Khamis, 9 Oktober 2008

cerita hari raya

hari ahad aku bertolak balik dari johor ke shah alam. rasa tak puas lagi duk kat kg. banyak yang aku rindu. aku rindukan masakan sambal tahun mak, aku rindukan saudara-mara yang kebanyakkannya aku tak sempat singgah beraya, aku rindukan karenah adik beradikku bermain ngan ammar. walaupun sedih aku terpaksa terima hakikat, aku kena selalu berada di samping suami. yelah, tempat seorang isteri kan bersama suaminya. pernah gak sebelum ni aku request nak beraya lama di kampung. memang la dia bagi. hubby aku tak banyak cerita, tapi aku plak yang tak sampai hati nak tinggal dia lama2. lagi satu bila dia da jadi 'bujang kembali' ni aku plak yang pikir macam2. hehehehe.... bukan tak caya tapi ye la, bila da ada anak ni kenalah ada sket jelessss...
kan ke jeles tu tanda sayang....?

tahun ni aku beraya di Tekali dulu. pada aku tak le meriah seperti di kg aku. mungkin pada hubby aku ia suasana biasa... tapi pada aku cam biasa jer. tapi malam raya tu sempat gak la aku wat kek asam manis atas permintaan ipar. gitu gini nak gak sampai kul 2 pagi... hem, bangun jer dari tidur pegi kejutkan hubby gi sembahyang raya. aku ingatkan lepas sembahyang raya tu gi beraya. rupanya tak, hubby aku punyalah perasan dia tu bujang, gi beraya ngan kengkawan2 dia. aku plak punyalah tention tunggu kat umah dengan perut kosong. bagi akulah, first hari raya kena makan n sarapan sama2. memang aku tention, tapi fikir raya punya pasal.... sabarrr jer lah.. untung juga ammar tak banyak karenah.. kalau tak mau aku menangis. da la hati ni sarat tanggung rindu kat mak abah di kampung, dengan karenah ammar lagi, dengan 'bujang kembali' lagi.... hem pening kepala...

hari raya kedua baru la kami beraya. hajat di hati nak la beraya di rumah mak ngah n makcik kiah sebelah hubby aku. tapi gitu gini tersinggah umah kengkawan dia. ammar pulak meragam tak tentu pasal. aku pun da pening kepala. pandai ammar ni pilih umah. fikir ku dalam hati. aku perasan, ada rumah2 yang dia bley tersenyum lebar walaupun sebelum ni tak pernah jejak. ada plak umah tu baru jer nak melangkah dia dah mencebir. time ni kalau ikutkan emosi aku yang tak tentu hala, nak jer aku puk, tapi yelah aku da janji ngan diri aku, aku takkan puk anak2 aku. biar la mulut aku sebising mana sekalipun.... aku takkan puk... (ada cerita di sebalik kisah ni, ada masa aku ceritakan) biasanya time ni aku akan dukung dia n bawa dia berjalan2 ke luar. kalau da pening2 sangat bagi kat papa dia. papa dia bab memujuk ni kira expert la. x sempat nak kumpul duit raya untuk ammar! hehehehe

petang raya ketiga selepas sembahyang jumaat, barula kami bertolak balik ke Johor. Hubby aku punya la penat sempat dia bersantai di perhentian senawang. aku plak pikir lambat karang sampai maghrib. aku risaukan ammar jer. ye la baby ni kan sensitif ngan senja2 ni. last2 aku offer diri untuk bergilir ngan dia. ha, lama da tak pegang stereng, sekali pegang gian la gak. mujur jer suara ammar kadang2 terdengar. kalau tidak mau aku lupa diri jap. hehehe... gitu gini mujur la tak jem. kalau tak mau sampai malam. sampai gak kul 7.30 malam. seperti yang di jangka ammar di sambut dengan peluk cium dari nyai n yayinya. aku? hehehe, da besar salam da la.... hadiah hari raya dari nyai n yayi untuk amar sebuah kereta bulat untuk ammar bergerak. hehehe.. tapi dia tu biasalah . suka wat muka pelik. bila kami masukkan jer dalam tu dia diam terkaku. tak sabar aku nak tengok dia melangkah laju ... pasti tak terkejar jadinya.

malam tu saudara mara serbu umah aku. kebetulan pakcik amar yang tua dua bulan jer ngan ammar datang. ha tu lagi sorang. sekali da pandai maju, memang tak terkejar. semua nak di kutip. cam kombat pun ada. hehehe... mata dia bulat geram tul aku tengok. ammar pulak sepet cam anak jepun. hahahha kutuk anak sendiri. kiranya saudara sebelah mak aku sempatla gak aku beraya, saudara sebelah abah aku jer yang tak berkesempatan... mungkin lain kali aku datang cuma bukan time raya jer.. nak buek cano, umah den jauh.....

sebenarnya aku nak paste kan image aku berhari raya kat sini tapi cam tak sempat pulak. ni pun aku curi2 masa menulis time ammar tidur.. da la satu malam aku n hubby aku berjaga coz dia tak leh tido... em pepun lain kali jer la eks... walaupun ni hari raya yang singkat tapi pada aku ia satu pengalaman yang indah untuk aku kenang.... well selamat hari raya semua....