Isnin, 15 Mac 2010

terasa hati

sebenarnya memang agak lama aku menyepikan diri. bermula dengan lepas raya sehinggalah kini. banyak yg terjadi tapi banyak juga aku pendamkan. namun, satu keajaiban telah berlaku pada diriku.

beberapa hari kebelakangan lalu, ammar asyik menangis. tangisan yang panjang sehingga dia memberontak dan menyiksa dirinya sendiri seperti menghantukkan kepala dan badannya di lantai. sehingga suatu ketika aku tiada cara lain selain membacakan surah Yasin. beberapa kali perkara itu berlaku. dan beberapa kali itu juga aku membacakan surah Yasin. setiap kali itu juga aku menangis. yelah, nak melahirkan anakku yg sorang ni pun kena melalui pembedahan.

beberapa kali juga aku mengajak hubby ku utnuk membawa amar pergi berubat. tapi, selalu saja di tolak, dengan alasan amar tidak ada apa2 yg serius. malah setiap kali perkara ini timbul ada saja yg buat aku sendiri sakit hati. yelah, aku yang mengadap dia 24jam, of course la aku risau. paling merisaukan aku kalau dia kena sawan tangis. org kata susah nak ubat. tapi dia tetap begitu, tetap dengan alasan degilnya itu.

malah ada suatu ketika, waktu itu kepala ku seakan migrain yang bagai nak pecah kepala di buatnya, time tu juga amar menangis. bukan dia nak tolong, tapi dia pegi kiwi kasut diaa. bengangnya aku... aku gagahkan gak badan wat kan susu, tapi amar tetap tak nak. last2 aku terpaksa biarkan dengan harapan dia akan diam sendiri. tapi tidak. sehinggalah dia datang dan berkata sesuatu yang menyakitkan hati aku sekrang dan selamanya.

" anak sorang pun tak terbela, nak anak lagi"
dengan kepala yang tengah migrain bagai nak gila, aku amik amar yg tengah nangis tu aku bawak ke bilik sambil aku berkata,

" tak bela? bis tu selama ni sapa yang bela? sampai besar ni sapa yang bela?"
dan dia tak penah minta maaf pun utnk kesalahan itu. of course la aku perempuan yang masih punya naluri keibuan, anak2 harta no 1, malah penghibur dan tempah bermanja. dia tak pernah tahu itu kerana masanya banyak di tempat keje.

aku tak kesah kalau aku ni jenis bekeja, pagi2 anta rumah orang, cukup time amik, dia sampai umah main lebih kurang ngan dia terus tidurkan dia. tapi no, aku 24 hours ngan dia. aku rasa, rupanya selama ni apa yang aku buat untuk dia dan anak dia ni tak dinampakkkan malah tak dihargai. tak pelah, if aku termengandung lagi (aku harap sangat) dan dia tak nak bela anak ni, aku sanggup korbankan apa yang aku ada untuk membesarkan anak ni...

nak tahu? pada aku amar satu anugerah yang terbsar. sejak kes dia nangis panjang tu, aku sudah mula mendekatkan diri dengan yang Maha Kuasa. Mungkin sebelum ni aku selalu wat tak endah, tapi mungkin hidayah yang Allah turunkan itu melalui kejadian yang aku alami sepanjang perkahwinan ini mengajar aku untuk tidak lupa pada yang Esa. Alhamdulillah....