Selasa, 28 April 2009

8p untuk pasangan bahagia

1) PUJI

setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.kadang bila da kawin ni puji semua hilang. sometimes we need pujian ni untuk menceriakan suasana. tak kisah la kalaupun ianya sesuatu yang biasa. mungkin rambut si dia ptong lain sket mungkin nampak so nice... apa salahnya puji. mungkin dia wat biasa jer tapi sebenarnyha dalam hati tu kembang semangkuk.... heheheh


2) PELUK

pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. ramai yang wat tak kesah tang ni, tak bermakna peluk tu semasa di katil jer, even kalau tengok tv sesama pun boleh peluk gak, kalau ada anak2 segan ke, peluk bahu isteri. tok sah malu, anak2 pun akan merasai kebahagiaan mak n abah diorang. lagi satu even salah sorang ada masalah, peluk lah sesama. lekap kan dada masing2 insya Allah segalam masalah n kesedihan akan berkurangan....


3) PENGHARGAAN
amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.ini paling penting. apapun hari o tarikh yang bermakna dalam hidup masing2 kena amik tahu. bukan nak tiru orang putih, but apa salahnya meniru untuk kebaikan... kalau tak mampu nak wat big besday party standart datuk ct nurhaliza, ajak gi makan kat kedai makan yang specel n termampu pun da cukup. kalau tak pun wat la ala-ala candle light dinner. tak kisah lah... asalkan dia tau kita ckp menghargai dioarng...

4) PERHATIAN

mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. perhatian ni kena amik tahu hal di dalam n luar... tak semestinya dia senyum hati dia bahagia, tak semestinya dia nangis dia berduka. paling tidak tanya kabar dia setiap hari.. kadang dioang ni suka kalau orang dengar n amik tahu masalah diorang. bukan apa, bagi ringan sket masalh kat kepala tu... paling mudah antar sms,


5) PERSEFAHAMAN
perlu ada bagi mengelakkan sebarang pergaduhan.yang ni memang payah a... even couple yang da bercinta makan tahun pun bila kwin masih ada yang tak pfaham. ye a, dulu2 tu banyak selindung... paling penting kena saling terima kekuarangn n kelebihan masing2. saling membetulkan and menegur kalau ada yang tak kena...mula2 memang payah tapi lama kelamaan akan ok gak....

6) PERGAULAN

pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. paling pentign masing2 jangan gedik sangat. ramah pun biar berpada, open minded pun biar bertempat... karang sendiri merana...


7) PERCUTIAN

di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) PERMOHONAN

doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Tiada ulasan: