Khamis, 1 April 2010

anak lagi?

zwani.com myspace graphic comments

ammar sudah menjangkau umur 2 tahun. 11hb april ni genaplah 2 tahun. entah kenapa hati ni bagai di carik2 bila saja terdengar sesiapa bersalin o menambah bilangan ahli keluarga. kali ni entah kali keberapa aku meminta tuk memberikan ammar adik. tapi setiap kali tu permintaan di tolak. dengan alasan ekonomi masih belum kukuh. dan alasan yg terbaru ni, aku tak pandai bela anak?

aku tak tahulah sampai bila aku harus bertahan. aku tahulah, aku selalu jer hot dengan anakku yg satu tu, tapi setakat ni takdelah tahap aku mendera lagi... huk huk huk....
mgkn ada ku ceritakan berkenaan amar yang kerap nangis dalam masa yg lama. sebagai seorang ibu yg 24 hours dengan dia, pasti aku dapat merasai ada kelainan dengan setiap tangisan. sudah pasti aku dapat bezakan yg mana satu tangisan ngada2 dan yg mana satu tangisan x normal. tapi dia tak penah nak dgr pendapat aku.

setiap kali ammar menangis, dia berdiam diri, seolah kaku, yg hanginnya aku, malah yang memujuk ammar juga aku. malah setiap kali itu aku bacakan surah Yassin. Alhamdulillah, dengan usaha tak seberapa itu, tangisannya akan reda. tapi ia akan berulang di hari yg lain. hati ibu mana yg tak sedih... tapi dia, cuma kekal berdiam diri, buat tak endah, dan terus marah tanpa cuba untuk cari jalan penyelesaian... hampa dan kecewanya aku...

mgkin dia tak percaya dengan orang yg mahir dengan penyakit kanak2 nih,( besanya orang tua2 tahu la nak buat apa), o org yang pandai tentang hal2 halus nih, tapi sekurang2nya dia bawaklah ammar gi jumpa doktor kanak2 ker, ustaz ker... tapi setiap kali aku ajukan pendapat aku tu, setiap kali itu juga dia bagi alasan amar nangis cuma nangis ngada2... aku tak taulah, ikutkan hati ni da lama aku picit2 dia bagi kemek cam tin. geram! sebabnya yg menghadapnya aku, yg memujuknya aku!

aku rasa tak timbul soal isteri tak pandai membela anak if masing2 bekerjasama. aku sndiri merasakan kesepian belaian seoarang abah disebabkan abahku yg pendiam n garang. aku amat berharap ammar tak mengalami nasib yang sama. tetapi kenyataanya ammar mengalami nasib yg lebih teruk dari aku. sometimes terabai dek kehangatan hobi papanya yg asyik dengan game, internet dan bola termsuk tido. aku memang tahu, papa ammar ni tak suka melayan karenah bebudak lagi2 bab ngada2. senang kata, ammar happy, anak papa, ammar nangis anak mama.... oh sedihnya....

aku membayangkan aku dikelilingi anak2 sambil memeluk dan di peluk oleh mereka. we all can share everythign, very close, takde rahsia... aku cuba sempurnakan keluarga yg bakal di bina di balik kehancuran masa silam.... aku tak tahu bila kah ia akan berlaku... dengan usia yang semakin meningkat, bebanan yg kian bertambah dan hati yang kian hampir meletup? aku tak tahu adakah impian ku untuk menambah bilangan keluarga akan tercapai. padaku, suami boleh cari, tapi anak2? hilang tak berganti. itulah harta yg paling bernilai buatku... teman semua, doakan impian ku kan berjaya...