Isnin, 24 Mei 2010

rendahnya martabat seorang isteri!


salam, look at the title! opps! ini bukan citer pasal aku o nak mengadu lagi kat blog ni, tapi, sekadar pemerhatian aku yang agak lama... well, kalian pun tahu dan dengar beberapa kes melibatkan pembuangan bayi... pelacuran... penderaan... and bnayk lagi kes yg kebanyakkannya wanita yg jadi mangsa. walhal, di sebalik semua kejadian itu, lealki la yg menjadi pokok, akar dan bajanya... huh! sungguh aku tak puas hati. umpama pokok bunga ros la, memang bunganya cantik dipandang, harum tetapi payah di jaga.. pkok bunga ros ni aku umpamakan seorang wanita la... cantik tapi payah... tapi jika di baja dan di jaga betul2 tak ke akan bercambah menjadi anak2... so, yg membaja dan menjaganya ibarat lelaki n orang sekeliling...

oh sukar untuk aku tafsirkan... kerana aku sendiri belum dapat ijazah bidalan dari Karam sigh walia...ahak!

cukup sudh aku berbidalan... kali ni aku nak post ketidak puasan hati aku terhadap satu kenyataan yg perempuan yg berpelajaran tinggi itu bodoh kalau jadi housewife aku memang tak setuju la...

sebab, takde satu kamus pun dalam dunia ni yg mewajibkan seorang perempuan tu kuar bekerja bagi membantu suami... malah dalam islam sendiri menyatakan tempat seorang isteri ialah di rumah, menjaga keluarga dan anak2, menguruskan hal rumahtangga... dan bla..bla..bla... .. tugas org lelaki plak memang semua agama, semua budaya dan semua negara malah da termaktub dalam kisah azali la mencari rezeki untuk menghidupkan ekonomi sebuah keluarga...

tapi apa kes, bila suami isteri kerja... cukup bulan bila tak cuku duit da tentulah isteri tolong top up, tiap2 hari isteri gi keja bawak bekal, nak stemate punya pasal... tapi suami, tiap2 hari gi ngeteh kat warung mamak, belum kira dia punya rokok lagi... belanja member lagi... cuba jawab?

suami isteri gi kerja sama2, balik pun sama2, sampai umah, suami duk relax kat depan tv, isteri tunggang langgang memasak, urus anak, kemas umah,basuh baju and apa2 yg patut, belum lagi hal suami? takke penderaan tu? tak setuju? kalau tak setuju apa salahnya kaum suami sama2 bergotong royong membantu menguruskan hal rumahtangga... sama2 penat, sama2 rehat kan? sekurang2nya anak2 dapat melihat, betapa pentingnya bergotongroyong dalam menyelesaikan hal rumahtangga... dari situ, diorang dapat mempelajari erti tolong menolong yg sebenar... para suami pun kena ingat, cukp bulan bukannya korang nak bagi para isteri korang duit, tapi korang akan 'mengepau' duit diorang adalah... so, kalau para isteri tak berkira hal kewangan dengan korang, apalah salahnya korang pun tak berkira soal tenaga.. kan ke lelaki tu lebih kuat dari pmpuan? toksah buli isteri naa....

suami isteri gi kerja sama2 masuk pagi... masa yg sama... tmpat yg sama.... tapi kenapa isteri terlebih dahulu bangun awal, siapkan urusan anak, sarapan, pakaian, diri sendiri lagi? tapi suami masih 'ngorok'. dah tu tiap2 malam isteri gak yg tido lewat sebab uruskan hal tak siap pagi tadi... ape kes beb? masa bila plak time isteri nak rehat? nak belai2 diri? if anak satu ok lagi la.. tupun agak kelamkabut... yg anak ramai? takkan takder simpati kat hati korang bila melihat isteri korang bersilat sendirian? kadang nak sikat rambut pun tak sempat...

suami isteri kejer sama2, gaji pun lebih kurang jer... isteri punyalah berkira nak beli satu barang tu. piki , pampers anak lagi, baju anak, yuran sekolah anak, kasut baju anak, duit minyak kereta lagi, sampaikan nak beli make up pun cukup berkira.. takut beli bulan ni, bulan depan plak semput... tapi suami senang2 hati beli seluar la, baju la, rokok la, upgrade kereta la... bila isteri minta duit nak g slimworld kata membazir, tapi hanta kereta kat bengkel, habis riban2 tak per... tapi cukup membebel bila isteri tambah sparetyre sana sini... impian nak body macam krisdayanti la konon!

suami keje isteri duk umah, cukup bulan bagi seratus dua ratus jer... tupun pau lagi kalau tak cukp duit belanja umah....tapi bila suami tak keje isteri keje ada hati nak pau bini tahap riban2.... kasi test tengok, rumah anak, semua cukup perfect ker cam pmpuan jaga?

