Rabu, 30 Julai 2008

rezeki jadi luas kalau.......

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau
>rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa
>itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau
>sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa
>tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"
>
>Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet
>ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau
>ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam
>duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak
>saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat
>ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.
>
>Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta.
>Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena
>pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia,
>mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan
>kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia
>nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.
>
>Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.
>Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi
>rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup.
>Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita
>sendiri tak sangka.
>
>"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
>pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu
>melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang
>baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup,
>sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."
> (Surah al-Baqarah, ayat 272).
>
> Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
>berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi
>bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
>berkeinginan (harish)."
>
>
> Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah
>bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga
>ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."
>
>
>saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar
>memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada
>hamba-hambaNya yang bertaqwa..........
>

Tiada ulasan: