Isnin, 12 Januari 2009

Gemuk!!!!!

Rasanya dekat 3 minggu aku duk shah alam. Ingatkan masalah yang ada ni biarlah settle dulu. Rupanya makin bertambah. Macam2 masalah yang berada di kepala ku. Hampir2 itu semua membuatkan aku kusut. Mujur lah keletah ammar yang semakin manja dan ligat membuat sedikit ku khayal. Adalah aku terhibur dan lupa seketika itu semua. Percayalah, sometimes itu semua buat aku menangis. Pada siapa nak ku luahkan? Mungkin ada sesetengah orang lebih suka berkongsi masalah dengan bercerita, keluar berhibur, shopping ( untuk orang berduit laaa…..), makan n macam2 lah… aku pula bila masalah melanda bertimpa-timpa entah naper selera makan bertambah plak. Aku rasa berat badan aku pun da naik. Entah brapa kilo la agaknya? Huh, skejap jer la aku merasa saiz ‘S’. hem….

Mengenangkan saiz badan yang akan bertambah bila-bila masa, aku da mula kalut. Mula la fikir macam2 cara alternative nak kuruskan balik badan ni. Salah satunya biar aku listkan kat sini:

• Berpuasa sunat o bayar hutang puasa
• Timbang kolestrol dalam setiap makanan
• Buat sedikit senaman cthnya turun naik tangga
• Makan nasi sehari sekali jer
• Makan nasi seminggu sekali jer
• Malam tak yah makan
• Banyakkan minum air putih
• No choklat, no aiskrim, no sugar
• Beli produk kuruskan badan cam teh kurus n losyen mustajab

Ni apa yang terfikir kat kepala otak akula. Hem baru rasa seronok2 orang puji aku kurus. Ni da naik balik. Hubby tak bising, tapi adik aku da tegur aku nampak gemuk…. Uiii tak sanggup la… biarpun sebelum kenal hubby pun badan memang chubby tapi bila da rasa kurus terasa nikmatnya… heheheh…..

Mungkin aku akan cuba resepi berpantang ari tu, memandangkan lepas pantang jer ramai orang tegur aku lebih kurus dari sebelumnya. O mungkin salah satunya ammar da kurang menyusu badan sebab dia da leka main n mula makan? Entahlah. Tapi sebelum apa2 tindakan aku lakukan aku kena pastikan sebab2 badan aku naik n cari perlahan2 cara nak maintain cam dulu. Eish kes haru tul lah…….