jangan lupa, seorang wanita tu zahirnya jer nampak lemah tapi tangan tulah yang menggoncang buaian sehingga terlahirnya generasi bijak pandai, lelaki berkarisma la...
malah, setiap kejayaan seorang lelaki, pastinya ada seorang perempuan di belakangnya... tak isteri pun , paling kurang mak diorang... tapi tak taulah naper orang pandang hina sangat housewife nih...? aku betul2 tak faham. kalau nak jadi beban untuk suami, sepatutnya, sebelum diorang kawin dulu, diorang da piki benda2 nih semua... diorang sepatutnya da bersedia awal2 apa yg sepatutnya diorang lakukan. tapi kenapa isteri yg selalu jadi mangsa atas kesilapan dan kemalasan suami? ni betul2 satu penderaan... penderaan yg tak kelihatan tapi cukup di rasai

salah ke permpuan berpelajaran tinggi? salah ke segala ilmu yg diorang belajar dulu di berikan kepada anak2 mereka? salahker mereka berbakti untuk keluarga dan family mereka sendiri? salahker?
aku sendiri pernah dengar cerita, gara2 isterinya seorang surirumah yg berpelajaran tinggi, suaminya tak mahu mempunyai anak lagi ( cukup satu) kerana tak berkemampuan untuk menyara mereka anak beranak? aku cukup tak faham dengan ketakutan lelaki dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami... seolah2 mereka percaya rezeki tu datangnya dari majikan mereka dan mereka sendiri... bukan kan setiap anak yg lahir ke dunia tu sudah di tentukan rezekinya. aku sendiri pernah melihat betapa ramainya golongan cendekiawan yg lahir dari keluarga yg besar dan susah pula. mereka sendiri hidup cukup sederhana...

alasan lelaki? tak leh nak enjoy bila anak keliling pinggang, tanggungjawab bertambah, apapun kena piki berjuta kali semua kena sekat... oho... sepatutnya kaum suami, anda patut berfikir itu semua sebelum berkahwin. apa korang ingat isteri korang tu cuma kuli yg menguruskan hal2 makan pakai korang? keperluan batin korang? dan setiap malam korang membazirkan keturunan korang yg setiap satunya berpotensi menjadi hartawan, jutawan, alim ulama, malah, apa jua personaliti...

dek kelalaian korang dengan enjoy, sehingga korang terlupa, bahawa tujuan sebuah perkahwinan ialah meramaikan umah nabi Muhammad s.a.w. malah bukan itu sahaja. kekayaan yg korang kumpul belum tentu ada penghujungnya... belum tentu ada pahalanya kalau ia tidak di salurkan ke arah kebaikan. malah kekayaan hanya termaktub pada pandangan mata individu luar dan kehormatan masyarakat yg materialistik. ia berbeza dengan mereka yang sering dalam 'kesemputan' tapi menyalurkan tenaga, kemampuan yg ala kadar itu untuk anak2, dan masyarakat sekliling. malah sekirangya anak2 itu korang didik dengan ilmu agama, dunia dan akhirat insyaAllah, mereka lah yg akan membantu kamu di akhirat. malah, dengan tak semena-mena di Akhirat nanti, kamu jualah yg lebih kaya dari mereka yg kaya di dunia.... maka itu ajarkanlah anak2 kamu mendoakan mereka yg sudah tiada... beramal dan bersedekah... sekiranya tak mampu dengan wang ringgit, doa itu pun sudah memadai....

cukup sudah hal itu, aku sebenarnya masih tak faham dengan lelaki yg masih tak faham dengan tanggungjawab mereka. tetapi mereka masih nak mempersoalkan tanggungjawab perempuan. wlaupun mereka sedar dan nampak setiap pengorbanan perempuan tapi mereka selalu jer tutup mata o buat2 tak pandang.... sepatutnya kaum isteri untuk dihargai bukan untuk dikeji... malah, dek kerana terasa terbebannya menanggung seorang isteri dan anak2, ada lelaki n keluarga yg tak ingin mempunyai anak perempuan... Istighfar la h banyak2 bagi kaum ini.. seolah-olah zaman jahiliah telah kembali di zaman ini.. alasan mereka, anak perempuan cukup susah nak jaga... salah sket akan nampak, tapi lelaki salah banyak pun tak der per... alahai ceteknya pemikiran kaum mini jahiliah nih... aku berkata begini kerana aku pernah melihatnya dan mendengar dari mulut tuan punya badan sendiri... so, sekiranya seorang perempuan satu beban, isteri itu siapa? ibu itu pula siapa? kakak? adik perempuan? majikan dan org sekliling yg perempuan? adakah mereka sendiri merelakan kaum2 lelaki yg transfer jadi perempuan berada di dunia ni dek kerana bencinya terhadap perempuan? untuk itu, bersedialah untuk melihat kaum manusia terhapus di dunia ini... kerana kaum itu, mustahil untuk melahirkan keturunana,,....


p/s: dan kini sebaik sahaja aku mendengar tutur kata seseorang yg merendahkan kaum perempuan dan housewife, aku berazam aku takkan berkawan dengan org yg macam tu... kerana seorang wanita tu cukp berharga.....

renung2kan lah.....