Rabu, 7 Januari 2009

matahariku

beberapa hari ni kepala aku agak pusing... tau cane aku nak hilangkan sementara kepusingan kepala aku ni, aku melalak la lagu 'matahariku' nyanyian agnes monica. lagu tu aku dengar selalu kat sinetron ;Jelita' citer dia mula tu tak la best sangat tapi da lama2 aku berkenan gak...

hem, bukan aku nak citer pasal ni. tapi aku nak citer pasal lain. beberapa hari lepas aku di datangi seorang teman baru. wajahnya kusut tak seperti biasa. memang kusut tahap cipan la. sebab dia ni biasa happy jer orangnya. aku dengna selamba kodok tanyala " eh ko ni napenye, serebet je aku tengok?" aku siap sengih2 jer tanya. iyala ingatkan kat umah dia tak der air ke api kena potong ke... huhuhu.. lepas tu dia tengok aku lama. pastu dia jawab. " ko tak tau apa yang berada kat kepala otak aku ni. kes haru, biru lagi menganiayakan ko tau!" hem, bagus ayat dia ni. tapi memang nampak berat. aku sabar tunggu...

bistu kalau da lama sangat diam aku pun jadi tak sabar. aku tanya, " da ko tak citer manalah aku nak tau. ko ni pun, herot la!" dia menggaru-garu kepalanya, hampir2 terlerai ikatan tudung ala indonnya.

" ari ni, aku rajin mengemas umah." pastu dia diam....
"dah tu apa masalahnya?" cam kelaka plak. rajin kemas umah pun nak citer kat orang....
" ko ni kot yer pun sabar la. aku pun jadi serba salah nak citer kat ko ke tak. tapi aku harp bila aku citer kat ko ko simpan dalam peti besi tau. jangan plak ko simpan dalam tempayan...." rahsia besar gamaknya...
" masa aku kemas2 tu, aku kemas bilik adik sepupu aku. tiba2 aku jumpa pil asid folic" diam lagi.... lepas tu dia pandang aku...
" ha ala, minah ni, biasa la tu asid folic. ko tak baca ke kat pamplet Anmum. berapa ramai rakyat malaysia ni kekurangan asid folic sebab tak suka minum susu. ok la tu adik sepupu ko ada usaha nak amik pil tu." dia pandang lama kat aku. macam ada lain yang dia nak cakap.
" pada mulanya aku fikir cam tu gak... tapi bila aku terus kemas aku terjumpa diary dia. aku ni plak entah cane tergerak hati nak selak2. yelah adik sepupu aku tu keje jadi PA. nak gak tau apa diary dia hari2. tapi rupanya lain...." dia berenti lagi dah....
aku dah mula excited. da mula la darah mami jarum aku ni..
" apanya yang lain? ko ni citer benti2 la.... penat aku."
" mulanya memang la dia tulis citer pasal keje, boyfriend tapi last tu dia tulis dia da pregnant 3 bulan. ko tau apa aku rasa? macam nak pengsan tau. selama dekat 4 bulan dia duk umah aku rupanya dia pregnant. aku tak tau nak cakap apa! ko tau, dia keje kat syarikat laki aku dah tu dengan keadaan tu, aku tak tau cane mulut orang berkata2...." aku tediam. memang kes berat. patutla dia kusut.
" ko bayangkan, nasib baik dia melidi, kalau dia badan chubby2 cam kita ni mau tak nampak? selama ni dia ada mengadu kat aku macam2 tapi aku tak perasan.aku memang terlepas pandang...."
"ngadu canernya?" aku mula bersimpati.
" mula2 dia merajuk dengan laki aku, coz tak bagi pinjam keta dah, seminggu tak kuar bilik. itu da tanda2 hormon tak stabil. pastu dia kata dia alami keputihan yang teruk, kulit kering kat badan, gatal2 kat seluruh badan, rambut banyak gugur, banyak bertanya pasal perasaan dan penjagaan semasa pregnant....ko bayangkan, aku rasa macam di perbodohkan. dia sket pun tak cerita."
"mungkin masa tu dia tak tau dia pregnant kot."
" hello, sebulan selepas dia duduk kat umah aku dia da tahu dia pregnant. ko bayangkan..."
aku cuba memikirkan apa yang terjadi pada hidup gadis tu. kasihan. untuk makluman korang, gadis ni belum lagi bernikah....
"patutlah dia beria-ia nak kawin. rupanya dia da berisi. aku tak tau la apa laki aku akan cakap. aku rasa semua family dia tak tau. ko tau sekarang ni dia ada kat mana? dia berhenti secara mengejut, and tiba2 da ada kat utara. ko tau, kalau calar badan o luka boleh la tutup. tapi kalau da perut tu nak tutp mana??"
"dah tu nape tak ko kawin kan jer dia tu? sebelum jadi tu pun nape ko tak kawinkan?" aku bertanya. bukan nak memihak pada si gadis. sekadar nak dapatkan kepastian...
" cane la keluarga dia nak kawinkan dia, budak lelaki tu laki orang. bini dia sekrang pun tinggal tunggu ari nak bersalin anak kedua. tapi lelaki tu memang kuang ajar. bini terboyot2 kat umah bley dia berasmara dana ngan pompuan lain. yang adik spupu aku ni pun bukan tak pandai. sekolah tinggi sampai nak runtuh pun sekolah tu tapi pendek gak akal...."
"sabarlah... bistu benda nak jadi. cane la nak buat. dia gugurkan ke bdk tu"
"entah, tapi apa yang dia tulis, budak lelaki tu memang tak nak anak dalam perut dia tu, but dia nak. nak kawin ngan dia pun macam2 alasan2 dia bagi. dia memang sayang n nak budk tu hidup. itu aku respek."
"xpelah, yang da lepas biarlah. kita tak leh nak hukum dia. urusan dia biarlah dia selesaikan. ko pun tak yah la benci dia sangat. orang cam tu lagi kita benci lagi teruk. apa yang ko bley buat sekarang, suh dia banyak2 bertaubat, jaga anak dalam kandungan. pada aku la, kawin bukan jalan penyelesaian. memang sepatutnya lelaki tu kena bertanggungjawab. tapi, kalau lepas kawin dia sengsara wat per. skarang ni pun da nampak perangai dia cane."
"huh, rasa menyesal plak aku baca diary dia. kalau aku tahu, aku campak diary tu dalam api. sekarang ni, dia buat2 tak tahu plak. dia ingat aku ni bodoh... aku da penah rasa jadi mak buyung. aku tau la cane. dia cam nak nafikan plak..."
" yelah, mungkin dia malu nak mengaku kat ko. sebab ko kan kakak spupu dia. kira jauh gak pertalian tu. mungkin dia takut ko citer kat orang ke... orang cam tu memang serba ketakutan. serba tak kena di buatnya. aku bukan per, macam kita wat salah, sometimes kita wat macam2 cara untuk elakkan orang tau. nikan pulak yang cenggini. mestilah sedaya upaya dia nak tuttup."
"aku tak taulah, apa mak bapak n adik beradik dia kata nanti. pada aku dia ni cntik, menarik, pandai n berkarier plak tu. sayang dipersiakan begitu jer. hem, baru rasa lega hati ni bila da bercerita. aku bukan apa. aku cuma nak meluahkan apa yang terbuku kat hati aku ni."

