Selasa, 16 Jun 2009

1 malaysia.....

sekian lama menyepi ingin sekali ari ni aku menjentik idea yang cuma sejengkal ni untuk menerjah keluar dari intipati minda... selalu saja aku terpikir bagaimana agaknya 1 Malaysia boleh terwujud di kalangan rakyat malaysia? sedangkan jiran sebelah rumah pun belum tentu kita kenal, apatahlagi satu taman, 1 blok, 1 flat o yang duk kat bungalow? pada aku jiran tu da kira 1 komuniti yang luas kerana melibatkan kemasyarakatan... but paling pokok 1 malaysia tu hanya akan wujud dengan kukuh dan jitu apabila ia terlahirnya 1 keluarga yang aman dan harmoni. kalau di pandang sejenak, berapa kerat kah antara kita yang mengingati ibu bapa di kampung.. walaupun duk jauh (malaysia gak) sanggup ke tiap minggu o paling tidak sebulan sekali balik menjenguk? berapa kerat pula antara anak2 yang sudi bertanya khabar (koling2) paling tidak sms kesihatan dan kerinduan mereka? mungkin isu ni agak lapuk untuk aku ceritakan tapi ... bagaimana nak melahirkan 1 malaysia kalau 1 keluarga pun tak terjaga?

entahlah, sekarang ni dikalangan adik beradik pun semakin ramai yang membawa haluan sendiri. jangankan mengingati yang tua, yang dalam kesusahan pun belum tentu sudi untuk menjenguk... betul tak, semakin ramai adik beradik semakin banyak kepala kita kena ikut... tu belum campur ipar duai n keponakan lagi tu... silap2 sepupu sendiri pun tak kenal...
apatahlagi kalau ada dikalangan mereka berpangkat, sudah tentu yang biasa2 jadi bandingannya. silap2 selalu jer kena mengalah... ala2 vip pula... jarang sekali kita lihat, adik beradik ni boleh duk serumpun bertanya khabar, bergurau senda o saling membantu.. bukankah sepatutnya adik beradik tu saling bersama ibarat air di cincang takkan putus? ibarat isi dengan kuku? pernah isu ni di timbulkan di kalangan cendekiawan... alasan yang di beri semua itu timbul atas sebab didikan lampau... ohhh, rupanya ibu bapa juga yang salah... jadi dari mana datangnya kecerdikannya itu kalau bukan kerana didikan ibu bapa? kemana pula pergi kepintarannya itu sehingga tidak boleh mengubah o menyesuaikan didikan itu untuk zaman sekarang bagi memimpin generasi muda?

jika itulah alasan mereka, sudah pastinya yang hancur akan terus hancur dan yang berjaya akan terus berjaya dan akhirnya menindas mereka yang kalah... apatahlagi mereka asyik saja mengalah tanpa cuba bangun membidas kepincangan yang berlaku... pada aku lah... asas kekeluargaan itu sendiri yang mesti di perkukuhkan barulah 1 malaysia tu akan wujud.... barulah akan wujudnya keharmonian di kalangan masyarakat setempat dan sekitarnya... serta masyarakat semalaysia....



saja menjentik ingatan....

Tiada ulasan: