Khamis, 12 Mac 2009

nusyuz dan kerinduan

hem, agak lama aku menyepi dari dunia blog. bukan aku merajuk, cuma masa yang ada terlalu singkat untuk ke layangkan jemariku ini di latar keyboard. kesibukan yang aku sendiri rasa hilang untuk aku melayan karenah manjaku sendiri. semuanya dek kerana komitmen aku sebagai mama kepada Ammar yang baru saja mula mendapat kaki. dan isteri kepada hubby aku.... walaupun nampak ciput jer tapi besar sebenarnya tanggungjawab tu... aku umpama ceo dalam sebuah syarikat kecil yang perlu memastikan semuanya berjalan dengan lancar. dan penaung syarikat ni hubby aku. dia plak sekadar membimbing apa yang ok apa yang tidak...

kesibukan itu membuatkan aku tak terasa ammar semakin meningkat usia bulannya dan setiap saat yang berlalu menambah pemikirannya kecilnya. sungguh lucu. hinggakan adakala setiap kesedihan yang aku lalui hanyut sepi dek kelucuan yang terpamer di setiap tingkahnya. riaksi wajahnya pula tak pernah kehilangan idea untuk membuat muka merajuk, marah dan tertawa gembira. aku terlupa ammar sudah berusia 11 bulan, aku terlupa ammar yang suka menangis 11 bulan terdahulu, aku juga lupa kepayahan aku mendukung dia setiap masa sebelum dia pandai merangkak, meniarap dan berjalan. sebenarnya, bila aku memandang ammar yang sekarang, aku telah lupa semua kepayahan dan kesedihan membesarkannya. cuma apa yang terpamer sinar kebahagiaan dan kepuasan kerana dia membesar jerih perit dan titisan airmataku sendiri. sungguh, biar macam mana pun dia, itulah yang ku ada setakat ni...

sedar tak sedar hampir 3 bulan aku tidak menjenguk orang tuaku.. selain faktor masa, jauh dan keterbatasan had ku juga menjadi penghalang. baru2 ni 3 hari cuti sempena menyambut maulidurrasul. aku berharap sangat pada waktu itu aku dapat pulang ke kampung untuk duduk bersama keluargaku. awal2 lagi aku dah bagitau kat hubby. namun kita merancang tuhan yang tentukan, hubby terpaksa kerja pada hari sabtu dan berbaris pada hari maulidurrasul. sakit hati dan sedih tak payah dikata... kalaulah aku bukan bergelar isteri sudah lama ku lari menaiki bas, o drive sendiri. mujur juga aku ibu kepada ammar dan isteri kepada hubby. itu yang kukatakan keterbatasan had... orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa...

apa yang ku fikirkan dan kulakukan setakat itu?
kecewa?
- itu memang tak ku nafikan..
apa ku buat?
- menangis sepuas hati sampai kering air mata pun takper... time tu nak sumpah seranah, kutuk ke luahkan... cuma biarlah dalam bilik jer.. kalau terer kutuk dalam hati... time frust ngan hubby ke, gaduh ke apa ke, ini gak la yang aku buat... insya Allah hati akan tenang lepas tu... kalau boleh jangan citer kat sesapa hal tang suami isteri ni kat orang luar. di takuti akan ada tukang cerai berai kat luar, o lebih merumitkan keadaan. selagi boleh simpan sendiri. paling tidak pun cari masa yang tenang untuk berbincang suami isteri...
fikirkan orang lain?
- mesti pelik, sendiri rindu, sendiri ada masalah nak pikr pasal orang lain... time ni aku memang nekad nak balik... apa nak jadi pun jadilah.... tapi lepas aku da kering air mata aku fikir, kalau aku naik bas, if anything happen kat tengah jalan dengan aku bawak ammar lagi, apa aku nak jawab? keluar rumah tanpa izin pun da masuk kategori nusyuk (derhaka) apatahlagi lari balik? lagi satu kadang2 benda yang tak baik di sebabkan oleh seorang yang berdosa... cnth, di sebabkan suami tak redha ngan aku, kemungkinan bas rosak di tengahjalan, of cozlah semua orang pun terkandas, da satu hal, time tu takkan aku nak ngadu kat hubby, gerenti kena padan muka (cth lah, takkan hubby nak wat cam tu), nak ngadu kat mak bapak aku, of coz la aku yang kena marah sebab langgar arahan suami kalau diorang tolong gak bermakna diorang bersubahat menggalakkan kederhakaan aku pada suami, sekarang yang berada di tengah2 n paling kesian sekali ialah Ammar.... dia tak tau paper... tapi dia ikut hadapi sengsara dek rindu kat mak abah aku....
bincang balik?
-time ni kenalah cari masa yang sesuai, biarlah kalau boleh marah, geram n sakit hati tu hillang betul2. bila da ada senyuman utk hubby, boleh layan lawak jenaka dia barulah kita bincang balik bila nak balik. time tu cakaplah da tak tahan rindu kat mak abah. nak sangat balik... suh la dia setkan masa betul2 bagi kita leh balik dan dia pun free nak hanta kita balik.... lepas da setkan masa nak loncat tinggi2 pun tak per.. happy punya pasal....
time kasih?
- jangan lupa wish terima kasih kat hubby... sekurang-kurangnya hajat aku yang tertangguh tu kesampaian gak....

apa yang paling aku harapkan aku nak sangat balik kampung... aku tak tau naper kampung tu begitu memanggil2 aku untuk pulang. bukan aku tak suka tinggal di sini, cuma biar di sudut mana pun rindu itu takkan hilang.... kata orang, kita ada lah pencorak masa depan anak2 kita. setiap kali wajah ammar aku tatap, aku terfikir, adakah begini juga amar akan datang? menjenguk ku 3 bulan sekali, 4 bulan sekali... entah, aku cuma berharap dia jadi anak manis yang selalu mengingati orang tuanya, Tuhan dan patuh kepada perintah dan menjauhi larangan-Nya. sesungguhnya, doa anak2 yang soleh itulah penyelamat kepada kedua ibu bapanya. aku berharap aku mampu mendidik amar menjadi anak yang soleh...