikan..... tapi bila da ada anak ni aku percaya, hanya ibu yang tau apa yang terbaik untuk anak mereka.... dan ibu selalu mahukan yang terbaik untuk anak mereka....
xpelah ammar, mama memang sayang sangt kat ammar. mama harap apa yang mama korbankan untuk ammar n family ni di berkati Allah... Amin.....