citer tu stop kat situ jer. hem, memang la dalam akhbar pun selalu je kita nampak kes cam ni. rupanya pantun nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, tinggal emak tinggal saudara, kerana kekasih hamba turutkan. tu masih ada. betullah, pantunsebegini tak lapuk dek zaman. ini kerana pemikiran manusia tu still sama. aku pun tak nak la komen lebih2 sebab benda ni sensitif. cuma apa yang aku harapkan, cukup2 la dosa berzina, cuma jangan anak dalam kandungan menjadi mangsa. dia tak berdosa. lahirnya tak tau apa2.
aku penah nampak kes ni banyak kali. ada satu kes tu dia memang mengandung anak tak sah taraf. kebtulan berjiran dengan pasangan suami isteri yang tak punya anak. dek kerana teringin nak anak, dia cuba bertanyakan pada si gadis. si gadis yang pada awalnya tak nak terus mengandungkan anak tu dengan syarat segala kos bersalin di tanggung oleh pasangan suami isteri tersebut. sebagai ganjaran, suami isteri tersebut dapat la bayi tu.
entah cane bila da lahir bayi tu, berlaku pertelingkahan di mana si gadis tak mahu menyerahkan anaknya. sedangkan semua kos bersalin sudah habis di bayar. si gadis da mula sayang pada bayi tu. yelah penat mengandungkan 9 bulan kan.... akhirnya di sebabkan dia belum lagi bernikah, kemenangan berpihak pada si suami isteri. entah apa jadi pada gadis tu.apa yang aku tahu pasangan suami isteri tu da berpindah jauh...
cane ek, nak bendung masalah macam ni. aku dengar sekarang ni da jadi trend amerika style plak. gadis dara, tu kolot. ada plak sesetengah tu da berapa kali gugurkan kandungan. MASYAALLAh..... apa yang aku tahu dari kes pertama tadi, dia jadi terlebih sosial selepas arwah ayahnya meninggal. entah lah... mungkin banyak lagi kisah yang kita tak tau. bila da jadi nak salahkan lelaki ke perempuan?


Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Reff1:
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Reff2:
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu