Isnin, 5 Januari 2009

Kisah mak

Salam maal hijrah n happy new year for all bloggers. Agak lama aku menyepikan diri dari dunia tinta emas ni. Bukan merajuk o da malas tapi hati ni meronta2 tuk stay lama kat kampung. Al maklumlah sejak aku abis pantang ari tu baru ni aku berkesempatan duk lama di kampung... sedangkan hati nenek n atuk ammar memang rindu yang teramat sangat tuk melihat kerenah nakal si kecil ni. Aku pun rindu nak duk lama n pandang lama2 wajah mereka.

Mengingatkan mereka, aku tak sampai hati pula bila tiba saat untuk aku kembali menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri di S.a. sayu hati merenggut jiwa apatahlagi bila melihat abah n mak seakan tak mahu lekang dengan ammar. Nilah pun satu-satunya cucu yang diorang ada setakat ni. Aku sendiri pun sedih sangat nak tinggalkan mereka. Apatahlagi melihat keadaan mak yang tak sihat. Hati aku berbelah bagi samaada untuk terus stay sementara menanti mak sembuh ataupun terus balik ke s.a. bila tanya kat hubby, sah2 dia suh aku balik dulu. Nanti lain kali balik lagi sebab mak pun da boleh bangun.

Kisah mak tak pernah berakhir dalam diary hidup aku. Biarpun sewaktu kecil aku sering di marah n di pukul (coz aku nakal) tapi itulah mak yang aku ada. Even kalau ada mak lain pun takkan sama ngan mak aku ni. Biarpun mak garang, tapi dalam banyak2 hal mak yang terbaik. Mungkin kepenatan bekerja seharian, dengan tugas sebagai isteri lagi, dengan karenah anak yang nakal2 lagi, semua tu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ada ketika sabar itu akan berkurang gak.... bila da besar n jadi mak ni aku lebih faham siapa orang yang bergelar emak sebenarnya.... Cuma ada certain things, aku da tekad, untuk anak2 aku, kalau bley aku tak nak la pukul2. kecuali kalau jadi tahap kurang ajar tahap cipan memang kena la pelempang darah laksamana bentan aku ni.....

Mungkin memikirkan angah yang dapat peluang ke Kedah, dengan tak dapat asrama mak jadi semacam bingung. Demam mak kali ni tak seperti biasa. Biasa kalau mak demam, masih gagah ke belakang rumah menebas semak samun o menyapu halaman. Tapi demam yang kali ni mak terbaring layu. Tak sampai hati nak tengok mak macam tu. Tapi yang paling aku rasa sedih bila mak mula lupa2. mulanya aku tak perasan, tapi aku jadi alert bila mak sering bertanyakan abah kat mana?, lupa hari ni hari apa, maghrib jadi asar, mengulang sesuatu pertanyaan tu banyak kali, n menyuruh aku membuai ammar sedangkan ammar tidur memang tak berbuai..... hem.... pening aku memikirkan hal mak.

Kebetulan saudara ku pandai mengubat orang. Dia cakap mak terkena buatan orang. Bila dia urut kaki mak ada keluar batu. Aku sendiri da tengok. Biarpun hati ni ada ragu2 tapi bila da jadi cam ni aku kena ada sket percaya. Sebab demam mak pun lain dari biasa. Bila chek kat klinik macam biasa la diorang kata demam biasa. Bagipun ubat demam. Ada sekali adik bongsuku hantar mak pegi berurut. Kebetulan nenek tu pandai juga tolong tengok2 kalau ada apa2 ke. Dia tak de plak kata terkena buatan oarng. Cuma dia kata mak ni terlalu banyak fikir and hati mak tak tenteram tu yang lupa2. pada aku itu salah satu sebab gak...

Mulanya mak memang excited bila angah dapat gi politeknik kat kedah. Yelah mak memang suka anak2 dia belajra jauh2. bila mak tanya aku plak, aku lebih suka angah teruskan study kat jempol ni. Diploma gak... dekat pun dekat... tapi tulah bila mak yang beria-ia takkan nak halang.. mungkin benda nak jadi, tawaran kat kedah tu tak di tawarkan asrama. So kena cari rumah sewa. Jadi mak, macam2 la pikir. Dengan angah tu perempuan lagi, da la dari selatan nak ke utara. Sorang2 tak de sedara mara... semua mak fikir.. tapi mak memang berkeinginan... mungkin tu yang buat mak tention sampai lupa2... biarpun angah da kata, politeknik sendiri ada sediakan rumah sewa, hati mak mana la yang tak runsing, bila benda tu tak terbukti... ye la nak tanya kat sapa? Tiba2 sampai sana tak dapat rumah sewa? Dia nak duk mana? Itulah yang terluah di mulut mak bila aku berkesempatan menelefonnya baru2 ni. Ternyata itu yang merunsingkan hati mak.....

entahlah, dalam banyak2 benda yang berada di fikiran ni, ternyata masalah mak berada paling atas. Yelah, siapalah yang tak sayang mak. Biarpun sebelum ni banyak benda aku rasa mak lebihkan angah, tapi bila ingat2 balik, kasih mak tertumpah sama rata. Tak pernah sekalipun terucap di mulut mak, perkataan benci, penat, letih dalam melayan karenah kami adik beradik. Biarpun kadang tu tengok mak memang dah penat sangat, tanggungjawab sebagai isteri dan emak tak pernah mak lupakan. Even kalau kami berkeinginan nak makan kuih buatan tangan mak, mak masih lagi gagah memenuhi. Untuk pengetahuan kalian, berbanding masakan mak, aku lebih suka kuih buatan tangan mak. Macam kuih kasui, tat jem, rempeyek n macam2 la... mak ni takdela rajin sangat wat kuih, tapi kalau raya o kami minta, tak pernah mak tak buat... itu lah mak....

aku harap sangat mak cepat sembuh. Suka bila kami bercerita mak akan tumpang bagi pendapat, kadang2 kalau kelakar tu mak akan tumpang ketawa. Pada aku, mak lah orang yang paling aku sayangi di dunia ni... yelah, dulu syurgaku terletak di kakimu, kini syurga ku terletak pada keredhaan suamiku.... semoga mak cepat sembuh......