Khamis, 13 November 2008

6 wanita malang

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

tapi percaya tak sometimes bila dah tahan2 pun kalau da sakit kena la cakap. but jangan lah mengeluh selalu. cam tak ikhlas jer. n jangan plak wat2 sakit. ni kes naya suami....

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

biasanya benda ni terjadi kalau bab gaduh tahap perang nazi. semua dari sebesar2 benda sampai la sekecik kuman pun di ungkit. takat ni takde la lagi... dan minta dijauhkan la.... sebabnya, bila kita cakap, memang tak ingat, tapi orang yang dengar akan ingat sampai mati... so, kalau boleh hindarkan yer

Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

yang ni, pada yang berkahwin lain selepas diceraikan o cerai meninggal. kena la lupakan kisah hidup lama. bukan tak sayang cuma kan ke itu keputusan sendiri untuk kawin lain. so kenala terima hakikat kekurangan dan kelebihan para suami. lagipun orang tak sama. jangan plak nak banding2kan. apa prasaan anda plak kalau dibanding2kan dengan awek2 dia ke, bekas isteri dia ke? mesti sedih kan....

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

kalau pasal ni, kadang2 kalau aku berkenan kat someting tu kena tengok poket dia dulu. mungkin tunggu gaji akan datang ke, bonus tahun depan ke... kenala sabar. kalau barang yang kita nak tu da xde kat pasaran sebab lambat sangat tunggu poket tebal, anggapla takde rezeki. tak leh la paksa2. sian kan kat dia... but hubby, kalau saya terbuat cenggini tanpa di sedari maaf bebanyak yer...

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

bab ni, memang la mencantikkan diri untuk suami dapat pahala yang besar. tapi kalu dok mengadap cermin aje sampai umah terbalik pun tak sedar memang tak patut. bab makan plak, kan lagi elok kalau makan sama2. memang syok rasa cam dating balik.

Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.

tang ni kalau mengajak suami bercerita ok je. tapi kenala tengok mood suami. kalau dia balik2 k eje da kena dengar mcam2 cerita mesti dia tention kan. kalau boleh biarkan dia berehat seketika, mandi2 ke, makan2 ke baru la cerita. barulah santai. lagi satu kalau boleh biar la bercakap ikut point. i mean jangan berleter. ramai suami tak suka.

aku tak taulah, tapi sometimes memang tak lari kita dari sikap2 di atas. kan ke memang sikap perempuan ada yang cam tu. tapi kalau boleh janganlah tahap maksima. aku pun menulis bukan untuk buat rujukan sesiapa sekadar mengingatkan diri.