Rabu, 30 Julai 2008

cinta wanita

WANITA OH WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang

bersedih,tetapi dia tidak

menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang

menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu

menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa

untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu

menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci

tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu

ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu

putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan

sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di

fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan

lelaki lain.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak

tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan

kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,

jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri

wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat

keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri

darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia

untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin

menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia

perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.

Muzik, puisi,

tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi

hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka

ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood

wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam

diam memberikan respon positif, misalnya

menghubunginya melalui telefon, si gadis akan

bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,

tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan

menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,

semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi

wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah

mulakan dengan

persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu

dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan

setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab

dia memang tak berminat dengan mu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia

menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,

teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.

Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan

sering tertanya-tanya

kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling

romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah

rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali membelek gambar-gambar

kenangan, benda pertama yang dicari oleh wanita

ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,

kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di

fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang

akan berada di tempat teristimewa iaitu

di hatinya.

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan

harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang

dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik

dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka

yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur

dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang

cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang

disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,

bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka

akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya

dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan

ragu-ragu terhadap mu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil

berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,

kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana

apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan

disayangi sepenuh jiwa.

~ one of the hardest things you'll ever have to do

is stop loving someone because they've stopped

loving you......

Tiada ulasan: