Khamis, 7 Ogos 2008

kisah Ammar

Kisah Ammar


bila dah ada baby ni, fikiran semua kat baby. Sampaikan hubby pun da jadi no 2. bangun tido jer ingat Ammar, nak makan pun ingat Ammar, nak mandi ingat Ammar sampaikan nak tido pun ingat Ammar.... bak kata semuanya demi Ammar. Tak dapat bayangkan kalau hidup ni takde Ammar. Kadang tu kalau dah penat sangat, termarah gak bila dia susah sangat nak tido bila da sampai time tido dia... tapi after that menyesal.... terutama bila lepas je termarah tu tup-tup dia terus tido. Hati berdetak gak... kot la ada pape ke.... siap rasa lagi nafas dia, pegang tangan dia sejuk ke tak... tapi tu lah baby.. umpama kain putih... bangun jer dari tido, dia tak pandai nak marah cam kita orang besar.... mesti senyum.... jarang2 dia nangis. Manalah hati yang terbakar tak sejuk serta merta. Semuanya demi Ammar.

Aku ngan hubby aku bercinta tak lama. Lebih kurang 2 thun. Dalam masa 2 tahun tu gak la sesi merisik dan bertunang terus nikah. Walaupun perkenalan tu agak singkat tapi banyak gak dugaan. Tapi Alhamdulillah.... dapat kami atasi hingga ke saat paling penting time nikah. Selang 3 bulan aku di sahkan mengandung. Dalam hati rasa takut sangat. Boleh ke aku jadi mama ni? Kira gangguan emosi time tu teruk gak la. Sket2 nak merajuk, sometimes kunci diri dalam bilik. Nasib baik hubby aku jenis penyabar gak a. biarpun masa couple dulu tak de la sesabar ni. Tapi time kasih la kat hubby cayang. Semuanya demi Ammar.....

Tup-tup dah dekat nak bersalin dah... kira dah masuk 9 bulan la. Entah cane hubby balik mengadu semua orang cakap dia macam kena kuning, coz pucat semacam. Dek kerana takut punya pasal dia terus chek gi klinik Dr. Rosli. Ahai! Doktor tu pun kata dia pucat cam mayat. Eh! Cane aku bini dia leh tak perasan eks? Sian tul hubby aku... doktor tu bagi tarikh sekian2 hari bulan untuk jumpa doktor yang betul2 expert bab tu. Datang hari tu, terus amik darah gitu gini semua. Seminggu gak la nak tunggu result. Hati aku ntah caner. Macam2 dah pikir. But tak lupa doa agar semua urusan dipermudahkan.

Seminggu gak la tunggu result, last-last kena gi DEMC untuk wat susulan check up. Dengan aku yang tengah tunggu hari nak bersalin, teman gak hubby gi sana sini. Sampai sana tup-tup doktor kata suh masuk wad. Coz tahap darah terlalu rendah. 4.5 lebih rendah dari tahap manusia biasa. Ikut kata doktor, bukan calang-calang orang leh hidup ngan tahap darah serendah itu. Ada kes dah terbaring dah.... Nauzubillah.... Alhamdulillah, kira hubby aku masih dilindungi Allah. But dia tak boleh elak untuk masuk wad before anything happens. Diorang kena tambah balik darah yang banyak terkurang tu. Diorang cakap 2 hari jer msuk darah. Tapi tak....4 hari gak la... siap dengan masuk kamera dalam badan utk chek punca. Aku? Disebab hubby risau sangat kat aku. Dia suh aku duk teman dia kat sana. So anything happen dah memang ada kat situ. Nak tumpang umah mak pak, jauh kat johor, mustahil hubby nak bg aku balik dengan keadaan cam tu. Nak tumpang umah mak mertua, hati aku plak pikir dia kat spital. Last2 memang aku duk situ. Lagi puas hati.

Bila semua selesai kami balik ari khamis tu. Penatnya badan hanya Tuhan jer yang tahu. Ye lah dalam keadaan cam tu, tidur caner pun tak selesa. Lagi la duk kat spital manalah leh tido sangat. Kengkawan dah ramai cakap “ Ai! Bini kau yang mengandung ko yang masuk spital? Entah2 lepas ko dia plak....” Kami cuma tersenyum. Dugaan Tuhan, kami terima dengan redha. Masin mulut diorang, besok paginya bangun dari tidur da mula kluar tanda darah. Tapi tak sakit. Aku tak tau sama ada nak gi hospital ke tak. Tebalkan muka tanya gak jiran sebelah. Yelah chek semalam dah buka 2.5 cm (sebelum balik dari spital). Doktor cakap may be Isnin baru bersalin. Tapi demi nak kepastian kami gagahkan gak g hospital. Dengan hubby aku belum ada lesen aku la terpaksa drive. Masa tu tak tpk langsung nak tepon teksi. Tanpa disedari sebenarnya lesen aku pun dah mati ( masa pantang baru perasan). Sampai sana chek jantung baby. Diorang cakap memang ada kontraksion tapi masih awal lagi. Bukan hari ni. Baik je nurse tu pergi, air ketuban dah pecah... terus masuk labour room. Patutnya aku bersalin normal but disebabkan uri dah lekang terpaksa operation. Masa tu piki mati jer.... takut tau nak bersalin.

Tepat 6.16 ptang aku bersalin maka lahirlah baby Ammar. Macam tak percaya hari tu aku dah jadi mama. Nangis dia kuat betul macam marah sangat kuar dari perut. Saat itu aku dah mula rindu nak tatap muka dia. Ya dia lah yang ku ada setakat ni. Semua kasih sayang aku curahkan padanya. Biarpun sifat keibuan aku kurang but demi Ammar aku cuba. Ya hidup untuk belajar kan.... menjaga Ammar umpama aku belajar ABC... semuanya dilakukan berperingkat. Terima kasih untuk Hubbyku cayang kerana curahan kasih yang tak berkesudahn.. dan kini, Muammar Waffiyuddin Ghazi berada dalam dakapan ku dalam lena...