Isnin, 17 November 2008

bila abby n norman berpisah



mungkin cerita ni da basi kot. tapi aku baru berkesempatan n berani nak coretkan sedikit komen di sini. maklumlah biarpun ia berita terhangat di pasaran namun aku tak sampai hati untuk mendengar apatahlagi memandang satu lagi masjid runtuh dek onar orang ketiga. aku pun sebenarnya bukan nak menyokong sesapa. mungkin di mata kalian buruk n jahatnya pada norman, baiknya pula pada abby, namun hakikatnya rumahtangga mereka, hanya mereka berdua n Allah jua yang tahu apa sebenarnya.

sukar untuk aku melontarkan pendapat yang setulusnya. kenyataannya, berkahwin memang suatu perkataan yang indah dan aku rasa semua orang idamkan tapi untuk mengekalkan ia ke tahap macam mak abah kita memang sukar. aku sendiri pun baru je menjenguk 1 tahun lebih bergelar isteri namun dugaan dan cabaran memang besar. ia memerlukan komitmen yang mana semua pihak perlu berganding bahu untuk meneruskan ke akhirnya. dan kalau di izinkan-Nya aku juga ingin ianya berakhir sehingga aku menutup mata.

namun siapalah kita, dugaan kadang datang tanpa di duga. begitu juga abby n norman. cahaya mata ketiga sepatutnya melengkapkan dan mengukuhkan lagi kasih sayang di antara mereka. tapi bila ia da sampai ke tahap itu, kalau aku pun takkan sanggup bertahan. mungkin banyak sudah air mata tumpah n sumpah seranah di lempar. sebabnya aku, ada sket dendam but bukan pendendam. but aku respect la kat abby bila dia tabahkan hati n kuatkan semangat biarpun tika itu dalam pantang untuk berani mengambil langkah drastik. cumanya yang aku tak berkenan bila kisah itu di sensasikan media. kadang aku terpikir, diorang ni sibuk sangat pasal hal artis bercerai berai ni tak takut ke kalau terkena batang hidung sendiri? kan ke hidup ni umpama roda, mungkin hari ni hari abby, hari kita sapa tau?

sepatutnya bila kita minat ke simpati ke doakan lah diorang mencapai kata sepakat yang sepatutnya. aku pun tak tau lah sampai ada peminat kat satu radio tu excited sangat nak tengok cerita perceraian diorang. apa la nak di banggakan? kan ke sepatutnya kita bersimpati. pada aku diorang memang couple husband n wife yang matching. saat diorang kawin dulupun simple jer. memang harap la gak ia berkekalan. walaupun dulu pernah hampir2 bercerai. tapi tu la bila badai menimpa.... ada ke kita mampu menghadapinya?

tulah kadang kita tak perasan, orang di sekeliling kita memang suka mendengar tapi kurang untuk menyelesaikan. but it still ok. tapi tak ok bila mendengar di depan but berkata-kata di belakang. kasihannya mereka bila berita mereka di jadikan top story untuk menaikkan rating stesen tv, radio n gosip2 di internet. aku tumpang simpati. cuma aku doakan mereka sabar dan tabah menghadapi dugaan.

Tiada ulasan: